Ruslan Mamat

merupakan seorang komposer, konduktor muzik dan penerbit rakaman Malaysia yang berprolifik sebagai komposer dan penggubah lagu dangdut

Ruslan Mamat (1961 – 19 November 2020)[1] merupakan seorang komposer, konduktor muzik dan penerbit rakaman Malaysia yang berprolifik sebagai komposer dan penggubah lagu dangdut.[1]

Ruslan Mamat
Juga dikenali sebagai
  • Lan Mamat
  • Roslan Mamat
  • Amar
  • Amar Makruf
  • Amirul
  • Fitri
  • Nabila
  • Nabilah
  • Nadirah
Kelahiran1961
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia19 November 2020 (umur 59)
Serdang, Selangor, Malaysia
PekerjaanPemuzik, komposer, penerbit rakaman
Tahun aktif1981–2020

Sebelum menceburi bidang muzik, Ruslan memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan dan penyunting di Karangkraf untuk beberapa majalah termasuk Watan, Bacaria dan Media Hiburan.[2] Sepanjang kerjayanya sebagai komposer, beliau menggunakan nama anak keduanya, Nabila dalam setiap hasil karya nukilannya. Lagu-lagu hasil karyanya telah dipersembahkan oleh ramai penyanyi terkenal termasuk Amelina, Haiza, Mas Idayu, Eva, Ifa Raziah dan Ani Maiyuni.[3]

Ruslan dimasukkan ke Hospital Serdang pada 5 Oktober 2020, namun keadaan kesihatannya mula merosot beberapa minggu kemudian.[2] Beliau meninggal dunia semasa tidur pada Khamis, 19 November akibat pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah jantung dan paru-paru berair pada usia 59 tahun.[4][5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Komposer terkenal angkat irama dangdut Ruslan Mamat meninggal dunia". mStar Online. 20 November 2020. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  2. ^ a b Wawann Mohd (20 November 2020). "Komposer era 1990an, Ruslan Mamat meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  3. ^ Ridzuan Abd Rahman (20 November 2020). "Banyak jasa Ruslan Mamat buat Amelina, Haiza dan Eva". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  4. ^ "Ruslan Mamat meninggal dalam tidur". Berita Harian. 20 November 2020. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  5. ^ Ridzuan Abd Rahman (20 November 2020). "Komposer Ruslan Mamat meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2020.

Pautan luar

sunting