Roberto Firmino
Roberto Firmino Barbosa de Oliveira (lahir 2 Oktober 1991) lebih dikenali sebagai Roberto Firmino atau Firmino merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Ahli dan pasukan kebangsaan Brazil sebagai pemain penyerang atau pemain tengah menyerang. Beliau akan berpindah ke malaysia musim 2023 untuk mewakili pasukan gergasi malaysia iaitu Kedah FA
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Roberto Firmino Barbosa de Oliveira[1] | ||
Tarikh lahir | [2] | 2 Oktober 1991||
Tempat lahir | Maceió, Brazil[3] | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 in)[4] | ||
Posisi permainan | Penyerang, Pemain tengah menyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Al-Ahli | ||
Nombor | 10 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2008 | CRB | ||
2008–2009 | Figueirense | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2009–2011 | Figueirense | 38 | (8) |
2011–2015 | 1899 Hoffenheim | 140 | (38) |
2015–2023 | Liverpool | 256 | (82) |
2023– | Al-Ahli | 6 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2014– | Brazil | 55 | (17) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:35, 22 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:11, 10 Julai 2021 (UTC) |
Setelah memulakan kariernya bersama kelab Figueirense pada tahun 2009, beliau kemudiannya menghabiskan empat setengah musim di Hoffenheim. Firmino juga dinobatkan sebagai Pemain Kejayaan Liga dengan menghasilkan 16 gol dalam 33 perlawanan untuk kempen Bundesliga musim 2013-14. Pada bulan Julai 2015, beliau menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Kreativiti, pencetakan gol, dan tingkat kerjanya mendapat pujian di Liverpool, dengan pengurus Liverpool Jürgen Klopp menyebut Firmino sebagai "mesin" yang mendorong sistem serangan balas buat pasukan Liverpool. Pada musim 2018-2019, beliau telah membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara UEFA, dan Piala Kelab Dunia FIFA 2019.
Firmino membuat penampilan antarabangsa sulung untuk Brazil pada bulan November 2014 dan mewakili Brazil di dalam kejohanan Copa América 2015.
Karier kelab
suntingFigueirense
sunting2008-09: Awal kerjaya
suntingDilahirkan di Maceió, Alagoas, Firmino menyertai pasukan belia Figueirense pada tahun 2008, ketika berumur 17 tahun selepas bermain untuk CRB.[5] Bakatnya telah ditemui oleh seorang doktor gigi, Marcellus Portella.[6] Beliau selalunya dimainkan di bahagian posisi pemain tengah bertahan.[7]
Firmino membuat penampilan sulung profesional pada 24 Oktober 2009, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Toninho ketika kekalahan 1–2 di tempat sendiri kepada Ponte Preta dalam Série B.[8] Pada bulan Januari 2010, beliau dinaikkan ke pasukan skuad utama.
Firmino menjaringkan gol profesional pertamanya pada 8 Mei 2010, menjaringkan gol kemenangan di tempat lawan menentang São Caetano.[9] Beliau menjaringkan lapan gol dalam 36 penampilan pada musim itu dan Figueira kembali ke Série A selepas dua tahun.
