Santo Patrick (Latin: Patricius; Ireland Primitif: *Qatrikias;[2] Ireland: Pádraig;[3] Wales: Padrig;[4] c. 387 – 17 March c. 460[5] or c. 492[6]) ialah seorang mubaligh dan uskup Kristian berbangsa Rom-British yang giat di Ireland. Dikenali sebagai "Hawari Ireland", beliau merupakan santo penaung utama pulau tersebut di samping Santa-Santa Brigid dan Columba.

Santo Patrick
Patricius / Pádraig
Dihormati olehKatolik Rom
Ortodoks Timur
Anglikanisme
Lutheranisme
Tempat keramatGlastonbury Abbey; Armagh
Hari perayaan17 Mac (Hari St. Patrick)
NaunganIreland, Nigeria, Montserrat, Amerika Syarikat, Sepanyol, jurutera, paralegal, Melbourne; diseru untuk melawan ular, dosa, sihir[1]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Hari St Patrick, Buenos Aires (Argentina)

Kini tinggal dua pucuk surat yang tulen oleh beliau, dan dari itulah terbitnya satu-satunya sejarah riwayat beliau yang diterima umum.[7] Ketika berumur 16 tahun, beliau dicekup dari rumahnya oleh puak pagan lalu dibawa sebagai hamba abdi ke Ireland di mana beliau tinggal selama enam tahun sebelum melepaskan diri dan kembali ke pangkuan keluarganya. Setelah menjadi seorang paderi, beliau kembali ke kawasan utara dan barat Ireland sebagai seorang biskop, tetapi tidak banyak yang diketahui tentang tempat-tempat kerjanya. Menjelang abad ketujuh, beliau sudah pun disanjungi sebagai santo penaung Ireland.

Kebanyakan butiran riwayatnya yang sedia ada datangnya dari hagiografi lanjutan yang tidak diterima tanpa penilaian yang terperinci. Menurut Sejarah Ulster, beliau tiba di Ireland pada tahun 432, berkhutbah di Ulster sekitar tahun 443, dan meninggal dunia pada tahun 457 atau 461.[8] Namun begitu, tulisan sejarah itu membezakan "Patrick Tua"[9] dan "Patrick, hawari besar Scot,"[10] yang meninggal dunia pada tahun 492.[8] Tarikh-tarikh sebenar kehidupan Patrick tidak dapat ditentukan dengan setentu-tentunya tetapi menurut tafsiran umu, beliau bergiat sebagai mubaligh di Ireland sekitar separuh kedua abad kelima.[11]

Hari Santo Patrick disambut pada 17 Mac iaitu tarikh kematian beliau[12], baik di dalam mahupun di luar Ireland, sebagai perayaan keagamaan mahupun sekular. Di kawasan-kawasan uskup Ireland, Hari St. Patrick disambut dengan penuh takzim dan suci; manakala di luar Ireland, ia dijadikan suatu sambutan yang meraikan bangsa dan budaya orang Ireland bertebaran secara umumnya.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Roman Catholic Patron Saints Index". Dicapai pada 25 August 2006.
  2. ^ O'Rahilly, Thos. The Two Patricks: A Lecture on the History of Christianity in Fifth-century Ireland, pp. 43 – 44. Dublin Institute for Advanced Studies, 1942.
  3. ^ Ireland Lama: Cothraige atau Coithrige; Ireland Pertengahan: Pátraic.
  4. ^ Bahasa Wales Lama dan Pertengahan: Padric.
  5. ^ Common Worship: Services and Prayers for the Church of England, The Calendar, p. 7. However, note that this early date may have been a confusion with Saint Palladius.
  6. ^ St Patrick in the Catholic Encyclopedia (1913).
  7. ^ Macthéni, Muirchú maccu; White, Newport John Davis (1920). St. Patrick, his writings and life. New York: The Macmillan Company. m/s. 31–51, 54–60.
  8. ^ a b Hennessy, Wm. (trans.) Annals of Ulster; otherwise, Annals of Senat, Vol. I. Alexander Thom & Co (Dublin), 1887. Accessed 10 Feb 2013.
  9. ^ Irish Latin: Patraic Sen.
  10. ^ Latin: Patricius archipostolus scotorum.
  11. ^ All About Saint Patrick's Day Church Year Retrieved 2011-02-20
  12. ^ "St. Patrick's Day". The History Channel. Unknown parameter |accessd-date= ignored (bantuan)