Rumah Muzik Pulau Pinang
Rumah Muzik Pulau Pinang (bahasa Inggeris: Penang House of Music , singkatan: PHoM) merupakan galeri muzik interaktif yang terletak di George Town, Malaysia. Ia terdiri daripada sebuah galeri, ruang persembahan/pameran, dan pusat sumber yang mendokumentasikan warisan muzik Malaysia dengan memberi tumpuan kepada muzik dan pemuzik dari Pulau Pinang. Ia terletak di tingkat 4, ICT Digital Mall, Pulau Pinang dan mempunyai keluasan 650 meter persegi. [1] Galeri ini telah memperoleh reputasi sebagai sebuah sumber pengalaman pembelajaran kinestetik untuk muzik, budaya, seni dan kajian sosial dan pusat sumbernya menempatkan salah satu koleksi terbesar muzik, budaya dan seni persembahan Malaysia. Di sini, pelbagai bahan audio visual yang berkaitan dengan muzik dan sejarah Malaysia didokumentasikan, dikatalog dan didigitalkan. [2]
Rumah Muzik Pulau Pinang | |
Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 21 November 2016 |
Maklumat pentadbiran | |
Pengarah | Paul Augustin |
Maklumat geografi | |
Lokasi | |
Koordinat | 5°24′50″N 100°19′52″E / 5.414°N 100.331°EKoordinat: 5°24′50″N 100°19′52″E / 5.414°N 100.331°E |
Maklumat pelawat | |
Laman sesawang | |
sunting |
Latar belakang
suntingRumah Muzik Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 21 November 2016, sebagai sebahagian daripada Projek Warisan Muzikal Pulau Pinang selaras dengan matlamat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan sebuah bandar yang khusus untuk warisan dan seni kreatif. Ia menerima pembiayaan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan sokongan daripada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. [3]
Maklumat yang dipaparkan dalam galeri diperoleh daripada bahan penyelidikan yang dikumpul oleh The Capricorn Connection untuk pameran muzik popular Pulau Pinang di Muzium Negeri Pulau Pinang pada 2010 dan 2013. [4] Pameran ini kemudiannya berkembang menjadi buku yang diterbit bertajuk Just For The Love Of It; Muzik Popular di Pulau Pinang 1930-an-1960-an pada 2015, dikarang bersama oleh James Lochhead dan Paul Augustin . Buku itu mendokumentasikan senario muzik popular Pulau Pinang dari tahun 1930-an hingga 1960-an. [5] [6]
Galeri
suntingGaleri PHoM mengetengahkan muzik tradisional masyarakat Pulau Pinang dari zaman 1930-an hingga 1970-an, dan memberi pendedahan kepada pemuzik-pemuzik yang telah membentuk muzik Pulau Pinang dan Malaysia. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian yang menerangkan perkembangan pelbagai genre muzik tempatan seperti bangsawan, boria, ronggeng, dondang sayang dan pemuzik zaman itu.
Ciri interaktif termasuk penderia gerakan Potehi yang membolehkan patung-patung wayang digerakkan pada kelir, kerusi mendengar dan kubah mendengar yang memainkan pilihan muzik popular zaman masyhurnya, penerapan sistem realiti maya dan terimbuh, stesen penyiaran, bilik panggung dan pameran alatan muzik iringan. [7]
Black Box
suntingRuang pameran pelbagai guna dan ruang persembahan yang mempunyai kapasiti tempat duduk sekitar 100 hingga 150 orang.
Acara
suntingAntara acara yang pernah diadakan di ''black box'' termasuk:
Pusat Sumber
suntingPusat sumber PHoM berfungsi sebagai hab untuk pemuzik, cendekiawan, ahli akademik, pelajar, dan sesiapa sahaja yang meminati warisan budaya Pulau Pinang. Ia menempatkan koleksi item media campuran lebih daripada 30 000, termasuk ribuan gambar, lebih dari 15 000 piring hitam, pita gelendong, fail audio yang memaparkan sejarah lisan yang jarang ditemui, buku, majalah, jurnal, radio dan alat muzik. [12]
Projek
suntingPusat sumber PHoM sering memainkan peranan dalam menganjurkan, menghasilkan dan menyumbang kepada projek penyelidikan, pameran, dokumentari dan arkib. Antaranya projek tersebut adalah:
- Echoes, Shadows & Footprints : Simposium Kelestarian, Mobiliti dan Nasionalisme dalam Seni dan Budaya Persembahan Malaysia [13]
- Hingga Akhir Nanti – Dokumentari penyelidik tentang The Alleycats oleh Nor Hazlin Nor Salam [14]
- Dokumentari penyelidikan bertajuk '' Jimmy Boyle: The Man and His Music'' [15]
- Bayangnya itu Timbul Tenggelam : Pameran oleh Ilham Gallery yang menerokai sejarah fotografi Malaysia. [16]
- Penang Players Visual Archive [17]
Artikel & Penerbitan
sunting- Penang – Motherland of Musicians [18]
- A Very Brief Note on Entertainment Magazines in Malaysia [19]
- Global Movements, Local Sounds: Nusantara Music and Artists Overseas [20]
- “Listeners Calling”: Radio Enters its Second Century in Malaysia [21]
- Radio Request Cards: A Blast from the Past [22]
- Remembering Penang’s Municipal Band [23]
- Indian Music and Arts in Malaysia Have Many Roots [24]
- Echoes, Shadows & Footprints: A Symposium on the Upkeep of the Arts [25]
- Jimmy Boyle: The Man and His Music [26]
- Record Covers From the PHoM Vault: A Visual Journey [27]
- From the Archives: Music and the Formation of Malaysia [28]
Pengiktirafan Antarabangsa
sunting- Dipilih sebagai salah satu kajian kes dalam penerbitan Backstage: Mengurus kreativiti dan seni di Asia Tenggara [29]
Rujukan
sunting- ^ "Penang House of Music | Penang Free Sheet". Penang Free Sheet | What's on in Penang. A curated list of events in Penang this week, this month and regular events. Theatre, music, exhibitions, workshops, art, tours & more ... (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-12. Dicapai pada 2023-11-03.
