Sapa Inka
Sapa Inka atau Sapa Inqa ("Inka Tunggal", "Inka Agung"), Inka Qhapaq ("Inca berkuasa"), Apu ("Dewa"), atau pendeknya Sapa ("Yang Agung") ialah pemerintah Kerajaan Cusco dan kemudian penguasa selaku maharaja Empayar Inka (Tawantinsuyu) yang wujud dari abad ke-13 hingga abad ke-18. Asal-usul takhta ini penuh mitos dan berkait dengan pengasasan legenda bandar Cusco namun dari segi sejarah boleh dianggarkan muncul sekitar 1100; ia diwarisi mengikut keturunan di mana putera sulung mewarisi takhta ayahandanya. Maharaja ini turut mempunyai permaisuri yang mendampingi iaitu Qoya (atau Coya dalam ejaan Sepanyol).[1]
Pemerintahan empayar ini dibahagikan di Antisuyu antara dua-dua suku utama iaitu Hurin Cuzco (Bajo Cuzco, Cuzco Hilir) dan Hanan Cuzco (Alto Cuzco, Cuzco Hulu) yang saling berebut kuasa sesama mereka;[2] oleh sebab ini terdapat dua dinasti yang diketahui - dinasti Hanan yang menubuhkan empayar serta dinasti Hurin yang berterusan[3] sepanjang ketibaan penakluk "Dunia Lama" dan berakhir dengan Atahualpa yang dihukum mati Empayar Sepanyol pada 1533.
Peranan
suntingRaja ini dilihat sebagai penguasa mutlak terhadap segala yang ada dalam kerajaannya sehingga berhak mengumpul kekuasaan yang menentukan hala tuju kemasyarakatan, kenegaraan, dan perdagangan kerajaannya.[4][1] Raja-raja ini bertanggungjawab memimpin balatentera mereka sebagai panglima yang meluaskan pengaruh sambil memelihara rangkaian yang mengutuhkan asas kerajaan mereka.[5][1]
"Sapa" ini turut dilihat sebagai keturunan terus dari Inti, dewa matahari utama tamadun ini, lalu penguasa tersebut bertanggungjawab dalam pengadaan semua upacara pemujaan penting terhadap dewa ini.[6]
Adat
suntingPertabalan
suntingPewarisan
suntingSenarai penguasa takhta
suntingDinasti pertama
suntingTempoh bertakhta | Potret | Nama |
---|---|---|
s. 1200–1230 | Manqu Qhapaq Permaisuri: Mama Uqllu | |
s. 1230–1260 | Sinchi Ruq'a Permaisuri: Mama Qura | |
s. 1260–1290 | Lluq'i Yupanki Permaisuri: Mama Qawa | |
s. 1290–1320 | Mayta Qhapaq Permaisuri: Mama Takukaray | |
s. 1320–1350 | Qhapaq Yupanki Permaisuri: Mama Chimpu Qurihillpay |
Dinasti Hanan
suntingDinasti ini muncul setelah kemangkatan Qhapaq Yupanki: Kispe Yupanki, namun suku "hulu Cusco" (Hanan Cuzco) yang memberontak lalu berjaya meletakkan Inka Ruq'a sebagai pemula kerajaan baru ini.[7]
Tempoh bertakhta | Potret | Nama |
---|---|---|
s. 1350 – s. 1380 | Inka Ruq'a Permaisuri: Mama Mikay | |
s. 1380 – s. 1410 | Yáwar Waqaq Permaisuri: Mama Chikya | |
s. 1410–1438 | Wiraqucha Permaisuri: Mama Runtu Quya | |
1438–1471 | Pachakutiq Permaisuri: Mama Anawarkhi | |
1471–1493 | Túpac Inca Yupanqui Permaisuri: Mama Uqllu iskay ñiqin | |
1493–1527 | Wayna Qhapaq Permaisuri: Kusi Rimay, | |
1527–1532 | Waskar Permaisuri: Chukuy Waypa | |
1532–1533 | Atawallpa Permaisuri: Quya Asarpay |
Pasca-ketibaan Sepanyol
sunting- Nota
- qhapaq (bahasa Sepanyol: capac) - "panglima"
- sinchi - "ketua".
Rujukan
sunting- ^ a b c "Inca Government". Ancient History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-05-01.
- ^ Porras Barrenechea, Raúl (1999). El legado quechua: indagaciones peruanas. Universidad Nacional Mayor San Marcos, pp. 368. ISBN 9789972460692.
- ^ Pedro Sarmiento de Gamboa; Gabriel de Oviedo (1907). History of the Incas. Hakluyt Society. m/s. 72.
- ^ Molestina, 1994: 26
- ^ Temoche, 2010: 71
- ^ Temoche, 2010: 179
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:1
- Sumber utama
- Temoche Esquivel, Juan Francisco. Avaliação da influência do choque térmico na aderência dos revestimentos de argamassa (Tesis) (dalam bahasa Sepanyol). Universidade de Sao Paulo Sistema Integrado de Bibliotecas - SIBiUSP. doi:10.11606/t.3.2009.tde-03092009-162624.