Sandal
Sandal adalah sejenis alas kaki yang bahagian tapak biasanya agak rendah dan bahagian atasnya tidak menutupi bahagian kaki sepenuhnya. Orang mungkin memilih memakai sandal atas beberapa alasan, antaranya ekonomi (sandal biasanya memerlukan bahan yang lebih sedikit berbanding kasut), selesa dipakai dalam cuaca panas, dan sebagai pilihan fesyen.