Sarawak Ranger Veteran Association

(Dilencongkan daripada Sarawak Rangers)

Sarawak Ranger Veteran Association merupakan sebuah persatuan NGO yang memperjuangkan nasib bekas perajurit-perajurit yang berjuang di Sarawak khususnya pada zaman darurat 1948-1960.

Mereka sangat berharap agar pihak kerajaan menghargai mereka dengan memberi tanah lot dan juga kenaikan elaun bulanan yang berpatutan dengan keadaan hidup semasa bukan hanya diberi RM100 sebulan. Sepatutnya elaun mereka dinaikkan sekurang-kurangnya setanding dengan indeks kemiskinan nasional sebanyak RM700.

Mereka bermatian berperang menentang musuh negara sedangkan musuh yang menyerah diri pula diberi keistimewaan. Harapan mereka agar pihak kerajaan jangan biarkan bekas veteran perajurit dan bekas polis yang pernah berkhidmat untuk negara dipinggir begitu saja tanpa sebarang bantuan dan perhatian.Mungkin hanya segelintir saja yang diberi keistimewaan kerana mempunyai kepentingan tertentu.Ramai lagi anggota-anggota bawahan yang menerima nasib yang malang cuma tidak dilaporkan mungkin disebabkan mereka takut atau tidak tahu ke mana hendak mengadu. Bersikap adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.[1]

Rujukan

sunting