Profesor Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim ialah ahli akademik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan dekan pertama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Islam Selangor (UIS). Kepakaran beliau adalah dalam bidang komunikasi massa.