1899 Hoffenheim
sunting2011-15: Pembangunan kerjaya
suntingFirmino menyertai Hoffenheim pada bulan Disember 2010, dengan kontrak berkekalan sehingga bulan Jun 2015.[10] Dia tiba secara rasmi di Hoffenheim pada 1 Januari 2011. Pengurus Hoffenheim pada ketika itu, Ernst Tanner memberi komen mengatakan mereka "gembira untuk mendapatkan bakat Brazil".[11] Dia membuat penampilan sulungnya sebulan kemudian ketika kekalahan dalam Bundesliga kepada Mainz, dimana beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-75 menggantikan Sebastian Rudy.[3] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 16 April, menjaringkan satu-satunya gol ketika kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt.[12]
Beliau digugurkan daripada skuad utama bersama Chinedu Obasi pada akhir bulan November 2011 kerana tiba lewat untuk latihan menyebabkan beliau terlepas perlawanan liga menentang Bayer Leverkusen.[13] Dia kemudiannya menjaringkan dua lagi gol pada musim itu, ketika menentang Wolfsburg dan Borussia Mönchengladbach.[3] Dalam musim 2012–13, Firmino membuat 36 penampilan dan menjaringkan tujuh gol.[3]
Kapten pasukan Andreas Beck memuji pembangunan Firmino sebagai "luar biasa".[14] Pada 27 Mac 2014, Firmino menyambung kontraknya bersama kelab itu, menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun.[15] Beliau mengakhiri musim 2013-14 sebagai penjaring keempat terbanyak dengan 16 gol,[16] dan dinobatkan sebagai Pemain Kejayaan Musim Bundesliga.[17]
Liverpool
sunting2015–16: Kerjaya awal bersama Liverpool
suntingPada 23 Jun 2015, semasa bermain untuk Brazil dalam Copa América, Hoffenheim dan Firmino bersetuju dengan terma untuknya berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dengan yuran £29 juta.[18] Liverpool mengesahkan perpindahan itu pada hari berikutnya.[19] Perjanjian itu telah dimuktamadkan pada 4 Julai 2015.[20] Pada 2 Ogos, Firmino membuat penampilan pertamanya buat pasukan Liverpool dalam perlawanan persahabatan sebelum bermula musim baru liga.[21] Seminggu kemudian, beliau membuat penampilan pertama di Liga Perdana Inggeris menggantikan Jordon Ibe untuk 12 minit terakhir kemenangan 1-0 ke atas Stoke City.[22] Pada 21 November, Firmino menjaringkan gol pertamanya buat Liverpool dalam kemenangan 4-1 ke atas Manchester City di stadium Etihad.[23] Pada Januari 2016, Firmino digambarkan oleh Paul Little dari Pemeriksa Ireland sebagai peningkatan yang stabil semasa musim pertamanya di England,[24] walaupun ketidakmampuan untuk berganding bahu bersama penyerang tengah Christian Benteke.[25]
Namun, pada tahun 2016, penampilan Firmino bertambah baik ketika pengurus Jürgen Klopp memainkannya di bahagian posisi penyerang depan.[26] Beliau menjaringkan gol menentang Arsenal dan Norwich City pada bulan tersebut; prestasi terakhirnya, di mana beliau juga membantu dalam kemenangan 5–4 ke atas Norwich City dan memperoleh perbandingan dengan Raheem Sterling.[27] Dengan penampilannya yang semakin baik, Firmino terpilih menjadi Pemain Terbaik Liverpool pada bulan Januari.[28] Firmino mengakhiri musim sebagai penjaring terbanyak Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris sebanyak sepuluh gol.[29]
2016–17: Perkembangan kerjaya
