Kumpulan Syarikat Sapura, juga dikenali sebagai Sapura ialah sebuah syarikat infrastruktur Malaysia. Berpangkalan di Kuala Lumpur, syarikat ini terlibat terutamanya dalam industri minyak dan gas, kejuruteraan pembuatan, hartanah, penerbangan, pertahanan dan pembinaan rel.[1] Ditubuhkan pada tahun 1975 oleh pengasasnya Shamsuddin Abdul Kadir, syarikat ini dinamakan sempena nama isterinya, Siti Sapura Husin.[2]

Kumpulan Syarikat Sapura
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
IndustriMinyak dan gas
Kejuruteraan pengilang
Hartanah
Penerbangan
Pertahanan
Pembinaan rel
Ditubuhkan1975; 49 tahun yang lalu (1975)
PengasasShamsuddin Abdul Kadir
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingTan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin
Bilangan kakitangan6000+ (tidak termasuk kakitangan pembahagian)
Tapak webwww.sapura.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Pada awalnya, Sapura memulakan perniagaan mereka hanya dengan enam kakitangan di pejabat satu bilik. Syarikat terutamanya terlibat dalam industri telekomunikasi pada awal masa itu dengan pembelian Uniphone Works daripada United Motor Works (UMW) (kini UMW Holdings) pada tahun 1975. Selepas kejayaan penubuhan awal mereka, pada 1980-an Sapura memperoleh Malayan Cable Berhad untuk mengukuhkan kehadirannya dalam industri telekomunikasi.[3]

Menjelang 1991, Sapura terdiri daripada 30 anak syarikat dan dua syarikat tersenarai awam.[4] Dengan perkembangan pesatnya, Sapura tidak hanya menumpukan dalam industri telekomunikasi tetapi juga melangkah dalam industri automotif dengan menubuhkan Sapura Motor Berhad pada tahun 1994.[4] Sapura Motor Berhad kemudiannya disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia dan dinamakan semula sebagai Sapura Industrial Berhad.

Peluasan kemudian diteruskan dengan penubuhan bahagian baharu seperti Sapura Energy Berhad, Sapura Resources Berhad, Sapura Aero Sdn Bhd dan Sapura Secured Technologies. Bahagian ini melibatkan dalam bidang kepakaran mereka termasuk minyak dan gas, kejuruteraan pembuatan, hartanah, penerbangan, pertahanan dan pembinaan rel.[2] Sapura kini memiliki lebih 6000 pekerja dan berada di lebih 15 negara. [1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Sapura Official Page". sapura.com.my.
  2. ^ a b D, Jarvis; A, Welch (2011). ASEAN Industries and the Challenge from China. Springer. m/s. 249–252. ISBN 9780230309050.
  3. ^ Felker, Greg; S. Jomo, K.; Rasiah, Rajah (2013). Industrial Technology Development in Malaysia. Routledge. m/s. 229–254. ISBN 9781134642014.
  4. ^ a b Searle, Peter (1998). The Riddle of Malaysian Capitalism: Rent-Seekers or Real Capitalists?. University of Hawaii Press. m/s. 171–217. ISBN 9780824820534.

Pautan luar

sunting