Sakit kronik
Sakit kronik ditakrifkan sebagai sakit yang berlangsung lebih lama daripada tiga hingga enam bulan.[1] Dalam perubatan, perbezaan antara sakit akut dan kronik kadang-kadang ditentukan oleh jumlah masa sejak awal. Dua penanda yang biasa digunakan adalah kesakitan yang berlanjutan pada tiga bulan dan enam bulan sejak permulaan,[2] tetapi beberapa ahli teori serta penyelidik telah meletakkan peralihan dari kesakitan akut ke kronik pada 12 bulan.[3] Ada juga menggunakan istilah "akut" untuk sakit kurang dari 30 hari, "subakut" untuk kesakitan yang berlangsung dari satu hingga enam bulan dan "kronik" untuk sakit lebih dari enam bulan.[4] Istilah alternatif yang popular bagi sakit kronik ialah "kesakitan yang melangkaui jangka masa penyembuhan yang diharapkan".[2]
Sakit kronik | |
---|---|
Nama lain | Kesakitan kronik |
Skala sakit pada kanak-kanak | |
Pengkhususan | Pengurusan kesakitan |
sunting |
Kesakitan kronik mungkin berasal dari badan, atau di otak atau saraf tunjang. Selalunya sukar untuk dirawat. Kajian epidemiologi mendapati bahawa 8% hingga 11.2% orang di pelbagai negara mengalami sakit kronik.[5] Pelbagai ubat bukan opioid pada mulanya disyorkan untuk merawat sakit kronik, bergantung kepada kesakitan itu disebabkan oleh kerosakan tisu atau neuropatik.[6][7] Rawatan psikologi termasuk terapi tingkah laku kognitif dan terapi penerimaan dan komitmen mungkin berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang individu yang mempunyai sakit kronik. Beberapa orang yang ada kesakitan kronik mungkin mendapat manfaat daripada rawatan opioid sementara yang lain boleh dirugikan olehnya.[8][9] Individu bukan penghidap barah/kanser yang tidak dibantu oleh ubat bukan opioid mungkin disyorkan untuk mencuba opioid jika tiada sejarah mencuba atau menggunakan dadah dan tiada penyakit mental semasa.[10] Sekiranya sakit kronik tidak dapat diatasi, opioid mesti dihentikan.
Klasifikasi
suntingInternational Association for the Study of Pain mentakrifkan sakit kronik sebagai sakit tanpa nilai biologi, yang masih berterusan lalu penyembuhan tisu yang normal. DSM-5 mengiktiraf sebagai satu gangguan sakit kronik, gangguan gejala somatik. Kriteria tersebut merangkumi sakitmyang berpanjangan lebih lama daripada enam bulan.[11]
Rujukan
sunting- ^ Treede RD, Rief W, Barke A, Aziz Q, Bennett MI, Benoliel R, dll. (June 2015). "A classification of chronic pain for ICD-11". Pain. 156 (6): 1003–1007. doi:10.1097/j.pain.0000000000000160. PMC 4450869. PMID 25844555.
- ^ a b Turk DC, Okifuji A (2001). "Pain terms and taxonomies". Dalam Loeser D, Butler SH, Chapman JJ, Turk DC (penyunting). Bonica's Management of Pain (ed. 3rd). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 18–25. ISBN 978-0-683-30462-6.
- ^ Main CJ, Spanswick CC (2001). Pain management: an interdisciplinary approach. Elsevier. m/s. 93. ISBN 978-0-443-05683-3.[pautan mati kekal]
- ^ Thienhaus O, Cole BE (2002). "Classification of pain". Dalam Weiner RS (penyunting). Pain management: A practical guide for clinicians (ed. 6). American Academy of Pain Management. ISBN 978-0-8493-0926-7.
- ^ Andrews P, Steultjens M, Riskowski J (January 2018). "Chronic widespread pain prevalence in the general population: A systematic review". European Journal of Pain. 22 (1): 5–18. doi:10.1002/ejp.1090. PMID 28815801.
- ^ Tauben D (May 2015). "Nonopioid medications for pain". Physical Medicine and Rehabilitation Clinics of North America. 26 (2): 219–48. doi:10.1016/j.pmr.2015.01.005. PMID 25952062.
- ^ Welsch P, Sommer C, Schiltenwolf M, Häuser W (February 2015). "[Opioids in chronic noncancer pain-are opioids superior to nonopioid analgesics? A systematic review and meta-analysis of efficacy, tolerability and safety in randomized head-to-head comparisons of opioids versus nonopioid analgesics of at least four week's duration]". Schmerz (dalam bahasa Jerman). 29 (1): 85–95. doi:10.1007/s00482-014-1436-0. PMID 25376546.
- ^ Reuben DB, Alvanzo AA, Ashikaga T, Bogat GA, Callahan CM, Ruffing V, Steffens DC (February 2015). "National Institutes of Health Pathways to Prevention Workshop: the role of opioids in the treatment of chronic pain". Annals of Internal Medicine. 162 (4): 295–300. doi:10.7326/M14-2775. PMID 25581341.
- ^ Chou R, Turner JA, Devine EB, Hansen RN, Sullivan SD, Blazina I, dll. (February 2015). "The effectiveness and risks of long-term opioid therapy for chronic pain: a systematic review for a National Institutes of Health Pathways to Prevention Workshop". Annals of Internal Medicine. 162 (4): 276–86. doi:10.7326/M14-2559. PMID 25581257.
- ^ Busse JW, Craigie S, Juurlink DN, Buckley DN, Wang L, Couban RJ, dll. (May 2017). "Guideline for opioid therapy and chronic noncancer pain". CMAJ. 189 (18): E659–E666. doi:10.1503/cmaj.170363. PMC 5422149. PMID 28483845.
- ^ Katz J, Rosenbloom BN, Fashler S (April 2015). "Chronic Pain, Psychopathology, and DSM-5 Somatic Symptom Disorder". Canadian Journal of Psychiatry. 60 (4): 160–7. doi:10.1177/070674371506000402. PMC 4459242. PMID 26174215.
Bacaan lanjut
sunting- Dowell D, Haegerich TM, Chou R (April 2016). "CDC Guideline for Prescribing Opioids for Chronic Pain--United States, 2016". JAMA. 315 (15): 1624–45. doi:10.1001/jama.2016.1464. PMC 6390846. PMID 26977696.