suntingPada 23 Ogos 2016, Firmino menjaringkan gol pertamanya pada musim 2016-17 dengan menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Burton Albion pada pusingan kedua Piala Liga Bola Sepak.[30] Firmino menjaringkan gol liga pertamanya musim tersebut dengan kemenangan 4-1 ke atas Leicester City, dengan menjaringkan gol pada 10 September.[31] Pada 29 Oktober 2016, Firmino menjaringkan gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Crystal Palace, dan beliau juga mencetak gol dalam kemenangan besar 6-1 ke atas Watford pada 6 November. Keputusan terakhir menyaksikan Liverpool melangkah ke kedudukan pertama dalam kedudukan liga buat pertama kalinya di bawah kendalian Klopp.[32][33] Pada 27 Disember 2016, beliau menjaringkan gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Stoke City.[34] Pada 21 Januari 2017, Firmino juga menjaringkan dua gol dalam kekalahan 2-3 kepada Swansea City di perlawanan tandang.[35] Menjelang awal bulan Mac 2017, beliau menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 3-1 ke atas Arsenal.[36] Pada 8 April 2017, Firmino menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 2-1 ke atas Stoke City, dan juga menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan menentang West Bromwich Albion.[37][38] Firmino menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim 2016-17 dengan menghasilkan 12 gol dalam 38 penampilan.[39]
2017–18: Memakai jersi nombor 9
suntingSebelum bermula kempen Liga Perdana Inggeris musim 2017-18, Firmino menukar nombor jersinya dari angka 11 kepada 9 manakala pemain baru pada waktu itu, Mohamed Salah mengambil nombor 11 yang pernah dipakai oleh Firmino selama dua musim.[40] Pada 12 Ogos 2017, Firmino menjaringkan gol pertamanya pada musim tersebut dengan menjaringkan gol seri 3-3 menentang Watford.[41]
Pada 17 Disember 2017, beliau menjaringkan gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Bournemouth; keputusan yang menyaksikan Liverpool menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang memenangi empat perlawanan tandang berturut-turut dengan sekurang-kurangnya tiga gol.[42][43][44]
Pada 5 Januari 2018, semasa perlawanan Piala FA Inggeris menentang saingan Everton,[45] Firmino menjadi kontroversi berikutan pertembungan dengan pemain pertahanan Everton, Mason Holgate. Pada perlawanan tersebut, Holgate secara sengaja telah menolak Firmino ke papan iklan tepi padang dan kemudiannya mencetuskan pertengkaran mulut diantara Holgate dan Firmino. Selepas perlawanan tersebut, Holgate menuduh Firmino kerana menyalahgunakan kata-kata yang berunsur perkauman kepadanya, namun Firmino menafikan kenyataan tersebut. Sehari kemudian, Persatuan Bola Sepak England memulakan siasatan mengenai perkara tersebut.[46] Hampir dua bulan kemudian, Persatuan Bola Sepak England membebaskan Firmino dari sebarang kesalahan akibat "bukti tidak mencukupi".[47][48][49]
Pada 14 Januari 2018, Firmino menjaringkan gol kemenangan 4-3 ke atas Manchester City; yang menyaksikan Liverpool mengakhiri rekod tanpa kalah Manchester City.[50] Pada 10 April 2018, beliau menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Manchester City pada pusingan kedua suku akhir Liga Juara-Juara; yang menyaksikan Liverpool mara ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 5-1.[51] Firmino juga bermain sepanjang 90 minit pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018 dengan menyaksikan Liverpool tewas 3-1 kepada Real Madrid.[52][53]
