Bencana Stadium Kanjuruhan
Bencana Stadium Kanjuruhan berlaku semasa perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada 1 Oktober 2022.[1] Selepas perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, penyokong Arema yang kalah menceroboh padang dan merusuh, menyerang polis dan pemain Persebaya. Sebagai tindak balas, unit polis pencegah rusuhan menggunakan gas pemedih mata yang terperangkap di dalam stadium dan mencetuskan rempuhan apabila perusuh dan penyokong mula sesak nafas akibat gas tersebut. 135 orang terbunuh dalam kejadian itu, dengan ratusan lagi cedera, menjadikan ini sebagai antara insiden terburuk dalam sejarah bola sepak.[2]
Tarikh | 1 Oktober 2022 |
---|---|
Lokasi | Stadium Kanjuruhan, Kabupaten Malang, Jawa Timur, Indonesia |
Koordinat | |
Penyebab | Rempuhan manusia, hooliganisme bola sepak, salah laku polis, kecuaian |
Kematian | 135 |
Kecederaan | 583 |
Tertuduh | Ahmad Hadi Lukita Abdul Haris Suko Sutrisno Wahyu S. Wahyu Hasdarman Bambang Sidik Achmadi |
Tuduhan | Perlanggaran peraturan keselamatan stadium (Lukita, Haris dan Sutrisno) Pengabaian peraturan penggunaan gas pemedih mata (Wahyu, Hasdarman dan Achmadi) |
Bencana ini adalah yang kedua paling maut dalam sejarah persatuan bola sepak di seluruh dunia, selepas malapetaka Estadio Nacional 1964 di Peru yang mengorbankan 328 orang. Oleh itu, ia adalah yang paling berdarah di Asia, Indonesia, dan Hemisfera Timur.[3]
Pada 6 Oktober 2022, Ketua Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo mengumumkan enam suspek: pengarah PT Liga Indonesia Baru, ketua pegawai keselamatan Arema, jawatankuasa penganjur perlawanan Arema kerana kecuaian dan tiga pegawai polis kerana menggunakan gas pemedih mata.[4][5]
Latar belakang
suntingHooliganisme bola sepak mempunyai catatan sejarah panjang di Indonesia, dengan berpuluh-puluh penyokong terbunuh sejak 1990-an. Kelab peminat beberapa pasukan mempunyai apa yang dipanggil "komander", dan unit polis rusuhan hadir dalam banyak perlawanan, dengan suar sering digunakan untuk menyuraikan orang ramai yang merusuh menceroboh padang.[6] Arema FC dari Malang dan Persebaya Surabaya, kelab-kelab saingan lama, juga diberi jolokan Derbi Super Jawa Timur, dijadualkan bermain perlawanan musim biasa Liga 1 di Stadium Kanjuruhan Malang yang mempunyai kapasiti 42,000 pada 1 Oktober.[7] Pada 2018, rusuhan di Kanjuruhan berikutan perlawanan antara Arema dan Persib Bandung mengakibatkan kematian selepas polis pencegah rusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.[8] Walaupun peraturan FIFA melarang penggunaan gas pemedih mata di stadium, ia digunakan oleh unit rusuhan Polisi Republik Indonesia (Polri) dalam mengawal perlawanan bola sepak.[9]
Akibat kebimbangan keselamatan, polis telah meminta agar perlawanan diadakan lebih awal pada sebelah petang berbanding waktu asal, 8:30 malam waktu tempatan dengan 38,000 tiket, namun permintaan itu tidak diterima pegawai Liga 1, dan 42,000 tiket telah dicetak.[10][7][11] Bagaimanapun, berikutan nasihat polis, tiket perlawanan tidak disediakan buat penyokong Persebaya.[12]
Peristiwa
suntingSepanjang perlawanan itu sendiri, keadaan keselamatan berjalan lancar, tanpa insiden besar.[13] Selepas tamat perlawanan dengan Persebaya menang 3–2, kira-kira 3,000 orang penyokong Arema FC menceroboh padang.[14][15]
Penyokong Arema, digelar Aremania, membaling objek, merosakkan kenderaan polis, dan memulakan kebakaran di stadium.[14] Pemain Persebaya terpaksa bersembunyi di dalam kenderaan berperisai polis selama sejam sebelum meninggalkan stadium.[13] Pihak polis bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan Aremania. Keadaan bertambah buruk selepas keadaan angin sekitar memerangkap gas pemedih mata di stadium, menyebabkan penyokong Arema FC sesak nafas ketika menceroboh padang.[14] Menurut polis, gas pemedih mata itu menyebabkan penyokong Arema bergegas ke pintu keluar tunggal, mengakibatkan rempuhan dan sesak nafas.[9]
