Ruq'ah (seni khat)

Ruq'ah ataupun Riq'ah (Arab: رقعة) ialah sejenis skrip seni khat. Riq'ah ialah terbitan daripada perkataan ruq'ah yang bermaksud "sehelai kain". Skrip ini yang paling lazim digunakan untuk tulisan tangan. Gayanya menggunakan huruf terketip terdiri daripada garis pendek, lurus dan lengkung ringkas, dan garis teks yang lurus dan setimbal. Berkemungkinan dikembangkan daripada skrip Thuluth dan Naskh. Ia jelas dan senang dibaca, skrip yang paling mudah digunakan dalam tulisan tangan seharian.

Contoh Riqʿah

Riq'ah ataupun ruq'ah juga dikenali sebagai "fon Uthmaniyyah" di Turki dan kebanyakan dokumen-dokumen daripada Empayar Uthmaniyah ditulis dengan skrip Riq'ah.

Pautan luar

sunting

(Inggeris)Contoh-contoh skrip Riq'ah