Selama musim tersebut, Firmino, Mohamed Salah, Philippe Coutinho dan Sadio Mané membentuk suku serangan yang produktif yang dikenali sebagai "Fab Four" iaitu merujuk pada band rock The Beatles.[54] Setelah Coutinho berpindah ke Barcelona pada pertengahan musim, tiga pemain dinama semula sebagai "Fab Three", dengan ketiga-tiga mereka mempunyai jumlah jaringan gol keseluruhan sebanyak 91 gol yang dihasilkan pada akhir musim.[55][56][57] Firmino dan Salah adalah penjaring terbanyak buat pasukan Liverpool di kejohanan Liga Juara-Juara UEFA dengan jumlah keseluruhan 11 gol.[58] Beliau juga dimasukkan dalam Skuad Terbaik Musim Liga Juara-Juara UEFA 2019.[59] Pada musim 2017-18, Firmino dilihat sebagai pemain paling produktif dalam kariernya di Liverpool kerana menjaringkan 27 gol dalam semua pertandingan.[60]
2018–19: Menjulang piala Liga Juara-Juara UEFA
suntingSetelah bermain tanpa menghasilkan jaringan gol dalam ketiga-tiga perlawanan yang dimainkan pada bulan Ogos, Firmino menjaringkan gol pertamanya pada musim tersebut dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester City pada 1 September.[61] Pada 15 September, beliau menbantu Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-1 di stadium Wembley dan permainan tersebut menyaksikan beliau meninggalkan padang dengan lebih awal kerana mengalami kecederaan mata.[62] Tiga hari kemudian, beliau bermain dari bangku simpanan untuk mencetak gol kemenangan minit terakhir dengan keputusan 3-2 yang menyaksikan Liverpool menewaskan Paris Saint-Germain di stadium Anfield.[63] Pada 29 Disember, Firmino menjaringkan hatrik Liverpool buat pertama kalinya dalam kemenangan 5-1 ke atas Arsenal iaitu menjaringkan dua gol dalam tiga minit dan penalti pada babak kedua.[64] Pada 19 Januari 2019, beliau menjaringkan gol ke-1000 Liverpool di stadium Anfield dalam era Liga Perdana Inggeris ketika beliau mencatat kemenangan 4–3 ke atas Crystal Palace.[65]
Pada 1 Jun 2019, Firmino bermain dalam kesebelasan utama skuad Liverpool di perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019 menentang Tottenham. beliau membuat kemunculan semula setelah kehilangan beberapa minggu terakhir musim tersebut kerana kecederaan. Firmino bertahan sehingga 60 minit sebelum diganti ketika Liverpool memenangi perlawanan 2-0 untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA buat kali keenam.[66]
2019-20: Piala kejuaraan bersama Liverpool
suntingPada 14 Ogos 2019, Firmino telah dimainkan dari bangku simpanan pada perlawanan akhir Piala Super UEFA 2019 menentang Chelsea yang dimenangi oleh Liverpool menerusi keputusan penalti 5-4. Permainan telah selesai 2-2 setelah 120 minit dengan Sadio Mané menjaringkan kedua-dua gol yang dibantu oleh Firmino. Firmino juga menghasilkan jaringan gol dalam sepakan penalti yang pertama dengan menyaksikan Liverpool mengalahkan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti.[67][68] Pada 31 Ogos 2019, Firmino menjadi pemain Brazil pertama yang menjaringkan 50 gol di Liga Perdana Inggeris ketika beliau menjaringkan gol ketiga dan terakhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Burnley.[69][70]
Dalam perlawanan peringkat separuh akhir Piala Kelab Dunia FIFA, Firmino menjaringkan gol kemenengan 2-1 ke atas Monterrey.[71] Tiga hari kemudian, beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan di perlawanan akhir setelah menjaringkan gol kemenangan menentang Flamengo ketika Liverpool memenangi kejohanan tersebut buat pertama kalinya.[72]
