Roti paun[1] ataupun disebut (roti paung - Terengganu) merupakan sejenis roti bun kecil kosong tanpa inti yang dimasak dalam loyang. Ia dimakan begitu sahaja, atau dicicah dengan air kopi 'O' panas. Juga enak dimakan bersama kaya atau marjerin.

Roti Paun di Terengganu

Roti paun dikenali di Terengganu, Negeri Sembilan [2], Sabah dan Sarawak [3]

Ia mungkin mendapat nama dari timbangan beratnya 1 paun.[4]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting