Ruang epidura
Dalam anatomi, ruang epidura ialah ruang potensial antara dura mater dan vertebra (tulang belakang).[1][2]
Ruang epidura | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Spatium epidurale, spatium extradurale, cavum epidurale |
MeSH | D004824 |
TA | A14.1.01.112 A14.1.01.110 |
FMA | FMA:71228 |
Terminologi anatomi |
Istilah anatomi "ruang epidura" berasal dari bahasa Yunani Purba; ἐπί, "atas, di" dan dura mater juga dikenali sebagai "rongga epidura", "ruang ekstradural" atau "ruang peridural". Pada manusia, ruang epidura mengandungi limfatik, akar saraf tunjang, tisu perantara longgar, tisu adipos, arteri kecil, sinus vena dura dan rangkaian pleksus vena vertebral internal.[3]
Ruang epidura kranial
suntingDalam tengkorak, lapisan periosteal dura mater melekat pada permukaan dalam tulang tengkorak manakala lapisan meningeal terletak di atas mater araknoid. Di antara kedua-duanya adalah ruang epidura. Kedua-dua lapisan dura mater terpisah di beberapa tempat, dengan lapisan meningeal menonjol lebih dalam, ke dalam parenkima otak dan membentuk septa fibrosa yang membahagikan tisu otak. Di kawasan ini, ruang epidura cukup luas untuk menempatkan sinus vena epidura.[2][4][5]
Terdapat empat septa fibrosa:[4]
- Falks cerebri, yang memisahkan hemisfera kiri dan kanan serebrum. Ia mengandungi sinus sagital superior dan sinus sagital inferior.
- Tentorium serebeli, yang memisahkan serebrum daripada serebelum dan mengandungi sinus transvers, sinus lurus dan sinus petrosal superior.
- Diafragma sela, yang menutupi fosa hipofisis dari bahagian atas, melindungi kelenjar pituitari. Ia mengandungi sinus interkavernus anterior dan posterior.
- Falks serebeli, yang memisahkan hemisfera otak kiri dan kanan, dan mengandungi sinus oksipital.
Dalam keadaan patologi, cecair seperti darah boleh memenuhi ruang ini. Contohnya arteri meningeal yang koyak (selalunya arteri meningeal tengah) atau sinus vena dura (jarang sekali) mungkin berdarah lalu memenuhi ruang potensial ini dan mengakibatkan hematoma epidura.[5]
Ruang epidura tulang belakang
suntingDalam saluran tulang belakang, lapisan periosteal melekat pada permukaan dalaman saluran tulang belakang yang dibentuk oleh badan vertebra. Lapisan meningeal terletak di atas mater araknoid tulang belakang.[2] Di antara vertebra dan sarung dura adalah ruang epidura tulang belakang. Tidak seperti ruang epidura tengkorak, ruang epidura tulang belakang mengandungi tisu adipos, pleksus vena vertebral internal dan akar saraf tulang belakang.[1]
Ruang epidura adalah yang paling kecil di kawasan serviks, berukuran 1 hingga 2 mm. Pada L2 hingga L3, ia membesar sehingga 5 hingga 6 mm. Ia kemudian membesar secara progresif sehingga bahagian bawah lumbar dan sakral.[6] Walau bagaimanapun, sesetengah penulis menyatakan bahawa saiznya berkurangan selepas kawasan pertengahan lumbar sehingga 2 mm pada tahap S1.[7]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Waxman, Stephen G. (2010). Clinical neuroanatomy (ed. 26th). New York: McGraw-Hill Medical. ISBN 9780071603997. OCLC 435703701.
- ^ a b c Blumenfeld, Hal (2010). Neuroanatomy through clinical cases (ed. 2nd). Sunderland, Mass.: Sinauer Associates. ISBN 9780878930586. OCLC 473478856.
- ^ Richardson, Jonathan; Groen, Gerbrand J. (2005-06-01). "Applied epidural anatomy". Continuing Education in Anaesthesia, Critical Care & Pain (dalam bahasa Inggeris). 5 (3): 98–100. doi:10.1093/bjaceaccp/mki026. ISSN 1743-1816.
- ^ a b Patestas, Maria; Gartner, Leslie P. (2013). A Textbook of Neuroanatomy (ed. 1st). New York, NY: John Wiley & Sons. ISBN 9781118687741. OCLC 899175403.Patestas, Maria; Gartner, Leslie P. (2013). A Textbook of Neuroanatomy (1st ed.). New York, NY: John Wiley & Sons. ISBN 9781118687741. OCLC 899175403.
- ^ a b Collins, Dawn; Goodfellow, John; Silva, Dulanka; Dardis, Ronan; Nagaraja, Sanjoy (2016). Neurology & neurosurgery. London: JP Medical Publishers. ISBN 9781907816741. OCLC 945569379.Collins, Dawn; Goodfellow, John; Silva, Dulanka; Dardis, Ronan; Nagaraja, Sanjoy (2016). Neurology & neurosurgery. London: JP Medical Publishers. ISBN 9781907816741. OCLC 945569379.
- ^ Mathis, JM; Golovac, S (2010). Image Guided Spine Interventions. Springer Science & Business Media. m/s. 14. ISBN 9781441903518. Dicapai pada 5 March 2022.
- ^ "Fluoroscopic guided lumbar interlaminar epidural injections: a prospective evaluation of epidurography contrast patterns and anatomical review of the epidural space". Pain Physician. 7 (1): 77–80. January 2004. doi:10.36076/ppj.2004/7/77. PMID 16868616.