Karier antarabangsa
suntingFirmino berkata ia adalah impiannya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan walaupun beliau tidak menerima sebarang panggilan dari pengurus pasukan kebangsaan, Dunga.[73] Pada 23 Oktober 2014, Firmino menerima panggilan pertamanya ke Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil untuk perlawanan persahabatan menentang Turki dan Austria. Dia membuat penampilan sulung ketika kemenangan 4–0 ke atas Turki pada 12 November, menggantikan Luiz Adriano untuk 17 minit terakhir.[74] Firmino menjaringkan gol pertamanya enam hari kemudian ketika kemenangan 2–1 ke atas Austria.[75]
Pada bulan Mei 2015, Firmino dimasukkan ke dalam skuad 23-pemain Brazil untuk Copa América 2015 yang akan diadakan di Chile.[76] Pada 21 Jun, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Venezuela untuk membantu pasukannya layak ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan C.[77]
Pada bulan Mei 2018, Firmino dinamakan dalam skuad 23 lelaki terakhir untuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[78][79] Pada 2 Julai 2018, beliau menjaringkan gol kedua Brazil dalam kemenangan 2-0 ke atas Mexico pada peringkat pusingan 16 setelah datang sebagai pemain pengganti akhir.[80]
Pada bulan Mei 2019, Firmino dimasukkan dalam senarai skuad 23 pemain Brazil untuk menyertai kejohanan Copa América 2019.[81] Firmino bermain sepanjang 90 minit dalam perlawanan akhir ketika Brazil menang 3-1 untuk menjulang gelaran Copa América buat kali kesembilan.[82]
Profil pemain
suntingGaya permainan
suntingDi Hoffenheim, Firmino kerap bermain di bahagian posisi pemain tengah menyerang, atau sebagai penyerang kedua. Beliau juga berpotensi bermain di bahagian posisi pemain depan, pemain sayap atau pemain tengah. Firmino terkenal dengan kemampuannya dari segi ketangkasan membawa bola, kawalan bola jarak dekat, kreativiti, permainan penghubung, menjaringkan gol, dan penglihatan tajam semasa berada di atas padang.[83][84] Semasa berada di Liverpool, Firmino ditempatkan sebagai pemain sayap kiri di bawah kendalian Brendan Rodgers. Manakala, pengurus baru Liverpool, Jürgen Klopp menggunakan Firmino dengan lebih kepada posisi penyerang.[85] Walau bagaimanapun, selepas menyerlah di bawah pengurusan Jürgen Klopp, Firmino menjadikan dirinya sebagai penyerang tengah pilihan pertama Liverpool pada musim 2017-18.[86] Ian Doyle dari Liverpool Echo menyebutnya sebagai "Liverpool nombor sembilan yang sebenar".[87]
Ryan Babel iaitu rakan sepasukan Firmino semasa di Hoffenheim, menggambarkannya sebagai "Pemain yang rumit" yang boleh mengelirukan pihak lawan. Firmino juga boleh melakukan gelecek bola, menendang dengan baik, kemampuan menanduk, dan bantuannya untuk menghantar bola juga sangat bagus. Babel juga menyatakan bahawa Firmino mempunyai mental yang rendah hati dan tidak mempunyai masalah dengan sikap.[88] Pengurus Hemerson Maria juga menyatakan bahawa beliau kagum dengan "keperibadian dan mental yang kuat" oleh Firmino. Sebagai tambahan, Firmino juga dipuji oleh pengurus, rakan sepasukan, dan pakarnya atas pergerakan dan kemampuannya untuk membuat serangan menyerang, serta sering menarik perhatian pihak pemain lawan dari kedudukan dan mencipta ruang untuk rakan sepasukannya.[88][89][90][91][92]
