Rogimot
Rogimot, ragimot atau emperingan (nama botani: Rubus fraxinifolius) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Rubus.[1] Ia tumbuh asli di kawasan dari Taiwan menyelatan ke pulau-pulau tropika Asia Tenggara termasuk Filipina dan Borneo ke pulau New Guinea; ia ditemukan dalam kawasan hutan yang dibersihkan dan kaki gunung-ganang berketinggian 2,500–3,000 meter.[2]:87–90
Rogimot | |
---|---|
Buah-buah ragimot | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | R. fraxinifolius
|
Nama binomial | |
Rubus fraxinifolius | |
Sinonim[1] | |
|
Peristilahan
suntingNama rogimot dan ragimot digunakan di Sabah. Nama emperingan digunakan di Sarawak.[2]:89
Botani
suntingPokoknya renek dan tumbuh sehingga 2–3 meter tinggi. Batang-batangnya berbulu halus dan berduri.[2]:87–88[3]
Pokok rogimot berbunga daripada ketiak daun, sekuntum bunga terdiri daripada kelopak-kelopak berwarna putih.[3] Ia berbuah dari bulan Disember hingga Mac apabila cuaca gunung-ganang semakin berkabus dan bersuhu lembap.[4]:194-195 Buahnya berbentuk bujur,[3] ahli-ahli botani merasa buah ini tawar.[2]:90
Rujukan
sunting- ^ a b "Rubus fraxinifolius Poir". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2024. Dicapai pada 15 Julai 2024.
- ^ a b c d Zandee, M.; Kalkman, C. (1981). "The genus Rubus (Rosaceae) in Malesia". Blumea. 27 (1): 75–113.
- ^ a b c Lamb, Anthony (2019). A guide to wild fruits of Borneo. Kota Kinabalu, Sabah: Natural History Publications Borneo. m/s. 226. ISBN 978-983-812-191-0.
- ^ Muhammad Imam Surya; Wiguna Rahman (June 2012). "Flowering and fruiting phenology of Rubus spp in Cibodas Botanical Garden, Indonesia". Agrivita. 34 (2): 193–197. doi:10.17503/agrivita.v34i2.111.