Lucia dari Siracusa (283–304), juga dikenali sebagai Santa Lucia, ialah seorang martir Kristian yang mati semasa penyeksaan Diocletianus. Beliau diberi penghormatan sebagai santa oleh Gereja Roman Katolik, Gereja Anglikan, Gereja Lutheran, dan Gereja Ortodoks Timur. Hari untuk memperingatinya dikenali sebagai Hari Santa Lucia dan disambut setiap 13 Disember di Barat.