Rumah Agam Yalova Atatürk

Rumah Agam Yalova Atatürk (Turki: Yalova Atatürk Köşkü; Jawi: رومه اڬم يلوۏا اتاتورک) ialah sebuah rumah agam yang dibina dan digunakan oleh Mustafa Kemal Atatürk semasa lawatan-lawatan beliau ke tempat air panas di Yalova di Wilayah Marmara, Turki. Pada masa ini, bangunan itu dimiliki oleh Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki dan sebahagiannya dibuka kepada orang ramai sebagai muzium rumah.

Rumah Agam Yalova Atatürk
Rumah Agam Yalova Atatürk yang terletak di Turki
Rumah Agam Yalova Atatürk
Lokasi di Turki
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1929
Maklumat geografi
Lokasi
Koordinat40°36′13″N 29°10′29″E / 40.60374°N 29.17472°E / 40.60374; 29.17472
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting
 
Mustafa Kemal Atatürk bersama Ali Fethi Okyar dan anak perempuan Okyar di Yalova, pada 13 Ogos 1930

Mustafa Kemal Atatürk melawat Yalova buat pertama kali pada tahun 1927. Beliau ke sana pada bulan-bulan musim panas untuk menikmati air panas. Semasa lawatan, beliau tinggal di astaka kayu di Ladang Baltacı bersebelahan dengan kolam air panas, yang dibina pada abad ke-19 oleh Sultan Abdülhamid II (memerintah 1876 – 1909).[1][2]

Atatürk menugaskan pembinaan rumah agam ini untuk dirinya sendiri di Ladang Millet (Millet Çiftliği). Direka oleh arkitek Sedat Hakkı EldemIt, ia siap pada tahun 1929. Rumah agam ini pada mulanya dipanggil Rumah Agam Ladang Millet ("Millet" ialah perkataan Turki untuk "Negara") sempena nama ladang di mana ia dibina.[3]

Rumah agam yang asalnya kayu itu kemudian telah diubah suai. Bangunan dua tingkat itu mempunyai tiga ruang istirahat VIP dan sebelas buah bilik. Ia dilengkapi perabot yang dibawa dari Istana Dolmabahçe.[2][4]

Atatürk meluangkan musim panas beliau di rumah agam ini. Beliau menjemput penyanyi dan pemuzik Turki terkenal seperti Safiye Ayla dan Münir Nurettin Selçuk untuk mengadakan konsert muzik klasik Turki. Idea untuk menubuhkan Persatuan Sejarah Turki dan Persatuan Bahasa Turki dibangunkan di tempat ini.[1]

Muzium

sunting

Rumah Agam Yalova Atatürk, yang asalnya milik persendirian Atatürk, telah dipindah milik kepada Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki. Selepas kerja-kerja pengubahsuaian dan pemasangan dengan gambar dan barangan peribadi Atatürk, rumah agam itu dijadikan muzium rumah bersejarah, dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1981.[2] [3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Bardakçı, Murat (2011-09-11). "Yalpva Termal'deki Atatürk Köikü ve yanındaki tesis fuhuş mekanı olmuş". Haber Türk (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 2011-09-11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ht1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c "Yalova Atatürk Mansion". Milli Saraylar. Dicapai pada 2011-09-11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ms" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b "Yalova - Atatürk Köşkü Müzesi" (dalam bahasa Turki). Türk Ayyıldız. Dicapai pada 2011-09-12. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "tay" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Yalova". Guleta.com. Dicapai pada 2011-09-11.|