Rubén Berríos Martínez
Rubén Ángel Berríos Martínez (lahir 21 Jun 1939) ialah peguam, ahli politik dan bekas Senator Puerto Rico, serta presiden Parti Kemerdekaan Puerto Rico (PIP) yang terkini. Beliau merupakan calon PIP yang berulang-ulang untuk jawatan Gabenor Puerto Rico selama tiga dekad, walaupun bukan untuk pilihan-pilihan raya yang berturut-turut.
Rubén Berríos Martínez | |
---|---|
Tarikh lahir | 21 Jun 1939 |
Tempat lahir | Aibonito, Puerto Rico |
Pekerjaan |
|
Pendidikan |
|
Anugerah Antarabangsa | Presiden Kehormat kepada Sosialis Antarabangsa (SI), pertubuhan parti politik yang terbesar di seluruh dunia. Digelar oleh Ricardo Alarcón sebagai "Tokoh Politik Agung" ("Prócer") yang terakhir di Puerto Rico dan dalam sejarah Amerika Latin. Dengan itu, beliau telah dimasukkan ke dalam senarai pendek bersama tokoh-tokoh yang lain seperti Simón Bolívar, Ramón Emeterio Betances, Pedro Albizu Campos, Gilberto Concepción de Gracia. dan Lolita Lebrón. |
Sejarah politik |
|
Ulasan | Ketua Perjuangan Vieques yang mengetuai Bantahan Angkatan Tentera Laut-Culebra. Ditangkap dan dipenjarakan kerana keingkaran awam |
Berrios yang mengetuai bantahan Angkatan Tentera Laut-Culebra ialah ketua Perjuangan Vieques yang ditangkap lalu dipenjarakan kerana keingkaran awam.
Biografi
suntingDilahirkan di Aibonito, Puerto Rico, Berrios menyertai sekolah tinggi di Colegio San Ignacio de Loyola. Beliau menerima:
- ijazah sarjana muda dalam Pentadbiran Perniagaan dan Ekonomi dari Universiti Georgeotown pada tahun 1961;
- ijazah-ijazah Doktor Juris dan Sarjana dalam Undang-undang dari Universiti Yale (Pusat Pengajian Undang-undang Yale); dan
- ijazah kedoktoran dalam Hak Antarabangsa dari Universiti Oxford.
Berrios juga menjalankan penyelidikan pasca kedoktoran di Sweden pada suatu ketika (isteri pertamanya ialah orang Sweden, dengan anak lelakinya, Rubén, dilahirkan di Stockholm), dan merupakan Profesor Undang-undang pelantikan tetap di Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Puerto Rico dari tahun 1967 sehingga sekarang. Sebagai peguam, Berríos merupakan orang yang tunggal dalam sejarah Puerto Rico untuk ditauliahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Berríos menjadi presiden Parti Kemerdekaan (PIP) ketika berumur 31 tahun dan telah menyandang jawatan presiden parti tersebut sebanyak lima kali. Di bawah kepimpinannya, PIP mengamalkan program sosialisme demokratik. Walaupun beliau mencapai kejayaan yang terhad dalam pilihan-pilihan raya untuk memilih Gabenor Puerto Rico kolonial pada tahun-tahun 1976, 1980, 1988, 2000 dan 2004, dengan setiap kali ditewaskan oleh calon Parti Demokratik Popular (PPD) atau Parti Progresif Baru (PNP), beliau mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pemilihan ke Senat, dengan menerima lebih banyak undi berbanding dengan mana-mana calon dalam pilihan-pilihan raya senator di seluruh pulau Puerto Rico pada tahun-tahun 1972, 1984, 1992 dan 1996.
Pada tahun 1972, Rubén Berríos yang ketika itu berumur 33 tahun, dipilih sebagai Senator buat pertama kali. Beliau kemudian kembali ke Dewan Perundangan Puerto Rico sebagai Senator untuk tiga penggal lagi pada tahun-tahun 1984, 1992, dan 1996. Berríos juga merupakan pengasas Persidangan Tetap Parti-Parti Politik Amerika Latin dan Caribbean (COPPPAL), selain daripada merupakan ahli Majlis Eksekutif kepada Persatuan Hak Asasi Manusia Amerika Latin (ALDHU), dan Presiden Kehormat kepada Sosialis Antarabangsa (SI).[1][2][3]
Berrios telah menerbitkan buku-buku yang berikut:
- Kemerdekaan Puerto Rico: Perjuangan dan Kesusahan
- Puerto Rico: Kerakyatan dan Ketentuansuara
- Menuju ke arah Sosialisme Puerto Rico
selain daripada bekerjasama dengan berbagai-bagai terbitan yang berprestij di arena antarabangsa seperti terbitan Foreign Affairs (Hal-ehwal Luar Negeri).
Berríos amat dikagumi oleh banyak orang di Puerto Rico, termasuk mereka yang tidak bersetuju dengan ideologinya. Bukti tentang ini boleh disimpulkan daripada jumlah undinya sebanyak 84% ketika beliau bertanding untuk merebut jawatan Senator pada tahun 1984.
Bekas profesion atau jawatan
sunting- Profesor kini di Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Puerto Rico (2006)
- Calon untuk Gabenor Puerto Rico (1976, 1980, 1988, 2000, 2004) - tidak pernah menang
- Peserta keingkaran awam untuk Bantahan Angkatan Tentera Laut-Culebra (1971) dan Perjuangan Vieques (1999)
- Peguam
- Presiden parti politik untuk Parti Kemerdekaan Puerto Rico
- Profesor Undang-undang di Universiti Puerto Rico (1967 - 1971)
- Senator Puerto Rico (1972-1976, 1984-1988, 1993-1996)
Tulisan/Buku/Ucapan
sunting- Berríos, Rubén (2004). Un Mapa Para la Ruta (Peta untuk Laluan)] di www.independencia.net/2004/un_mapa_para_la_ruta_el_libro.html
- Berríos, Rubén (1997). Hal-ehwal Luar Negeri, Majlis Hal-ehwal Luar Negeri di www.independencia.net/2004/un_mapa_para_la_ruta_el_libro.html
- Berríos, Rubén (Ogos 1973). The Independence of Puerto Rico: Cause and Struggle. Ucapan di hadapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang penjajahan di Puerto Rico.
- Berríos, Rubén. Towards the Puerto Rican Socialism." Puerto Rico.
Petikan
sunting- “Saya belajar bahawa seseroang boleh memenangi perlawanan dengan Amerika Syarikat, negara yang paling kuat di dunia, jika dia memiliki kekuatan kesusilaan.” — Rubén Berríos (tentang pengalaman perubahannya selepas membuat pengorbanan untuk bantahan-bantahan Angkatan Tentera Laut-Vieques)
Lihat juga
sunting- Senarai tokoh Puerto Rico
- Kongres Amerika Latin dan Caribbean dalam Perpaduan dengan Kemerdekaan Puerto Rico
- Manuel Rodríguez Orellana, Esq. - Setiausaha PIP untuk Perhubungan dengan Amerika Utara
Rujukan
sunting- Parti Kemerdekaan Puerto Rico (1998). [Rubén Berríos: Cápsula Biográfica]. Puerto Rico.
- Puerto Rico Herald. Biografi: Rubén Berríos. Puerto Rico.