Salju Rindu di Bumi Auckland
Salju Rindu di Bumi Auckland ialah sebuah drama web televisyen Malaysia 2024 arahan Riza Baharudin terbitan Global Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Riena Diana, Keith Foo, Nabil Aqil, Emelda Rosemila dan Husna Mustaffa. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 16 September 2024.
Salju Rindu di Bumi Auckland | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Salju Rindu Di Kota Edinburgh karya Haitun Kamarazaman |
Ditulis oleh | Fara Alya Ashaari |
Pengarah | Riza Baharudin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Terlerai" - Suki Low |
Lagu penutup | "Terlerai" - Suki Low |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 16 September 2024 |
Sinopsis
suntingSengketa dengan ayahnya Haji Talib (Shamsul Ghau Ghau), membawa rajuk yang panjang di hati Juraini (Riena Diana). Dia ke Bukit Fraser bagi mengubati luka.
Tanpa diduga malang menghimpit diri, dikhianati insan yang paling dipercayai. Juraini buntu untuk meneruskan langkah.
Kekasih hati pula ingin kembali ke tanah air. Hidup Juraini mengalami perubahan 180 darjah apabila dia nekad mengikut Nathan (Keith Foo) pulang ke Auckland,New Zealand.
Juraini sudah mati. Kini yang hidup adalah Joanna. Kebahagiaan Joanna terlalu sempurna di samping Nathan. Agama hanya menjadi kudis buatnya.
Selepas 30 tahun Iman hadir. Namun kehadiran Iman (Nabil Aqil), mulai menggugat hati Joanna. Iman gemar mengusik kenangan lama Joanna, yang akhirnya membawa kesedihan.
Siapakah Iman dan mengapa lelaki itu sering mengintip Joanna dan mendekati dengan cara yang penuh rahsia?
Apa kaitannya dengan Juraini, manusia yang bagaikan sudah tidak wujud lagi.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Riena Diana sebagai Juraini (muda) / Samantha (dual character), perempuan yang makan hati dengan sikap keluarga terutamanya Talib.Dan mengikuti Nathan pergi ke Auckland, beberapa tahun kemudian Samantha mempunyai iras wajah Juraini
- Keith Foo sebagai Nathan,lelaki berketurunan Cina kelahiran Malaysia tetapi dibesarkan di New Zealand dan suami kepada Juraini & bapa Samantha.
- Nabil Aqil sebagai Iman,anak kepada Aziz & anak saudara Juraini yang ditugaskan ke New Zealand bagi memujuk Juraini kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa tahun membawa diri
- Emelda Rosemila sebagai Juraini / Joanna (masa kini),ibu kepada Samantha
- Husna Mustaffa sebagai Suri, kakak Juraini dan anak Talib
Pelakon pembantu
sunting- Kodi Rasheed sebagai Aziz, Abang kepada Juraini
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Talib, Ayah kepada Aziz,Juraini,Suri seorang bersikap angkuh yang mengejar kekayaan selain menipu (pemain antagonist)
- Rosnah Johari sebagai Mak Yam, Isteri Pak Talib dan ibu kepada Aziz, Juraini, Suri
- Mas Anizan sebagai Mak Su
- Louisa Chong sebagai Anne,Ibu kepada Nathan
- Azhar Amir sebagai Azman
- Zera Hariz sebagai Zainun
- Azwan Kombos sebagai Hidayat
- Ku Frisha sebagai Maya
- RJ Helmy sebagai Dr. Johan
- Alif Hadi sebagai Fikhri