Sejurus selepas rusuhan itu, lobi pemain dan bilik persalinan digunakan sebagai pos pemindahan sementara, dengan pemain dan pegawai Arema membantu memindahkan mangsa yang masih berada di stadium sebelum mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan trak Angkatan Darat Tentara Indonesia.[14]
Kesan dan tindakan
suntingBeberapa sumber melaporkan bahawa 153 orang terbunuh dalam kejadian itu.[16][17] Antara kematian yang disahkan daripada laporan polis ialah, sekurang-kurangnya, 125 penyokong Arema FC dan dua pegawai polis (Brigedier Pertama Fajar Yoyok Pujiono dan Brigadier Polis Andik Purwanto).[18][19][20][21] Jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan laporan keadaan beberapa mangsa dirawat yang semakin "merosot".[22] Antara yang maut, 34 maut di dalam stadium, manakala selebihnya meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan.[23] Pentadbiran perbandaran Malang membiayai rawatan perubatan mangsa.[24] Bencana itu adalah yang kedua paling maut dalam sejarah bola sepak persatuan di seluruh dunia, kedua selepas bencana Estadio Nacional 1964 di Peru yang mengorbankan 328 orang. Ia juga merupakan bencana bola sepak paling maut di Asia dan Indonesia.[25][26]
Akibat insiden itu, Presiden Joko Widodo kemudiannya mengarahkan persatuan itu menangguhkan semua perlawanan Liga 1 sehingga semua "penilaian penambahbaikan prosedur keselamatan" dijalankan.[27] diikuti oleh pasukan pencari fakta bersama memutuskan bahawa semua perlawanan liga bola sepak (Liga 1, Liga 2 dan Liga 3) digantung buat sementara waktu sehingga Presiden berkata ia boleh dinormalisasi.[28] Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memohon maaf atas insiden itu dan mengumumkan larangan perlawanan di tempat sendiri untuk Arema sepanjang musim ini.[29][30] PSSI juga menyatakan bahawa keputusan untuk terus mengadakan perlawanan oleh PT Liga Indonesia Baru, yang merupakan penganjur perlawanan, telah dipersetujui dengan pihak berkepentingan lain bola sepak Indonesia.[31] Selain itu, Widodo juga mengarahkan semua stadium Liga 1, 2 dan 3 diaudit sepenuhnya oleh Menteri Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR) Basuki Hadimuljono.[32]
Pada 3 Oktober 2022, dua hari selepas kejadian itu, Ketua Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo memecat Ketua Polis Malang, Ajun Ketua Polis Komisioner Ferli Hidayat dari tugasnya. Sembilan pegawai dari Kor Briged Bergerak Jawa Timur turut dibuang tugas.[33]
Pada 4 Oktober 2022, seorang pegawai polis telah ditahan selama 21 hari kerana menggunakan akaun Twitter rasmi polis Srandakan Bantul di Daerah Istimewa Yogyakarta, dengan tweet "Mati!" dan "Salam kepada tentera! Hancurkan mereka!" sebagai respons kepada netizen Indonesia membincangkan penggunaan gas pemedih mata dalam kejadian itu.[34][35]
Selepas kejadian itu, video menunjukkan askar Indonesia memukul dan menendang penyokong Arema muncul. Panglima Tentera Nasional Indonesia Andika Perkasa berjanji bahawa perbuatan itu tidak dianggap sebagai mempertahankan diri, dan tentera terbabit akan didakwa dengan undang-undang jenayah.[36]
Kesahan
suntingKewajaran gas pemedih mata
suntingPelbagai pihak mempertikai penggunaan gas pemedih mata dalam menanangi rusuhan tersebut; berdasarkan peraturan keselamatan FIFA, gas pemedih mata adalah dilarang daripada digunakan dalam kawalan perlawanan dan penyokong (sungguhpun tidak terpakai dalam perlawanan-perlawanan yang tidak diuruskan FIFA secara terus):[37]
19(b). Tiada senjata api atau "gas kawalan khayalak" patut dibawa atau digunakan.
