The Fox and the Hound 2
The Fox and the Hound 2 (Rubah dan Anjing Pemburu 2) ialah sebuah susulan pertengahan direct-to-video 2007 kepada filem animasi Disney 1982 The Fox and the Hound yang diterbitkan oleh DisneyToon Studios, diarah oleh Jim Kammerud, dan menonjolkan bakat suara Patrick Swayze dan Reba McEntire. Cerita filem ini berlaku semasa zaman kanak-kanak Tod dan Copper, semasa Copper teringin untuk menyertai kumpulan anjing jalanan yang menyanyi.
The Fox and the Hound 2 | |
---|---|
Pengarah | Jim Kammerud |
Penulis | Roger S.H. Schulman |
Dihasilkan oleh | Ferrell Barron |
Dibintangi | Reba McEntire Patrick Swayze Jonah Bobo Harrison Fahn Jeff Foxworthy Vicki Lawrence Stephen Root |
Diedarkan oleh | Buena Vista Pictures Walt Disney Home Entertainment |
Tarikh tayangan | 12 Disember 2007 |
Masa tayangan | 69 minit |
Bahasa | Inggeris |
Jalan cerita
suntingSepasang kawan baik Tod, seekor anak rubah, (Jonah Bobo) dan Copper, seekor anak anjing pemburu, (Harrison Fahn) melawati sebuah pesta desa apabila mereka melihat satu kumpulan anjing yang dipanggil "The Singin' Strays" ("Anjing Jalanan yang Menyanyi"). Kumpulan itu memiliki lima ekor ahli: Dixie (Reba McEntire), Cash (Patrick Swayze), Granny Rose (Vicki Lawrence), dan kembar Waylon dan Floyd (kedua-duanya Jim Cummings). Persembahan baik mereka adalah penting kerana seorang pencari bakat dari Grand Ole Opry akan berada di pesta itu.
Cash dan Dixie bertengkar, dan Dixie pergi sebelum persembahan mereka, menyebabkan mereka pergi ke atas pentas tanpanya. Semasa persembahan itu Copper menyanyi bersama, dan Cash mengajak anak anjing itu ke atas pentas untuk menyanyi bersama mereka. Lagu itu berjalan dengan jaya. Cash mengajak Copper untuk menyertai kumpulan itu, dan Copper menyertai mereka apabila mengaku bahawa dia seekor "anjing jalanan". Copper meluangkan seharian dengan Cash sambil terlupa akan janjinya untuk melihat bunga api dengan Tod.
Dixie menjumpai Tod dan bersimpati dengan perasaan kerana ditinggalkan. Semasa perbualan mereka, Tod terlepas kata bahawa Copper bukan seekor anjing jalanan, dan Dixie merancang untuk mengeluarkan Copper daripada kumpulan itu dengan pertolongan Tod. Tod mengumpan tuan Copper, Slade, ke pesta itu dalam pengejaran liar. Pengejaran itu menyebabkan kekacauan besar di pesta itu, dan persembahan the Singin' Strays' disabotaj di hadapan pencari bakat En. Bickerstaff. Copper dikeluarkan dari kumpulan itu dan pulang ke rumah dengan Slade. Granny Rose dan ahli-ahli lain kumpulan Cash bersimpati terhadap Copper tentang ini dan lalu kumpulan itu berpecah. Tod sangat bersimpati kerana menghancurkan segala-galanya, dan dibawa pulang ke rumah oleh Widow Tweed. Sepanjang perjalanan, Tweed hampir-hampir terlanggar kereta pencari bakat itu, dan topi Bickerstaff melayang dan mendarat di atas Tod.
Keesokan harinya, Tod dan Copper mengaku kesalahan mereka berdua dan berkawan lagi. Berharap untuk membaiki keadaan, Tod memberikan topi Bickerstaff kepada Copper, yang menggunakannya untuk menjejaki pencari bakat itu di sebuah gerabak makan minum tempatan. Tod mengenakan Cash dan Dixie untuk berfikir bahawa salah satu daripada mereka dalam bahaya, dan seluruh kumpulanitu bertemu di gerabak makan minum itu. Copper meyakinkan kepentingan keharmonian kumpulan itu, dan The Singin' Strays menyanyikan ulangan lagu mereka We're in Harmony (Kita Berharmoni), menarik perhatian pencari bakat itu. Kagum akan kumpulan itu, dia mengaturkan persembahan di Grand Ole Opry untuk anjing-anjing itu.