- ^ "Penang House of Music: Going beyond its boundaries | Buletin Mutiara". www.buletinmutiara.com/. May 28, 2023.
- ^ Yong, Soo Heong (2022-03-09). "Boosting Penang's musical heritage as an attraction". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-08.
- ^ "Penang House Of Music: Shining Light On Penang's Jazz/Indigenous Music Heritage | All About Jazz". 2017-11-22.
- ^ "Penang House of Music: Going beyond its boundaries | Buletin Mutiara". www.buletinmutiara.com/. May 28, 2023.
- ^ "JUST FOR THE LOVE OF IT: POPULAR MUSIC IN PENANG,1930S–1960S | Adrian Cheah". 2015.
- ^ Pikri, Ellia (2017-04-05). "A Gallery's Mission To Bring M'sian Oldies To The 21st Century With VR Tech". Vulcan Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-03.
- ^ Tan, Jeremy (2018-09-29). "Celebrating Asia's first master storyteller". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-08.
- ^ Raja, Akanksha (2018-08-31). "Ombak Potehi's "Kisah Pulau Pinang: The Penang Story": A Slice of Malayan History". Arts Equator (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-08.
- ^ Nambiar, Predeep (2023-04-10). "To help bandmate, Penang's Born Free makes music once again". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-08.
- ^ Tan, Jeremy (2018-03-10). "Sweet tribute to maternal love". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-08.
- ^ "SydneyEnterprise & The Penang House of Music - Access to Musical Heritage | Lucidea". Lucidea. 2018-04-09.
- ^ "An inspirational symposium on the echoes, shadows and footprints of music and performing arts | Bulletin Mutiara". 2022-07-22.
- ^ "Hingga Akhir Nanti – A Documentary by Nor Hazlin Nor Salam | Sunway University". 2021-04-04.
- ^ "Jimmy Boyle: The Man and His Music | Art Beats". Dicapai pada 2023-11-08.
- ^ NH-V, Sarah (2020-11-08). "Ilham Gallery presents 'Bayangnya itu Timbul Tenggelam'". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-08.
- ^ "From the Penang House of Music 'Visual Archives' (1950's-70's) | Penang Players". Dicapai pada 2023-11-08.
- ^ Augustin, Paul (February 2019). "Penang – Motherland of Musicians" (02.19). Penang Institute. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Augustin, Paul (December 2021). "A Very Brief Note on Entertainment Magazines in Malaysia" (12.21). Penang Institute. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Johan, Adil; Santaella, Mayco. Made in Nusantara Studies in Popular Music. Routledge. ISBN 9780367428464. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Tham, William (April 2022). ""Listeners Calling": Radio Enters its Second Century in Malaysia" (04.22). Penang Institute. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Augustin, Paul (April 2022). "Radio Request Cards: A Blast from the Past" (04.22). Penang Institute.
- ^ Augustin, Paul; Yeang, Kelvyn (April 2022). "Remembering Penang's Municipal Band" (04.22). Penang Institute. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Augustin, Paul; Kathigesu, Duraagashini (April 2022). "Indian Music and Arts in Malaysia Have Many Roots" (04.22). Penang Institute. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Augustin, Paul (March 2023). "Echoes, Shadows & Footprints: A Symposium on the Upkeep of the Arts" (03.23). Penang Institute. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Augustin, Paul (March 2023). "Jimmy Boyle: The Man and His Music" (03.23). Penang Institute. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Ng, Jocelyn (March 2023). "Record Covers From the PHoM Vault: A Visual Journey" (03.23). Penang Institute. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ Lim, Daryl; Hamid, Roslan; T. Selva, Melizarani; Tham, William. The Second Link. Marshall Cavendish. ISBN 9789815066692. Dicapai pada 21 Nov 2023.
- ^ "Putting Penang on the world map for preservation of intangible music, arts and cultural heritage | Buletin Mutiara". Dicapai pada 2023-11-08.