Sarung (bahasa Inggeris: scabbard) ialah salut yang digunakan untuk memegang pedang, pisau atau bilah lain-lain. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menyimpan senapang oleh penunggang kuda. Askar berkuda dan koboi mengadakan sebuah sarung untuk senapang karbin gelang pelana dan senapang tuil mereka pada kuda mereka sebagai tempat simpanan dan untuk pertahanan. Sepanjang alaf ini, sarung telah diperbuat daripada pelbagai bahan termasuklah kulit, kayu dan logam-logam seperti loyang dan keluli.

TM = Tahun Masihi
Sarung Celt rumit dari 1-200 TM, diwarnai dua warna gangsa
1916 Leather Scabbard untuk senapang aksi tuil pelana Jack Peters, tangan ladang yang bekerja di Ladang Grant-Kohrs, di Powell County, Montana

Biasanya, sarung digantungkan pada tali pinggang atau tali pinggang bahu yang dipanggil sawat.

Zaman Purba

sunting
 
Bahagian gangsa pada kelengkapan sarung gladius, pedang Rom (40-250 TM)

Sarung biasanya dibalut dengan dengan kain atau kulit; sarung-sarung jenis kulit juga mempunyai kelengkapan logam sebagai perlindungan tambahan dan pemudahan pembawaannya. Bilah-bilah Jepun biasanya melibatkan hujung tajamnya dilindungi oleh sarung kayu yang dipanggil saya. Banyak sarung, seperti yang dipakai oleh orang Yunani dan Rom, adalah kecil dan ringan. Sarung-sarung tersebut direka bagi memegang sahaja pedang daripada melindunginya sekali. Sarung logam sepenuhnya merupakan barangan terkenal sebagai penunjukan kekayaan di kalangan elit semasa Zaman Besi Eropah dan sering dihiasi dengan rumit sekali. Sedikit diketahui tentang sarung Zaman Besi awalan, disebabkan cara pembinaannya yang menggunakan kayu. Namun begitu, semasa Zaman Besi pertengahan dan akhiran, sarung menjadi penting terutamanya sebagai kenderaan penghuraian hiasan. Selepas 200 SM, sarung yang dihias sepenuhnya menjadi lebih jarang dijumpa.[1] Sebilangan sarung purba telah ditemui di tapak "pengorbanan senjata" (weapons sacrifice) dan beberapa daripadanya telah mempunyai lapisan bulu di bahagian dalamnya.[2] Bulu tersebut mungkin telah dipastikan berminyak supaya bilah yang disimpan tidak berkarat. Lain daripada itu, ia juga dapat menjamin penghunusan yang lebih licin dan lebih pantas.

Zaman moden

sunting
 
Pedang Mughal keputeraan yang berhiasan permata pada sarungnya

Sarung yang bersifat logam sepenuhnya menjadi popular di Eropah pada awalan abad ke-19 dan dengan masa, menggantikan jenis-jenis yang lain. Logam lebih kukuh berbanding dengan kulit dan boleh lebih tahan ketenatan penggunaannya di medan, terutamanya dalam kalangan tentera yang menunggang kuda. Tambahan pula, logam menawarkan keupayaan untuk mempersembahkan rupa yang lebih menyerupai dan sesuai untuk tentera. Walau bagaimanapun, sarung kulit tidak pernah kehilangan rasa suka kepadanya dalam kalangan pengguna tentera dan diguna pakai hingga selewat-lewat Perang Saudara Amerika (1861-1865).

Beberapa pasukan polis tentera, peronda pesisir, penguat kuasa undang-undang dan kumpulan lain-lain menggunakan sarung kulit sebagai sebatang baton.

 
Melekap bagi sebilah pedang pendek Jepun (wakizashi) dari abad ke-18. Muzium Seni Metropolitan

Sebaliknya, di Jepun, dengan kecualian beberapa kes Tentera Imperial Jepun dan Tentera Laut, sarung kayu yang rintang air dan disampang telah diguna pakai sepanjang sejarah.

 
Cetakan bongkah kayu zaman Edo Jepun tentang seorang samurai yang membawa nodachi/ōdachi di belakangnya

Sepanjang sejarah, sarung, walaupun jarang, dipakai di bahagian belakang, tetapi hanya oleh segelintir puak Celt tetapi hanya apabila pedang yang dipakai adalah sangat pendek.[3] Hal ini kerana menghunus bilah yang panjang dan tajam di atas bahu seseorang dan melepasi kepala dari sarung di belakang adalah agak janggal, terutamanya apabila tergesa-gesa, dan panjang lengan menetapkan had atas yang keras bagi panjang mana sesuatu bilah boleh dihunus. Menyarung pedang adalah lebih sukar kerana ia perlu boleh dilakukan dengan berkesan semasa sarung tidak kelihatan melainkan sarung tersebut ditanggalkan terlebih dahulu. Gambaran biasa pedang panjang yang dihunus dari belakang ialah sesuatu ciptaan moden, yang wujud akibat pertimbangan keselamatan dan kemudahan di set filem dan biasanya didayakan oleh penyuntingan kreatif, dan telah menikmati populariti yang begitu hebat dalam fiksyen dan fantasi sehinggakan perkara tersebut tersalah dipercayai telah merupakan perkara yang biasa pada Zaman Pertengahan. Beberapa contoh terkenal tentang ini termasuk sarung belakang yang digambarkan dalam filem Braveheart dan sarung belakang yang terlihat dalam siri permainan video The Legend of Zelda. Terdapat beberapa data terhad daripada potongan kayu dan serpihan teks yang menyatakan bahawa pemanah kuda ringan Mongol, askar Cina, samurai Jepun dan kesatria Eropah memakai sawat yang disangkut di bahu, membolehkan bilah yang lebih panjang seperti pedang besar/zweihanders dan nodachi/ōdachi diikat di belakang badan. Walau bagaimanapun, sawat tersebut perlu ditanggalkan dari belakang terlebih dahulu untuk dapat menghunus pedang.[4]

Dalam "The Ancient Celts" oleh Barry Cunliffe, Cunliffe menulis, "Semua peralatan ini [perisai, tombak, pedang, surat] yang disebut dalam teks, dicerminkan dalam rekod arkeologi dan dalam ikonografi yang masih bertahan, walaupun kadang-kadang terdapat variasi serantau (halaman 94). Sebagai contoh, antara suku Parisi Yorkshire, "...pedang kadangkala dipakai di bahagian belakang dan oleh itu terpaksa dihunus ke atas bahu dari belakang kepala.".

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ How Ancient Europeans Saw The World hlm. 115,125 oleh Peter Wells
  2. ^ hlm. 266 & hlm. 282 Lars Jorgensen et al 2003 The spoils of Victory - The north in the shadow of the Roman Empire Nationalmuseet (Muzium Kebangsaan Denmark)
  3. ^ "Sword in Early Medieval Northern Europe - UCL Discovery" (PDF).
  4. ^ "how to make a metal scabbard". leather.jerrychan.net. Dicapai pada 2021-09-02.

 

Pautan luar

sunting

  Kategori berkenaan Sarung (bilah) di Wikimedia Commons