Filem itu berakhir dengan Copper memilih untuk meninggalkan kumpulan itu dan bermain dengan Tod lagi.
Pelakon suara
suntingWatak | Pelakon suara | |
---|---|---|
Inggeris | Malaysia | |
Tod | Jonah Bobo | ? |
Copper | Harrison Fahn | ? |
Cash | Patrick Swayze Josh Gracin (nyanyian) |
? |
Dixie | Reba McEntire | ? |
Lyle | Jeff Foxworthy | ? |
Granny Rose | Vicki Lawrence | ? |
Chief | Rob Paulsen | ? |
Waylon | Jim Cummings | ? |
Floyd | ? | |
Winchell P. Bickerstaff (pencari bakat) |
Stephen Root | ? |
Janda Tweed | Russi Taylor | ? |
Amos Slade | Jeff Bennett | ? |
Runut bunyi
suntingThe Fox and the Hound 2 Soundtrack Album | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai Artis | ||||
Dilancarkan pada | 21 November 2006 | |||
Dirakamkan pada | 2005–2006 | |||
Tempat | Amerika Syarikat | |||
Genre | Desa | |||
Panjang | 67:00 | |||
Bahasa | Bahasa Inggeris | |||
Syarikat | Walt Disney Records | |||
Pengedar | Walt Disney Studios Motion Pictures dan Disney+ | |||
Pengarah | Jim Kammerud | |||
Kronologi Pelbagai Artis | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
The Fox and the Hound 2 Soundtrack Album (Album Runut Bunyi Rubah dan Anjing Pemburu 2) ialah album yang mengandungi lagu daripada Reba McEntire, yang menyuarakan Dixie dalam filem itu, serta artis terkenal lain seperti Trisha Yearwood, Chip Davis dan Little Big Town. Penggubah Joel McNeely mempunyai sebilangan runut skor dalam album ini: "Depressed Dixie", "Sad Puppy Blues", "Nashville 7" dan "Sticky Hound Puppy". The Fox and the Hound 2 Soundtrack Album menonjolkan kombinasi pengarang dan pemuzik desa dan bluegrass dijumpai di Nashville oleh Disney mengikut penyelia muzik Kimberly Oliver, dan Timbalan Presiden Senior Matt Walker, DisneyToon Studios. Penggubah skor muzik latar belakang lagu instrumental ialah Joel McNeely. Muzik bluegrass untuk menetapkan mod babak-babak, dipersembahkan oleh beberapa pemuzik bluegrass terkenal.[1][2]
- Friends for Life (Sahabat untuk Selamanya) - nyanyian One Flew South dan gubahan Marcus Hummon. Lagu kawan baik. Album ini menonjolkan versi penuh lagu ini, yang dipendekkan untuk filem.
- Nashville 7 - skor gubahan Joel McNeely dan Mike Marshall.
- We're in Harmony (Kita Berharmoni) - persembahan Chip Davis, muzik dan karangan Will Robinson.
- Hound Dude (Anjing Pemburu) - nyanyian Josh Gracin, gubahan Will Robinson.
- Depressed Dixie - skor gubahan Joel McNeely.
- Good Doggy, No Bone! (Ilusi Sahaja) persembahan Reba McEntire, gubahan Marcus Hummon
- Sticky Hound Puppy - skor gubahan Joel McNeely.
- Blue Beyond - nyanyian Trisha Yearwood, gubahan Gordon Kennedy dan Blair Masters.
- We Go Together - nyanyian Singin' Strays - persembahan Little Big Town, gubahan Marcus Hummon. Tema utama seluruh filem.
- You Know I Will - Lucas Grabeel, juga dengan versi video muzik dalam bahagian bonus tambahan. Muzik dan karangan Gordon Kennedy.
- Sad Puppy Blues - skor gubahan Joel McNeely.
- We're in Harmony - Reprise (Kita Berharmoni - Ulangan) - persembahan Singin' Strays - Dixie, Cash, Granny, Waylon dan Floyd, dengan Copper. Muzik dan karangan Will Robinson.[3]
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: The Fox and the Hound 2 |
- The Fox and the Hound 2 di Pangkalan Data Big Cartoon
- The Fox and the Hound 2 di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Tapak DVD Disney Rasmi The Fox and the Hound 2
- Ulasan DVD di UltimateDisney.com
- Temu duga Animated News & Views dengan Pengarah Jim Kammerud tentang The Fox and the Hound 2
- Runut bunyi di Allmusic