Wakil badan hak asasi sedunia, Amnesty International mempertikai penggunaannya, dan menyeru agar siasatan dibuat.[38] Badan hak asasi manusia kebangsaan, Komisi Nasional Hak Asasi Manusia bercadang untuk menyiasat penggunaan gas pemedih mata oleh polis,[39] dan masalah ini turut dikecam oleh wakil politik yang menuntut tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit.[40][41] Sementara itu, pihak Polri tempatan mempertahankan penggunaannya, dengan mengambil kira ancaman perusuh, tetapi berhasrat untuk menilai semula penggunaan gas pemedih mata.[42]
Reaksi
suntingTragedi ini mendapat reaksi daripada pelbagai pihak dalam dunia bola sepak. Presiden FIFA Gianni Infantino, menyatakan bahawa dunia bola sepak terkejut atas tragedi ini. Ia juga menyampaikan takziah terhadap mangsa terkorban dan menyatakan tragedi ini sebagai "hari yang gelap bagi semua pihak yang terlibat dalam bola sepak".[43] Ucapan juga disampaikan oleh kelab-kelab bola sepak menerusi media sosial, termasuk Manchester United, Barcelona dan Arsenal. La Liga dan RFEF bersepakat untuk bertafakur selama seketika sebelum perlawanan sebagai bentuk penghormatan terhadap mangsa tragedi.[44] Hal serupa juga dilakukan Eredivisie (Belanda) dalam baki lima perlawanan pada minggu kelapan kejohanan.[45]
Di luar bidang sukan, tragedi ini juga mendapat perhatian orang-orang berkepentingan di seluruh dunia. Paus Fransiskus juga memberikan doa kepada mangsa tragedi ketika memimpin misa dari sebalik jendela menghadap ke Basilika Santo Peter di Kota Vatikan.[46]
Rujukan
sunting- ^ Muhamad, Hasimi (2 Oktober 2022). "Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Kejadian kedua terburuk dalam sejarah bola sepak dunia". Astrp Awani. Dicapai pada 15 October 2022.
- ^ detikJatim, Tim. "Kabar Duka... Korban Jiwa Tragedi Kanjuruhan Kembali Bertambah". sepakbola (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 11 Oktober 2022.
- ^ "Fakta-Fakta Tragedi Kanjuruhan Tewaskan 125 Orang, Ratusan Terluka" [Facts About the Kanjuruhan Tragedy: 125 Killed, Hundreds of Others Injured]. CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 3 October 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2022. Dicapai pada 3 Oktober 2022.
- ^ "Polri Tetapkan 6 Tersangka Tragedi Kanjuruhan, Ada Dirut PT LIB" [Police Names 6 Suspects of Kanjuruhan Tragedy, Among Them is the Director of PT LIB]. Liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). 6 Oktober 2022. Dicapai pada 6 Oktober 2022.
- ^ "Tragedi Kanjuruhan: Anggota Polisi yang Perintahkan Tembak Gas Air Mata" [Kanjuruhan Tragedy: The Police Officers Who Ordered the Shooting of Tear Gas]. Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). 7 Oktober 2022. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
- ^ Cave, Damien (1 Oktober 2022). "Riots at Indonesian Soccer Match Leave Several Fans Dead". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ a b "Arema Vs Persebaya ubah jadwal main untuk keamanan". Radar Bogor. 27 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Terulang, Tragedi Kelam 'Kanjuruhan Disaster' 2018 Silam". VIVA.co.id. 2 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ a b "Dilarang FIFA, Kenapa Ada Tembakan Gas Air Mata di Stadion Kanjuruhan?". CNN Indonesia. 2 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ Rizqo, Kanavino Ahmad. "127 Orang Tewas, Panpel Tolak Usul Polisi Percepat Pertandingan ke Sore Hari". detiknews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "Mahfud soal Tragedi Kanjuruhan: Kapasitas 38 Ribu, Cetak Tiket 42 Ribu". CNN Indonesia. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "Arema FC Vs Persebaya – Tidak Ada Tiket untuk Bonek". Bola Sport. 25 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ a b "Kronologi Kerusuhan Usai Arema vs Persebaya yang Tewaskan 127 Orang". CNN Indonesia. 2 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ a b c d "Kericuhan di Kanjuruhan, Pemain Arema FC Bantu Evakuasi Korban". KOMPAS. 2022-10-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "Dari 127 Korban Tewas, 34 Orang Meninggal di Stadion Kanjuruhan dalam Kerusuhan di Laga Arema FC vs Persebaya Surabaya". Okezone. 2 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Breaking News: Korban Tewas Kerusuhan di Stadion Kanjuruhan Menjadi 153 Orang". SINDOnews.com. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ Pranata, Gede Apgandhi. "UDPATE! Korban Jiwa Akibat Kerusuhan di Stadion kanjuruhan Menjadi 153 Orang - Buleleng Post". buleleng.pikiran-rakyat.com. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "127 Orang Tewas di Tragedi Kanjuruhan, Lampaui Kasus Hillsborough". Detikcom. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2022-10-01.
