Sarah Adiba Yussof
Sarah Adiba Mohammed Yussof (lahir 4 Oktober 1990) merupakan seorang pengacara televisyen wanita Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau ialah bekas peserta rancangan Clever Girl Malaysia di TV3.[1]
Sarah Adiba Yussof | |
---|---|
Kelahiran | Sarah Adiba binti Mohammed Yussof 4 Oktober 1990 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Penggerudian) |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Petronas (UTP) |
Pekerjaan | Pengacara, wartawan |
Tahun aktif | 2016–kini |
Majikan | TV3 (Media Prima Berhad) |
Kerjaya
suntingSarah Adiba memulakan kerjaya awal sebagai Jurutera Operasi dan pernah bekerja sebagai guru tuisyen.[2] Pada tahun 2016, beliau dipilih salah seorang dari 14 peserta Clever Girl Malaysia musim pertama yang bersiaran di TV3. Selepas tamat Clever Girl, beliau menjadi pengacara dokumentari jenayah 999 di studio dan lapangan.[1] Selepas menamatkan khidmat sebagai pengacara 999, beliau menjadi salah seorang dari 8 pengacara bersama rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam, yang disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari 8:00 hingga 9:30 pagi.[1][3]
Filemografi
suntingTelevisyen
sunting- Clever Girl Malaysia (2016) - Dirinya sendiri/peserta
- 999 (2017-2018) - Dirinya sendiri/pengacara
- Wanita Hari Ini (2017) - Dirinya sendiri/wartawan
- Borak Kopitiam (2018-2020) - Dirinya sendiri/pengacara
- Alert (2018) - Dirinya sendiri/pengacara
Rujukan
sunting- ^ a b c Dennis Chua (13 Mac 2018). "Borak Kopitiam, a godsend for Sarah". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2018.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaSarah Adiba
- ^ Ardini Sophia Sina (14 Mac 2018). "Sarah tak menyesal". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2018.