Salah guna kuasa
Salah guna kuasa (Tulisan Jawi: ساله ڬونا كواس) atau penyalahgunaan kuasa (ڤڽالهڬوناان كواس) ialah suatu jenayah dalam bentuk "salah laku di pejabat" atau "salah laku pegawai". Perbuatan ini dikategorikan sebagai pelakuan perbuatan yang menyalahi undang-undang, dilakukan sambil menjawat jawatan rasmi, yang mempengaruhi keputusan ketika melakukan tugas-tugas yang diberi. Salah laku di pejabat sering menjadi alasan sebab penyingkiran pegawai yang dipilih oleh statut atau pilihan raya semula. Antara faktor salah guna kuasa adalah berkaitan rasuah, kepentingan diri, keluarga, dan juga kronisme.[1]
Salah guna kuasa institusi
suntingPenyalahgunaan kuasa intitiusi ialah sejenis layanan buruk seseorang kepada golongan tertentu (biasanya kanak-kanak atau orang dewasa yang lebih tua) oleh golongan yang berkuasa di sebalik sistem.[2] Hal ini boleh merangkumi perbuatan yang serupa dengan penderaan kanak-kanak di rumah, seperti pengabaian, penderaan fizikal dan seksual, sehingga kesan program bantuan yang bekerja di bawah piawaian perkhidmatan yang boleh diterima, atau bergantung kepada cara kasar atau tidak wajar untuk mengubah tingkah laku seseorang.[2] Institusi pendidikan juga sering menjadi sasaran kepada salahguna kuasa oleh golongan cendekiawan dan juga pentadbir.[3]
Rujukan
sunting- ^ Didakwa salah guna kuasa Harian Metro. 25 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Januari 2020
- ^ a b Powers, J. L.; A. Mooney & M. Nunno (1990). "Institutional abuse: A review of the literature". Journal of Child and Youth Care (dalam bahasa Inggeris). 4 (6): 81.
- ^ Salah guna kuasa, pensyarah didakwa di mahkamah Berita Harian. 25 Julai 2019. Dicapai pada 6 Januari 2020