Serigala Habsyah

(Dilencongkan daripada Rubah Simien)

Serigala Habsyah (Canis simensis) ialah canid asli di Tanah Tinggi Habsyah. Ia menyerupai koyote dari segi saiz dan binaan, dan dibezakan dengan tengkorak panjang dan kurang lebar, dan bulunya yang merah dan putih.[3] Tidak seperti kebanyakan canid besar, yang tersebar luas, penyuap juruam, serigala Habsyah ialah penyuap sangat khusus rodensia Afroalp dengan keperluan habitat sangat tertentu.[4] Ia merupakan canid terjarang di dunia, dan karnivor paling terancam di Afrika.[5]

Serigala Habsyah[1]
Julat zaman: Hujung Pleistosen - Kini
Serigala Habsyah selatan (C. s. citernii), Penara Sanetti.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. simensis
Nama binomial
Canis simensis
Ruppell, 1840
Wilayah serigala Habsyah

Wilayah semasa spesies ini terhad kepada tujuh buah pergunungan terpencil pada paras ketinggian 3,000–4,500 m, dengan populasi dewasa keseluruhan dianggarkan pada sebanyak 360-440 ekor individu pada 2011, melebihi separuh daripadanya di Pergunungan Bale.[2]

Serigala Habsyah tersenarai sebagai Terancam oleh IUCN, terkira bilangan kecilnya dan julat berpecah-pecah. Ancaman termasuk tekanan meningkat daripada populasi manusia yang membesar, menyebabkan degradasi habitat melalui peragutan lampau dan perpindahan penyakit daripada anjing bebas merantau. Pemuliharaannya diketuai oleh Program Pemuliharaan Serigala Habsyah (EWCP) Universiti Oxford, yang mahu melindungi serigala melalui pemvaksinan dan program luar capaian komuniti.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 532–628. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ a b c Marino, J. & Sillero-Zubiri, C. (2011). Canis simensis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 18 Januari 2012. Masukan pangkalan data termasuk justifikasi panjang tentang sebab spesies ini terancam
  3. ^ Sillero-Zubiri, C., and D. Gottelli (1994). Canis simensis Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine. Mammalian Species 385: 1-6.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama funk2004
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ssc7

Bibliografi

sunting

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting