Robinson Canó
Robinson José Canó Mercedes (es; lahir 22 Oktober 1982) ialah pemain besbol Dominika-Amerika yang beraksi sebagai second baseman untuk pasukan Diablos Rojos del México di Liga Mexico serta mengetuai pasukan Estrellas Orientales di Liga Profesional Besbol Dominika. Beliau pernah beraksi di Major League Baseball (MLB) untuk pasukan New York Yankees, Seattle Mariners, New York Mets, San Diego Padres dan Atlanta Braves.
Robinson Canó | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Diablos Rojos del México – No. 22 | ||||||||||||||
Second baseman | ||||||||||||||
Dilahirkan: San Pedro de Macorís, Republik Dominika | 22 Oktober 1982||||||||||||||
| ||||||||||||||
MLB debut | ||||||||||||||
3 Mei, 2005, untuk New York Yankees | ||||||||||||||
Statistik MLB (melalui 2022) | ||||||||||||||
Purata pukulan | .301 | |||||||||||||
Pukulan | 2,639 | |||||||||||||
Home run | 335 | |||||||||||||
RBI | 1,306 | |||||||||||||
Pasukan | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
Pingat
|
Canó menyertai Yankees sebagai ejen bebas amatur pada tahun 2001. Beliau telah beraksi bersama Yankees dari tahun 2005 hingga tahun 2013 serta menjuarai Siri Dunia 2009. Pada Disember 2013, Canó telah mengikat kontrak selama 10 tahun yang bernilai $240 juta bersama Mariners. Sehingga tahun 2018, beliau akhirnya berpindah dari Mariners dan menyertai pasukan Mets. Beliau telah merekodkkan 1,695 pukulan pada 2010-an sekali gus menjadikan beliau sebagai pemain MLB yang mencatatkan rekod pukulan terbanyak pada dekad itu. Beliau turut disenaraikan ke Pasukan All-Star MLB sebanyak lapan kali, merangkul Silver Slugger Award sebanyak lima kali dan dua kali meraih Anugerah Sarung Tangan Emas.
Canó telah diuji positif melalui ujian pengambilan bahan terlarang sebanyak dua kali. Pada tahun 2018, beliau telah digantung sebanyak daripada 80 perlawanan MLB kerana melanggar persetujuan bahan terlarang dengan didapati mengambil furosemida. Canó juga telah digantung daripada keseluruhan musim 2021 selepas diuji positif atas pengambilan stanozolol.
Canó telah mewakili pasukan Republik Dominika di pentas antarabangsa. Di kejohanan World Baseball Classic 2013, pasukan beliau telah meraih pingat emas dan Canó merangkul anugerah Pemain Terbaik Kejohanan (MVP). Bersama rakan sepasukan Octavio Dotel dan Santiago Casilla, Canó menjadi salah satu daripada empat orang pemain yang pernah menjuarai Siri Dunia dan WBC.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Robinson Canó |