Oleh kerana beliau mempunyai ketahanan fizikal dan mental semasa membawa bola,[90][93] Klopp telah menyebut Firmino sebagai "mesin" yang mendorong sistem serangan balik tanpa henti pasukan; "Sekiranya dia kehilangan bola, dia berjuang untuk kembali. Sekiranya dia kehilangannya lagi, dia akan memperjuangkannya". Beliau seolah-olah seperti jentera pasukan;[94] Kesesuaian gaya permainan Firmino dengan sistem kendalian Klopp telah menunjukkan bahawa Firmino disebut sebagai pemain terpenting Liverpool pada beberapa kesempatan selama musim 2016-17 dan 2017-18. Oleh kerana kemampuan Firmino yang luas, Thierry Henry menggambarkannya sebagai penyerang paling lengkap di Liga Perdana Inggeris.[95]
Jaringan dan perayaan gol
suntingFirmino juga terkenal dengan jaringan gol "tanpa melihat" yang popular di media.[96][97] Salah satu perayaan golnya paling terkenal iaitu 'the Matador' dan perayaan gol tersebut turut terdapat dalam permainan video FIFA 19.[98]
Statistik karier
suntingKelab
sunting- Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 22 Julai 2020[3]
Kelab | Musim | Liga | Piala Negara[a] | Piala Liga[b] | Kontinental | Lain | Jumlah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahagian | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Figueirense | 2009 | Série B | 2 | 0 | — | — | — | — | 2 | 0 | ||||
2010 | Série B | 36 | 8 | — | — | — | 15 | 4 | 51 | 12 | ||||
Jumlah | 38 | 8 | — | — | — | 15 | 4 | 53 | 12 | |||||
1899 Hoffenheim | 2010–11 | Bundesliga | 11 | 3 | — | — | — | — | 11 | 3 | ||||
2011–12 | Bundesliga | 30 | 7 | 3 | 0 | — | — | — | 33 | 7 | ||||
2012–13 | Bundesliga | 33 | 5 | 1 | 0 | — | — | 2[c] | 2 | 36 | 7 | |||
2013–14 | Bundesliga | 33 | 16 | 4 | 6 | — | — | — | 37 | 22 | ||||
2014–15 | Bundesliga | 33 | 7 | 3 | 3 | — | — | — | 36 | 10 | ||||
Jumlah | 140 | 38 | 11 | 9 | — | 0 | 0 | 2 | 2 | 153 | 49 | |||
Liverpool | 2015–16 | Liga Perdana Inggeris | 31 | 10 | 0 | 0 | 5 | 0 | 13[d] | 1 | — | 49 | 11 | |
2016–17 | Liga Perdana Inggeris | 35 | 11 | 2 | 0 | 4 | 1 | — | — | 41 | 12 | |||
2017–18 | Liga Perdana Inggeris | 37 | 15 | 2 | 1 | 0 | 0 | 15[e] | 11 | — | 54 | 27 | ||
2018–19 | Liga Perdana Inggeris | 34 | 12 | 1 | 0 | 1 | 0 | 12[e] | 4 | — | 48 | 16 | ||
2019–20 | Liga Perdana Inggeris | 37 | 9 | 2 | 0 | 0 | 0 | 8[e] | 1 | 4[f] | 2 | 51 | 12 | |
Jumlah | 174 | 57 | 7 | 1 | 10 | 1 | 48 | 17 | 4 | 2 | 243 | 78 | ||
Jumlah kerjaya | 352 | 103 | 18 | 10 | 10 | 1 | 48 | 17 | 21 | 8 | 449 | 139 |
- ^ Termasuk DFB-Pokal, Piala Fa Inggeris
- ^ Termasuk Piala Liga Bola Sepak Inggeris
- ^ Penampilan dalam perlawanan penentuan Bundesliga
- ^ Penampilan dalam Liga Europa UEFA
- ^ a b c Penampilan dalam Liga Juara-Juara UEFA
- ^ Satu penampilan di Piala Perisai Komuniti FA, satu penampilan di Piala Super UEFA, dua penampilan dan dua jaringan gol di Piala Kelab Dunia FIFA
Antarabangsa
sunting- Sehingga 19 November 2019[99]
Pasukan Kebangsaan Brazil | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2014 | 2 | 1 |
2015 | 9 | 3 |
2016 | 2 | 1 |
2017 | 5 | 0 |
2018 | 11 | 3 |
2019 | 15 | 5 |
Jumlah | 44 | 13 |
Gol antarabangsa
sunting- Mata jaringan dihasilkan oleh Firmino dan keputusan keseluruhan senarai jumlah gol Brazil[3]
No. | Tarikh | Tempat | Lawan | Mata | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 18 November 2014 | Ernst-Happel-Stadion, Vienna, Austria | Austria | 2–1 | 2–1 | Perlawanan Persahabatan |
