Sara Bareilles
Sara Beth Bareilles (/[invalid input: 'icon']bəˈrɛlɪs/ bə-REL-is; dilahirkan pada 7 Disember 1979)[1] merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pemain piano yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau memperoleh kejayaan dalam media arus perdana pada tahun 2007 dengan single hit, "Love Song" yang membawanya kepada kedudukan nombor satu dalam carta Pop 100 untuk Billboard.[2] Beliau juga telah menjual sebanyak lebih daripada 1 juta rakaman dan lebih daripada 4 juta rakaman single dalam Amerika Syarikat dan telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy sebanyak tiga kali.[3] Pada musim ketiga rancangan NBC yang bertajuk The Sing-Off, beliau telah dijemput untuk menjadi juri selebriti di samping Ben Folds dan Shawn Stockman daripada kumpulan Boyz II Men. Pada Februari 2012, VH1 telah meletakkan tempat beliau pada kedudukan nombor ke-80 dalam senarai "Top 100 Greatest Women in Music".[4]
Sara Bareilles | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Sara Beth Bareilles |
Juga dikenali sebagai | Serina |
Kelahiran | Eureka, California, Amerika Syarikat | 7 Disember 1979
Genre | Pop rock, piano rock |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, pemuzik |
Instrumen | Vokal, piano, gitar, ukulele, harmonium |
Tahun aktif | 2002 - kini |
Syarikat rakaman | Epic |
Pengkarya berkait | Ingrid Michaelson, OneRepublic, Jon McLaughlin |
Laman sesawang | www |
Rujukan
sunting- ^ Lymangrover, Jason (2007). "Sara Barilles > Biography". allmusic.com. Dicapai pada 28 November 2009.
- ^ Love Song - Sara Bareilles. Billboard.com
- ^ Sara Bareilles Scores Grammy Nomination. PR Newswire, Epic
- ^ Graham, Mark. "VH1's 100 Greatest Women in Music". VH1. Dicapai pada 29 Februari 2012.