Samsung Lions
Samsung Lions (Hangul: 삼성 라이온즈 )[1] merupakan pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Daegu. Pasukan ini merupakan anggota KBO League dan telah ditubuhkan pada tahun 1982. Gelanggang pasukan ini ialah di Daegu Samsung Lions Park. Pasukan ini juga berjaya menjuarai Korean Series sebanyak lapan kali dan memperoleh naib juara sebanyak sepuluh kali. Pasukan Samsung Lions merupakan pasukan pertama yang meraih empat gelaran Korean Series berturut-turut (2011-2014) dan menjadi pasukan sulung yang meraih gelaran liga buat aksi musim selama lima tahun berturut-turut (2011–2015).
Samsung Lions | |||||
---|---|---|---|---|---|
삼성 라이온즈 | |||||
| |||||
Maklumat | |||||
Liga | KBO League (1982–kini) | ||||
Lokasi | Daegu | ||||
Stadium |
| ||||
1982 | |||||
Kejuaraan liga | 2001, 2002, 2005, 2006, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015 | ||||
Kejuaraan Korean Series | 1985, 2002, 2005, 2006, 2011, 2012, 2013, 2014 | ||||
Stadium lama | Stadium Besbol Daegu (1982–2015) | ||||
Warna | Biru, putih dan kelabu | ||||
Nombor tidak digunakan | 10, 22, 36 | ||||
Pemilikan | Cheil Worldwide (subsidiari Samsung) | ||||
Pengurus | Park Jin-man | ||||
Laman sesawang | www | ||||
Seragam | |||||
Nombor tidak digunakan
suntingNombor pertama yang tidak digunakan oleh pasukan Samsung Lions ialah nombor 22 sebagai tanda mengenang pemain Lee Man-soo, yang beraksi bersama pasukan dari tahun 1982 sehingga 1997 sebelum menjadi jurulatih di Chicago White Sox di MLB dan pasukan SK Wyverns. Lee merupakan pemenang Anugerah Sarung Tangan Emas KBO League sebanyak lima kali bersama Lions di samping meraih MVP KBO League pada 1983[2] dan memukul Triple Crown pada 1984. Nombor seterusnya yang tidak digunakan ialah nombor 10 sebagai mengenang pemain kidal Yang Joon-hyuk, yang beraksi bersama pasukan dari 1993 sehingga 1998 dan dari 2002 sehingga tahun 2010.[3] Yang telah mendahului liga dari statistik pukulan sebanyak empat kali dan memegang enam rekod pukulan karier (termasuk pada satu masa memegang rekod home run iaitu 351 pukulan dan kini ia dipintas oleh Lee Seung-yeop).[2] Nombor selanjutnya pula ialah nombor 36 untuk menghargai Lee Seung-yeop, yang menghabiskan 15 musim bersama kelab dan menjadi pemain memiliki home run terbanyak KBO League buat sepanjang zaman iaitu dengan 467 pukulan.[4] Lee turut memegang rekod KBO buat jumlah larian diperoleh, RBI, jumlah tapak, peratus slugging dan OPS.
Yang Joon-hyuk RF, DH |
Lee Man-soo C |
Lee Seung-yuop IF |
Catatan
sunting- ^ 삼성라이온즈 (dalam bahasa Korea). Samsung Lions official website. Dicapai pada 23 March 2012.
- ^ a b 레전드 [History -> Legends] (dalam bahasa Korea). Samsung Lions. Dicapai pada 13 November 2016.
- ^ name="retirednumber"
- ^ "Legendary slugger homers twice in final game". Yonhap News Agency. 3 October 2017. Dicapai pada 3 October 2017.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Samsung Lions |
- Official website (dalam bahasa Korea)