Salmah Lagio atau lebih dikenali sebagai Salmah Ahmad (lahir 7 September 1937) merupakan salah seorang bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an.[1]

Salmah Ahmad
Kelahiran
Salmah binti Lagio

(1937-09-07) 7 September 1937 (umur 87)
Jalan Ibrahim, Johor Bharu, Johor, Malaysia
Nama lainSalmah Ahmad
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1957–1964
PasanganAhmad Shahlan (k. 1955; c. 1981)
Anak-anak6

Kehidupan awal dan kerjaya

sunting

Salmah dilahirkan pada 7 September 1937 di Johor Bahru.[2] Ketika berusia 17 tahun, beliau memenangi Ratu Cantik yang dianjur oleh UMNO Johor Bharu. Selepas itu beliau terpilih untuk membintangi film Pontianak, yang dihasilkan oleh Cathay Keris pada tahun 1957.

Selepas kontraknya dengan Cathay Keris tamat pada 1962, beliau menyertai Studio Merdeka yang bertempat di Hulu Kelang, Selangor yang baru sahaja dibuka.

Filem pertama beliau bersama Studio Merdeka adalah "Tun Tijah" yang diarah oleh L. Krishnan, dan diikuti dengan "Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payong, Ibu Ayam, Anak Manja” dan lain-lain".

Filem terakhir beliau adalah "Tun Mandan" arahan Salleh Ghani pada 1964, sebelum bersara dari dunia lakonan.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1957 Pontianak Salmah Filem pertama
Dendam Pontianak Maria
1958 Satay Fatimah
Sumpah Pontianak Maria
Orang Minyak
1959 Jula Juli Bintang Tiga Jula Juli Bintang Tiga
Rasa Sayang Eh
1960 Noor Islam Tengku Ratna Suri
1961 Yatim Mustapha Cahaya
Tun Tijah
Keris Sempena Riau Tun Lela
1962 Jula Juli Bintang 7 Jula Juli Bintang Tiga
Selendang Merah Kesuma
Siti Payong
1963 Ibu Ayam Rosnah
Anak Manja
1964 Tun Mandan Tun Mandan Filem terakhir

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia - Dirinya Sendiri Artis Veteran
1965 Festival Filem Malaya Noor Islam Aktres Terbaik Menang

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting