Ryoichi Mita
Ryoichi Mita (三田 了一, Mita Ryoichi, 19 Disember 1892- 29 Mei 1983 ) ialah seorang Muslim (Mualaf) yang menjadi pemimpin dalam komuniti Muslim yang aktif dalam era Showa di Jepun. Nama Muslim beliau ialah Umar (ウマル). Beliau dilahirkan di Kota Shimonoseki, Wilayah Yamaguchi. Beliau seorang bekas Penasihat Pusat Islam Jepun, bekas pensyarah Bahasa Cina di Universiti Kwansei Gakuin dan Universiti Kitakyushu.
Ryoichi Mita (三田 了一) | |
---|---|
Umar Mita (三田 ウマル) (Nama Muslim) | |
Kelahiran | |
Meninggal dunia | Mei 29, 1983 | (umur 90)
Warganegara | Jepun |
Pekerjaan | Pensyarah Bahasa Cina Cendekiawan Islam |
Terkenal kerana | Muslim pertama menterjemah Al-Quran ke dalam Bahasa Jepun |
Pangkat | Presiden Kedua Persatuan Muslim Jepun (JMA) Ketua Penasihat Persatuan Cina Muslim Bekas Penasihat Pusat Islam Jepun |
Latar belakang akademik | |
Pusat pendidikan | Sekolah Komersial Tinggi Yamaguchi (Universiti Yamaguchi(kini)) |
Karya akademik | |
Institusi | Universiti Kwansei Gakuin Universiti Kitakyushu |
Karya terkenal | Menerbitkan Al-Quran terjemahan Bahasa Jepun secara rasmi pertama di dunia |
Aktiviti Terkenal
suntingBeliau terkenal kerana menerbitkan terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Jepun yang pertama oleh umat Islam pada tahun 1972 (disemak pada tahun 1982). Al-Quran terjemahan ini telah diluluskan sebagai Al-Quran terjemahan Bahasa Jepun secara rasmi pertama di dunia [1] .
Biografi
suntingBeliau dilahirkan di Kota Shimonoseki, Wilayah Yamaguchi pada tahun1892. Pada tahun 1916, beliau tamat pengajian di Sekolah Komersial Tinggi Yamaguchi (kini Fakulti Ekonomi Universiti Yamaguchi ). Selepas itu, beliau mendapat pekerjaan di syarikat Kereta Api Manchuria Selatan menyebabkan beliau berpindah ke tanah besar China dan memeluk Islam selepas bersahabat dengan orang Islam tempatan. Pada tahun 1941, beliau dilantik sebagai ketua penasihat Persatuan Muslim Cina.Pada tahun 1945 selepas tamat perang, beliau kembali semula ke Jepun. Sehingga 1951, beliau bekerja sebagai Pensyarah Bahasa Cina di Universiti Kwansei Gakuin dan Universiti Kitakyushu. Pada tahun 1957, beliau berpindah ke Pakistan dan mula bekerja sebagai agamawan Islam. Beliau telah banyak melibatkan diri dalam aktiviti Islam tempatan. beliau telah menunaikan haji pada tahun 1957. Pada tahun 1960, dengan kematian Sadeek Imaizumi, presiden kedua Persatuan Muslim Jepun (JMA) [2] . Pada tahun 1972, beliau telah menerbitkan terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Jepun secara rasmi. Al-Quran terjemahannya bagi edisi yang disemak telah diterbitkan pada tahun 1982..Beliau meninggal dunia pada tahun 1983.