Rodolfo Graziani
Rodolfo Graziani, Marquis Pertama Neghelli (11 Ogos 1882 – 11 Januari 1955), adalah seorang pegawai kanan tentera Itali dalam Regio Esercito (Tentera Darat Diraja) Kerajaan Itali, terkenal dengan kempen ketenteraannya di Afrika sebelum dan semasa Perang Dunia II. Seorang fasis yang berdedikasi, beliau merupakan tokoh utama dalam tentera Itali semasa pemerintahan Benito Mussolini.
Rodolfo Graziani | |
---|---|
Menteri Pertahanan Itali (RSI) | |
Dalam jawatan 23 September 1943 – 25 April 1945 | |
Presiden | Benito Mussolini |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Wizurai Afrika Timur Itali | |
Dalam jawatan 11 Jun 1936 – 21 Disember 1937 | |
Raja | Victor Emmanuel III |
Perdana Menteri | Benito Mussolini |
Didahului oleh | Pietro Badoglio |
Digantikan oleh | Amedeo, Duke Aosta |
Gabenor Jeneral Libya Itali | |
Dalam jawatan 1 Julai 1940 – 25 Mac 1941 | |
Didahului oleh | Italo Balbo |
Digantikan oleh | Italo Gariboldi |
Gabenor Somalia Itali | |
Dalam jawatan 6 Mac 1935 – 9 Mei 1936 | |
Didahului oleh | Maurizio Rava |
Digantikan oleh | Angelo De Ruben |
Timbalan Gabenor Cyrenaica Itali | |
Dalam jawatan 17 Mac 1930 – 31 Mei 1934 | |
Didahului oleh | Domenico Siciliani |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Filettino, Itali | 11 Ogos 1882
Mati | 11 Januari 1955 Rom, Itali | (umur 72)
Tempat semadi | Affile, Lazio, Itali |
Parti politik | Parti Fasis Nasional (1924-1943) Parti Fasis Republikan (1943-1945) Gerakan Sosial Itali (1946-1955) |
Pasangan | Ines Chionetti (k. 1913–1955); kematiannya |
Anak | Seorang anak perempuan |
Tempat belajar | Akademi Tentera Modena |
Bidang pengkhususan | Pegawai tentera |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Itali (1903–1943) Republik Sosial Itali (1943–1945) |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Itali (1903–1943) Tentera Republik Nasional (1943–1945) |
Tahun khidmat | 1903–1945 |
Pangkat | Marsyal Itali |
Unit | Tentera Darat Ke-10 Itali |
Perang/Pertempuran | Perang Itali-Turki Perang Dunia I Pendamaian Libya Perang Itali-Habsyah Kedua Perang Dunia II |
Graziani memainkan peranan yang penting dalam penyatuan dan pengembangan empayar penjajahan Itali semasa tahun 1920-an dan 30-an, mula-mula di Libya dan kemudian di Etiopia. Beliau menjadi terkenal dengan langkah-langkah penindasan yang membawa kepada kehilangan nyawa yang banyak di kalangan orang awam. Pada bulan Februari 1937, selepas cubaan membunuh dalam satu majlis di Addis Ababa, Graziani meluluskan tempoh pembalasan kejam yang kini dikenali sebagai Yekatit 12. Tidak lama selepas Itali menyertai Perang Dunia II beliau kembali ke Libya sebagai komander tentera di Afrika Utara Itali tetapi meletakkan jawatan selepas serangan British mengalahkan tenteranya. Susulan dari peristiwa rampasan kuasa 25 Luglio, beliau adalah satu-satunya Marsyal Itali yang kekal setia kepada Mussolini dan dinamakan Menteri Pertahanan Republik Sosial Itali, memerintah tenteranya dan kembali ke perkhidmatan aktif menentang Pihak Berikat.
Walaupun mempunyai dokumen lengkap perilaku jenayah perang, Graziani tidak pernah didakwa oleh Suruhanjaya Jenayah Perang PBB; beliau telah dimasukkan ke dalam senarai orang Itali yang layak untuk dibicarakan kerana jenayah perang, tetapi percubaan Etiopia untuk membawanya ke mahkamah telah dihalang oleh Itali dan Britain. Pada tahun 1948, mahkamah Itali menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun kerana berkerjasama dengan pihak Nazi, tetapi beliau dibebaskan selepas dipenjarakan hanya empat bulan.
Buku
suntingGraziani mengarang beberapa buah buku,[1] yang paling penting ialah:
- Ho difeso la Patria (una vita per l'Italia)
- Africa settentrionale 1940–41
- Libia redenta
juga:
- Verso il Fezzan.
- La reconquista del Fezzan.
- Cirenaica Pacificata.
Kerjaya tentera
sunting- 1915-1918—Berkhidmat dalam Perang Dunia I
- 1921-1934—Berkhidmat di Libya
- 1926-1930—Timbalan Gabenor Jeneral Cyrenaica Itali
- 1930-1934—Gabenor Jeneral Cyrenaica Itali
- 1935-1936—Gabenor Jeneral Somalia Itali
- 1936-1937—Gabenor Jeneral dan Wizurai Etiopia; dinaikkan pangkat Marsyal Itali
- 1940-1941—Panglima Tertinggi Afrika Utara Itali dan Gabenor Jeneral Libya
- 1943-1945—Menteri Pertahanan Republik Sosial Itali
Dalam budaya popular
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Rodolfo Graziani |
- Watak beliau telah dilakonkan oleh Oliver Reed dalam filem Lion of the Desert.[perlu rujukan]
Bibliografi
sunting- Canosa, Romano. Graziani. Il maresciallo d'Italia, dalla guerra d'Etiopia alla Repubblica di Salò. Editore Mondadori; Collana: Oscar storia. EAN 9788804537625
- Del Boca, AngeloNaissance de la nation libyenne, Editions Milelli, 2008, ISBN 978-2-916590-04-2.
- Pankhurst, Richard. History of the Ethiopian Patriots (1936-1940), The Graziani Massacre and Consequences. Addis Abeba Tribune editions.
- Rocco, Giuseppe. L'organizzazione militare della RSI, sul finire della seconda guerra mondiale. Greco & Greco Editori. Milano, 1998
Lihat juga
suntingNota
sunting- ^ "Graziani, Rodolfo". openlibrary.org.
Pautan luar
suntingPejabat-pejabat kerajaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Pietro Badoglio |
Wizurai dan Gabenor Jeneral Afrika Timur Itali 11 Jun 1936-21 Disember 1937 |
Diikuti oleh: Amedeo, Duke Ke-3 Aosta |
Pegawai tentera | ||
Didahului oleh Italo Balbo |
Panglima Tertinggi Afrika Utara Itali dan Gabenor Jeneral Libya Itali 28 Jun 1940-25 Mac 1941 |
Diikuti oleh: Italo Gariboldi |