Sagittarius (astrologi)
Sagittarius (♐) merupakan zodiak kesembilan daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Sagittarius.
Simbol Zodiak | Si Pemanah |
---|---|
Jangka masa (Astrologi Tropika, Barat) | 22 November – 22 Disember (2024, UTC) |
Jangka masa (Astrologi Sidereal, Hindu) | 13 Disember – 6 Januari (2024, UTC) |
Buruj | Sagittarius |
Elemen zodiak | Api |
Kualiti zodiak | Berubah-ubah |
Domisil | Musytari |
Detrimen | Utarid |
Naik | Nod selatan |
Turun | Nod utara |
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Sagittarius", ataupun Sagittarian.[1] Sagittarius dianggap sebagai zodiak maskulin oleh ahli astrologi purba dan ianya dijajah oleh planet Musytari. Nama sanskrit bagi Sagittarius dalam astrologi Hindu ialah Dhanu.