Sari Maya
Sari Maya merupakan sebuah drama lipur lara yang di siarkan di TV9 melalui slot Mahsuri setiap Selasa hingga Khamis jam 7:30 malam. Drama ini mulai disiarkan pada 15 Julai 2008.
Sari Maya | |
---|---|
Genre | Keluarga Cinta Konflik |
Ditulis oleh | Mufid Suhaimi |
Pengarah | Fairuz Loy |
Dibintangi oleh | Liyana Jasmay Nabila Huda Fauzi Nawawi Zizie Ezette Kuza |
Lagu pembukaan | "Sari Maya" nyanyian To'ki |
Lagu penutup | "Sari Maya" nyanyian To'ki |
Penggubah | To'ki |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Ahmad Puad Onah |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 22-23 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 (Slot Mahsuri) |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 15 Julai – 19 Ogos 2008 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Sari Maya 2 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]
Sinopsis
suntingMengisahkan Dali yang telah memperisterikan Rubiah sebagai isteri keduanya tanpa persetujuan Aishah. Ini membuatkan Aishah berasa amat sedih dengan tindakan suaminya itu. Saban hari, Dali lebih meluangkan masa bersama Rubiah. Rubiah pula cuba mencari pelbagai helah agar Dali tetap tinggal bersamanya tanpa mempedulikan Aishah. Aishah dan Rubiah ditakdirkan mengandung pada waktu yang sama. Dali merasakan bahawa dia patut lebih memberikan perhatian pada Rubiah oleh kerana ibu Aishah boleh membantunya menjaga Aishah. Walaupun di desak oleh ibu Aishah untuk Dali menjenguk Aishah, Dali tetap berkeras. Rubiah mencari pelbagai alasan agar suaminya tidak pulang ke rumah Aishah. Sehingga Aishah terpaksa melahirkan bayinya tanpa Dali di sisinya. Akibat tertekan dengan perbuatan suami dan madu, Aishah menjadi kurang siuman. Ibu Aishah yang uzur terpaksa menjaga Aishah dan cucunya Maya tanpa bantuan Dali. Sementara itu, Rubiah juga melahirkan anak perempuan diberi nama Sari. Setelah 7 tahun berlalu, keadaan Aishah semakin teruk dan tidak dapat dibantu lagi. Pada suatu hari Aishah hilang dari rumah. Ibu Aishah dan Maya mencarinya dikeliling kampung dan terjumpa Aishah bermain di sungai. Ibu Aishah cuba menyelamatkan Aishah akan tetapi keduanya mati lemas. Dali berasa sedih dan menyesal dengan perbuatannya. Dali akhirnya membawa Maya tinggal bersama Rubiah dan anaknya Sari. Sejak Maya tinggal bersama ibu dan adik tirinya itulah bermula episod sedih yang menyentuh perasaan penonton. Kehadiran Maya tidak disenangi oleh Rubiah dan Rubiah juga sering menganiaya dan menyiksa Maya. Malah, Rubiah juga sering membezakan Maya dengan anaknya Sari.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Liyana Jasmay sebagai Maya
- Nabila Huda sebagai Sari
- Fauzi Nawawi sebagai Dali
- Zizie Ezette sebagai Rubiah
- Kuza Muzani sebagai Aishah
Pelakon pembantu
sunting- Anne Ngasri sebagai Saidah
- Nas-T sebagai Johan
- Kamaliah Mat Dom sebagai Mak Jah
- Aida Othman sebagai Mak Dora
- Danny X-Factor sebagai Daniel
- Mohd Farid Wari sebagai Haikal
Pelakon kanak-kanak
sunting- Nur Syamimi Husna sebagai Maya (5 tahun)
- Nor Yasmin Amani sebagai Sari (5 tahun)
- Ezlisa Loy sebagai Maya (10 tahun)
- Nur Afiqah Malik sebagai Sari (10 tahun)
Pelakon undangan
sunting- Aziz M. Osman
- Jaafar Onn
- Nora Danish
- Shamsul Ghau Ghau
- Profesor A. Samad Ismail
Rujukan
sunting- ^ Sari Maya (2008): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 16 April 2021.