Sadyr Japarov
Sadyr Nurgozhoevich Japarov (Kyrgyz: Садыр Нургожоевич Жапаров, Sadır Nurgojoyeviç Japarov ; [sɑdɯr nurʁodʒojevit͡ʃ d͡ʒɑpɑrov]; lahir 6 Disember 1968), juga dikenali sebagai Sadyr Zhaparov, ialah seorang ahli politik Kyrgyzstan dahulu berkhidmat sebagai perdana menteri, dan juga sebagai sebagai pemangku presiden berikutan peletakan jawatan Sooronbay Jeenbekov.[1][2] Pada 10 Januari 2021, Japarov telah dipilih sebagai presiden.[3]
Sadyr Japarov | |
---|---|
Садыр Жапаров | |
Presidenn Kyrgyzstan ke-6 | |
Menyandang jawatan 28 Januari 2021 | |
Perdana Menteri | Artem Novikov (pemangku) Ulukbek Maripov Akylbek Japarov |
Didahului oleh | Talant Mamytov (pemangku) |
Dalam jawatan 15 Oktober 2020 – 14 November 2020[a] | |
Perdana Menteri | Diri sendiri |
Didahului oleh | Sooronbay Jeenbekov |
Digantikan oleh | Talant Mamytov (pemangku) |
22nd Prime Minister of Kyrgyzstan | |
Dalam jawatan 10 Oktober 2020 – 14 November 2020[b] | |
Presiden | Sooronbay Jeenbekov Himself Talant Mamytov (pemangku) |
Timbalan | Artem Novikov |
Didahului oleh | Kubatbek Boronov |
Digantikan oleh | Artem Novikov (pemangku) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Keng-Suu, RSS Kirghizstan, Kesatuan Soviet (kini Kyrgyzstan) | 6 Disember 1968
Parti politik | Mekenchil |
Gabungan politik lain | Ata-Zhurt |
Pasangan | Aigul Asanbaeva (k. 1991) |
Kediaman | Kediaman Negara Ala Archa |
Pendidikan | Universiti Slavik Kyrgyz-Rusia |
Kehidupan awal dan pendidikan
suntingJaparov dilahirkan di Keng-Suu, sebuah kampung di Daerah Tüp, Wilayah Issyk-Kul. Selepas menamatkan pendidikan sekolah menengahnya pada tahun 1986, beliau memasuki Akademi Budaya dan Sukan Fizikal Kebangsaan Kyrgyz. Pada tahun 1987, Japarov dikerah masuk Angkatan Darat Soviet, di mana beliau berkhidmat selama dua tahun di Novosibirsk sebagai komander di bahagian telekomunikasi. Dari tahun 1989 hingga 1991, Japarov menyambung pendidikannya di akademi tersebut. Pada tahun 2006, Japarov lulus daripada Universiti Slavik Kyrgyz-Rusia dengan ijazah sarjana muda dalam undang-undang.
Kehidupan peribadi
suntingJaparov telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
Anugerah
sunting- Pingat pentadbiran wilayah Issyk-Kul (2009) bagi sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi Issyk-Kul
- Pingat kesatuan veteran Afghanistan (2010)
Rujukan
sunting- ^ "Kyrgyz parliament approves Japarov's nomination for acting Prime Minister" [Parlimen Kyrgyz meluluskan pencalonan Japarov untuk pemangku Perdana Menteri]. Agensi berita AKIpress (dalam bahasa Inggeris). 6 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2020. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
- ^ "Kyrgyz parliament votes to appoint Sadyr Japarov as prime minister" [Parlimen Kyrgyz mengundi untuk melantik Sadyr Japarov sebagai perdana menteri]. TASS (dalam bahasa Inggeris). 6 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2020. Dicapai pada 8 Oktober 2020.
- ^ Foy, Henri (10 Januari 2021). "Nationalist wins landslide victory in Kyrgyzstan presidential vote". Financial Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Januari 2021.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Kubatbek Boronov |
Perdana Menteri Kyrgyzstan 2020 |
Pemegang jawatan kini |
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan