Roland Chia Ming Shen

Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen adalah merupakan ahli politik tempatan berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.[1] Beliau juga merupakan ahli rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN RAKYAT), iaitu sebuah parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau telah dilantik menjadi Ketua Bahagian GAGASAN RAKYAT untuk Dun Inanam sejak 2023. Manakala, Pada tahun 2024, Beliau telah mengetuai perhimpunan khas GAGASAN RAKYAT Inanam Cawangan Daerah Menggatal dan telah merasmikan beberapa cawangan Pemuda GAGASAN di kawasan Likas dan Inanam.

Datuk Dr.
Roland Chia Ming Shen
PGDK (Sabah)
Setiausaha Politik
YAB Ketua Menteri Sabah
Menyandang jawatan
9 November 2020
Berkhidmat with
Abdul Kassim Razali
Redonah Bahanda
Ceasar Mandela Malakun
Ketua MenteriHajiji Noor
Ahli Jawatankuasa
Sayap Bersekutu BERSATU
Dalam jawatan
30 September 2021 – 11 December 2022
KetuaEdmund Santhara Kumar Ramanaidu (2021-2022)
Chong Fat Full (2022-2022)
Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Sabah
Dalam jawatan
14 Oktober 2021 – 11 December 2022
Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Kawasan Dun Inanam
Menyandang jawatan
20 March 2023
Didahului olehDatuk Francis Goh Fah Shun
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Inanam
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehJohnny Goh Chin Lok
Digantikan olehKenny Chua Teck Ho
Maklumat peribadi
Lahir
Chia Ming Shen
Inanam

Sabah
Parti politik GAGASAN RAKYAT (Sejak 2023)
BERSATU SABAH (2020-2022)
KEADILAN RAKYAT (-2020)
PasanganDatin Cecilia Chong Su Ling
PekerjaanAhli politik

Politik

sunting

Dr. Roland pada awalnya merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah sehingga tahun 2020. Pada tahun 2020, beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cawangan Sabah atas sebab beliau telah melihat potensi besar kepemimpinan Ketua cawangan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang sangat merangkumi semua aspek keperluan memimpin sebuah parti. Beliau juga mengatakan bahawa beliau ingin menambah pengalaman politik baru di dalam parti yang berbeza demi pembaharuan pembangunan yang berada di kawasan beliau terutama kawasan Dun Inanam.

Bersatu

sunting

Dr. Roland telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja bagi Sayap Bersekutu BERSATU pada 30 September 2021 lalu.[2]

Selain daripada itu, beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Sabah.[3]

Gagasan Rakyat

sunting

Pada penghujung tahun 2022, beliau telah keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai parti tempatan Sabah yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah atau lebih dikenali sebagai GAGASAN RAKYAT, sebuah parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Penyertaan beliau diterima pada tahun 2023 dan Roland sekaligus dilantik menjadi Ketua Bahagian GAGASAN RAKYAT untuk Dun Inanam atas pengalaman politik beliau di Dun Inanam menggantikan penyandang sebelumnya iaitu Datuk Francis Goh Fah Shun.

Penghargaan

sunting

Rujukan

sunting