Sa'adu Abubakar
Sultan Sokoto
Amirul Mumineen Sultan Muhammadu Sa'ad Abubakar III (diputerakan pada 24 Ogos 1956 di Sokoto) ialah Sultan Sokoto yang ke-20, pemerintah Sokoto pada nama saja di utara Nigeria, ketua Jama’atu Nasril Islam (Persatuan untuk Sokongan Islam - JNI) dan jeneral presiden Majlis Tertinggi Negara Nigeria untuk Hal Ehwal Islam (NSCIA).[1] Sebagai Sultan Sokoto, baginda dianggap sebagai pemimpin agama untuk tujuh juta orang Islam Nigeria, kira-kira lima puluh peratus daripada populasi negara.[2] Sultan Sa'adu Abubakar menggantikan paduka kakanda baginda, Muhammadu Maccido, yang mangkat dalam ADC Airlines Flight 53, pesawatnya terhempas tidak lama selepas perlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Azikiwe dan dalam perjalanan ke Sokoto.[3]
Sultan Sa'adu Abubakar LLD | |
---|---|
Sultan of Sokoto | |
Didahului oleh | Muhammadu Maccido |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sokoto, Sokoto State, Nigeria | 24 Ogos 1956
Ibu bapa | Siddiq Abubakar III |
Alma mater | Kolej Barewa Akademi Pertahanan Nigeria Command and Staff College, Jaji |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Nigeria |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Nigeria |
Tahun perkhidmatan | 1975 – 2006 |
Pangkat | Brigedier Jeneral |
Rujukan
sunting- ^ Paden, John N. (2008). Faith and politics in Nigeria. Washington, DC: US Institute of Peace Press. m/s. 32f. ISBN 978-1-60127-029-0.
- ^ The Muslim 500: "Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III" retrieved May 15, 2014
- ^ Nigeria gets new Islamic leader
Pautan luar
sunting- Profile: Muhammed Sa'adu Abubakar BBC News, Thursday, 2 November 2006, 10:30 GMT
Didahului oleh Muhammadu Maccido |
Sultan Sokoto 2 November 2006–current |
Diikuti oleh: penjawat kini |