2. | 29 Mac 2015 | Emirates Stadium, London, England | Chile | 1–0 | 1–0 | |
3. | 10 Jun 2015 | Estádio Beira-Rio, Porto Alegre, Brazil | Honduras | 1–0 | 1–0 | |
4. | 21 Jun 2015 | Estadio Monumental David Arellano, Santiago, Chile | Venezuela | 2–0 | 2–1 | Copa América |
5. | 6 Oktober 2016 | Arena das Dunas, Natal, Brazil | Bolivia | 5–0 | 5–0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 |
6. | 3 Jun 2018 | Anfield, Liverpool, England | Croatia | 2–0 | 2–0 | Perlawanan Persahabatan |
7. | 2 Julai 2018 | Cosmos Arena, Samara, Russia | Mexico | 2–0 | 2–0 | Piala Dunia FIFA 2018 |
8. | 7 September 2018 | MetLife Stadium, East Rutherford, Amerika Syarikat | Amerika Syarikat | 1–0 | 2–0 | Perlawanan Persahabatan |
9. | 26 Mac 2019 | Sinobo Stadium, Prague, Republik Czech | Republik Czech | 1–1 | 3–1 | |
10. | 9 Jun 2019 | Estádio Beira-Rio, Porto Alegre, Brazil | Honduras | 6–0 | 7–0 | |
11. | 22 Jun 2019 | Arena Corinthians, São Paulo, Brazil | Peru | 2–0 | 5–0 | Copa América 2019 |
12. | 2 Julai 2019 | Estádio Mineirão, Belo Horizonte, Brazil | Argentina | 2–0 | 2–0 | |
13. | 10 Oktober 2019 | National Stadium, Kallang, Singapura | Senegal | 1–0 | 1–1 | Perlawanan Persahabatan |
Anugerah dan pencapaian
suntingLiverpool
- Liga Perdana Inggeris: 2019-20[100]
- Liga Juara-Juara UEFA: 2018–19; Tempat kedua: 2017–18[101]
- Piala Super UEFA: 2019[102]
- Piala Kelab Dunia FIFA: 2019[103]
- Piala Liga Bola Sepak Inggeris (Tempat kedua): 2015–16[104]
- Liga Europa UEFA (Tempat kedua): 2015–16[105]
Brazil
Individu
- Pemain Kejayaan Musim Bundesliga: 2013–14[17]
- Pemain Terbaik Bulanan PFA: Januari 2016[108]
- Pemain Terbaik Pilihan Penyokong Bulanan PFA: Januari 2016[109]
- Skuad Terbaik Musim Liga Juara-Juara UEFA: 2017–18[110]
- Emas Samba: 2018;[111] Tempat kedua: 2019[112]
- Pemain Terbaik Perlawanan Piala Kelab Dunia FIFA: 2019
Rujukan
sunting- ^ "Updated squads for 2017/18 Premier League confirmed". Premier League. 2 Februari 2018. Dicapai pada 2020-06-01.
- ^ "FIFA Club World Cup Qatar 2019: List of Players: Liverpool" (PDF). FIFA. 21 Disember 2019. m/s. 7. Dicapai pada 2020-06-01.
- ^ a b c d e f Biodata Roberto Firmino di Soccerway. Capaian 2020-06-04.
- ^ "2018 FIFA World Cup: List of players" (PDF). FIFA. 21 Jun 2018. m/s. 4.
- ^ "From a defensive midfielder at CRB to English clubs' target, Firmino thrills a friend from Maceió" (dalam bahasa Portuguese). Globo Esporte. 22 Jun 2015. Dicapai pada 23 Jun 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Firmino was destined for top". Daily Mirror. 28 June 2015. Dicapai pada 29 June 2015.
- ^ "Firmino's first manager at CRB praises him and reveals: "He was a defensive midfielder"". Globo Esporte. 11 Jun 2015. Dicapai pada 23 Jun 2015.
- ^ "Figueirense loses to Ponte Preta and sees G-4 more distant". 24 Oktober 2009. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Figueirense debuts with victory over São Caetano". 8 Mei 2010. Dicapai pada 23 Jun 2015.
- ^ "Official: Hoffenheim Sign Roberto Firmino From Figueirense". Goal.com. 14 Disember 2010.
- ^ "Hoffenheim contrata Roberto Firmino, do Figueirense". Esportes Estadao. Dicapai pada 31 March 2015.
- ^ "Eintracht stürzt weiter ab". FR-Online. Dicapai pada 27 Mac 2015.
- ^ "Chinedu Obasi dropped from Hoffenheim squad". BBC Sport. 30 November 2011.