- ^ "Kerusuhan Suporter di Kanjuruhan Malang, 127 Orang Meninggal Dunia". KOMPAS.com. 2022-10-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2022-10-01.
- ^ Millar, Colin (2022-10-01). "127 football fans killed in riot involving tear gas as league suspended". Daily Mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ Muttaqin, Adhar. "2 Polisi Tewas di Tragedi Kanjuruhan: Brigadir Andik dan Briptu Fajar Yoyok". detiknews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "Indonesia: Dozens killed in clashes after football match". DW.COM. 2 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Dari 127 Korban Tewas, 34 Orang Meninggal di Stadion Kanjuruhan dalam Kerusuhan di Laga Arema FC vs Persebaya Surabaya". Okezone. 2 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Situasi di RSUD Kanjuruhan Malang Dipenuhi Keluarga Korban Kerusuhan usai Laga Arema FC vs Persebaya". KOMPAS. 2 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Sepak Bola Paling Mematikan Dunia, Tragedi Kanjuruhan Nomor 2". BeritaSatu. 2022-10-02. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "Memilukan, Tragedi Kanjuruhan Jadi Insiden Paling Mematikan Kedua di Sepak Bola Dunia". Bolasport. 2022-10-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ Muhamad, Hasimi (2 Oktober 2022). "Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Jokowi arah hentikan perlawanan, siasat punca kejadian". Astro Awani. Dicapai pada 15 Oktober 2022.
- ^ "Hasil Rapat TGIPF Tragedi Kanjuruhan: Semua Liga PSSI Dihentikan". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 5 Oktober 2022.
- ^ Detikcom, Tim. "Tragedi Kanjuruhan: Iwan Bule dan PSSI Minta Maaf". Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Ketua Umum PSSI: Arema FC Dilarang Gelar Laga Kandang di Sisa Liga 1 2022/23". Bola.net (dalam bahasa Indonesia). 2 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Rekomendasi Polisi Ditolak Sebelum Tragedi Kanjuruhan, PSSI Buka Suara". Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Jokowi Perintahkan Semua Stadion Liga 1, 2 dan 3 Diaudit Total!". Berita Harian. 5 Oktober 2022. Dicapai pada 15 Oktober 2022.
- ^ Agensi (4 Oktober 2022). "Tragedi Stadium Kanjuruhan: Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai elit digantung tugas". Astro Awani. Dicapai pada 15 Oktober 2022.
- ^ "Viral Akun Polsek Srandakan Komentar 'Miring' Tragedi Kanjuruhan". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2022. Dicapai pada 3 Oktober 2022.
- ^ Mardiastuti, Aditya. "Cuitan Kanjuruhan di Akun Polsek Srandakan Jadi Sorotan, Pelaku Terungkap!". Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2022. Dicapai pada 3 Oktober 2022.
- ^ Noviansyah, Wildan. "Panglima TNI soal Viral Oknum Tendang Suporter: Itu Bukan Mempertahankan Diri". Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2022. Dicapai pada 3 Oktober 2022.
- ^ "FIFA Stadium Safety and Security Regulations" (PDF). m/s. 32. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 Jun 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ Muhamad, Hasimi (2 Oktober 2022). "Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Siasat penggunaan gas pemedih mata - Amnesty Indonesia". Astro Awani. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ Widianto, Stanley; Sulaiman, Stefanno (2 Oktober 2022). "Stampede, riot at Indonesia soccer match kill 129, police say". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Sahroni soal Tragedi Kanjuruhan: Penggunaan Gas Air Mata Telak Dilanggar". news.detik.com. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ "Ahmad Sahroni Kecam Penggunaan Gas Air Mata di Stadion Kanjuruhan". www.beritasatu.com. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ Nufus, Wilda Hayatun. "Polri Evaluasi soal Gas Air Mata di Tragedi Kanjuruhan Malang". detiknews. Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "FIFA President statement on the stadium tragedy in Indonesia". www.fifa.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "Spanish clubs to observe silence after Indonesian stadium crush". theScore.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "Minute of silence in Eredivisie for Indonesia stadium disaster". NL Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-02.
- ^ "Inggris sampai Malaysia Ikut Berduka atas Tragedi Kanjuruhan". internasional (dalam bahasa Indonesia). 2022-10-03. Dicapai pada 2022-10-03.