Samariang
Tempat di Sarawak
Asal usul Kampung Semariang Batu
- terletak di tebing sungai Samariang yang mana keadaan geografinya dikelilingi oleh anak-anak sungai dan jalan yang penuh dengan batu-batu besar pada tahun 70an..(bersempena dengan banyaknya batu, maka kampung Samariang Batu wujud bagi menempatkan perpindahan penduduk yang datang dari kawasan sekitar seperti Santubong, Salak, Sungei Mas, Pansir Pandak.
- Menurut kajian Ismail Mahedin mengenai kampung Samariang Batu berdasarkan temuramah dengan orang-orang tua yang pertama kali menetap di situ, mendapati Samariang Batu mendapat nama disebabkan oleh terdapatnya batu-batu besar yang terdapat di tebing sungai.
- Populasi migrasi oleh penduduk Kampung Sungei Mas dan Kampung Salak sekitar tahun 70an merancakkan lagi pertumbuhan Kampung Samariang Batu untuk menjadi sebuah kampung yang berpusat dan teratur...
- Kemudahan yang terdapat di kampung samariang Batu adalah seperti Surau Nurul Khair, Sekolah Rendah Kebangsaan Samariang, Dewan KHASBA, Tadika KEMAS, Pusat AIM Nurhidah, Body Fitness Studio (Aerobik Team) Padang Bola, Pusat Latihan Gendang Asli Melayu Sarawak.
Wakil rakyat
sunting- Ahli Dewan Undangan Negeri , Sarawak bagi kawasan pilihan raya N.7 Samariang ialah Yang Berhormat Datuk Hajah Sharifah Mordian Bt. Tuanku Haji Fauzi, Pgbk, Jbs
- Beliau telah dilantik untuk memegang jawatan Menteri Muda Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
- Beliau dilahirkan pada 20.03.1948
- Alamat: Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi, Tingkat 7, Bangunan Masja , Petra Jaya, 93050 Kuching.
- Sebagai wakil rakyat , beliau sedia menerima sebarang aduan dan rayuan daripada penduduk kawasan pilihan rayanya dan kawasan-kawasan lain di talian Telefon Pejabat : 082 - 440116 ,Tel Rumah: 082 - 448058 , No. Fak : 082 - 446704
- Beliau bertanding atas tiket Parti : Parti Pesaka Bumiputra Bersatu - PBB (Barisan Nasional). Barisan Nasional menekankan politik pembangunan untuk warga negeri Sarawak . Trak rekod yang ditunjukkan masa lalu sangat baik.