- ^ "Roberto Firmino: "Ich bin wie befreit"". Kicker. Dicapai pada 27 March 2015.
- ^ "Roberto Firmino verlängert Vertrag bis 2017". TSG 1899 Hoffenheim. 27 Mac 2014.
- ^ "Top scorers 2013/2014".
- ^ a b "Breakthrough of the Season". bundesliga.com. 23 Mei 2014. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ Smith, Ben (23 June 2015). "Roberto Firmino: Liverpool agree £29m deal for Brazil striker". BBC Sport. Dicapai pada 23 June 2015.
- ^ Carroll, James (24 June 2015). "Liverpool complete Firmino signing". Liverpool FC. Dicapai pada 24 June 2015.
- ^ Jones, Neil (4 Julai 2015). "Roberto Firmino will bring joy to Liverpool FC fans, says Ryan Babel". Dicapai pada 4 Julai 2015.
- ^ Jones, Neil (2 Ogos 2015). "Christian Benteke: Liverpool striker scores in Swindon friendly". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Hafez, Shamoon (9 Ogos 2015). "Stoke 0–1 Liverpool". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Manchester City 1–4 Liverpool: Jurgen Klopp masterminds stunning win". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Little, Paul (22 Januari 2016). "Klopp must counter cultural legacy to free Benteke potential". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Jurgen Klopp says Christian Benteke has Liverpool future". 20 Januari 2016. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Rej, Arindam (23 Januari 2016). "Norwich 4 Liverpool 5: five things we learnt". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Ankers, George (23 Januari 2016). "Is Roberto Firmino finally paying off Liverpool's £29m investment?". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Firmino picks up first Player of the Month award". 4 Februari 2016.
- ^ "All Games Goalscorers 2015–2016". 15 Mei 2016. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Burton Albion 0–5 Liverpool". 23 Ogos 2016. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool 4–1 Leicester City". 10 September 2016. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Crystal Palace 2–4 Liverpool". BBC Sport. 29 October 2016. Dicapai pada 7 July 2018.
- ^ "Liverpool 6–1 Watford". 6 November 2016. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool 4–1 Stoke City". 27 Disember 2016. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool 2–3 Swansea City". 2017. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool 3–1 Arsenal". 4 Mac 2017. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Stoke City 1–2 Liverpool". 8 April 2017. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "West Bromwich Albion 0–1 Liverpool". 16 April 2017. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "LFC Stats – Liverpool FC 2016/2017 All Appearances – Roberto Firmino". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Mohamed Salah's LFC squad number confirmed". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Watford 3–3 Liverpool". 12 Ogos 2017. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool news: Jurgen Klopp's side make history with record away day goal tally after 4–0 win at Bournemouth | Goal.com". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Key Stats From Bournemouth 0–4 Liverpool". AnfieldIndex.com. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Bournemouth 0 Liverpool 4: Reds run riot on the south coast". London Evening Standard. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool 2–1 Everton". 2018. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Hunter, Andy (6 Januari 2018). "FA to investigate racism allegations after Firmino and Holgate flare-up". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Hunter, Andy (21 Februari 2018). "Roberto Firmino cleared by FA over Mason Holgate racism allegations". The Guardian. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Roberto Firmino breaks silence on Mason Holgate clash after being cleared of racist abuse". The Independent. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Statement from Roberto Firmino". Liverpool FC. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool 4–3 Manchester City". 2018. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Manchester City 1–2 Liverpool". 10 April 2018. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Real Madrid 3–1 Liverpool". BBC Sport. 26 Mei 2018. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Smyth, Rob (26 Mei 2018). "Real Madrid beat Liverpool 3–1 to win Champions League final 2018 – as it happened". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool team news: Fab Four start at Arsenal with Oxlade-Chamberlain on the bench | Goal.com". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "The Fab Three? Liverpool better equipped to cope with Coutinho exit after Suarez experience". FourFourTwo. 7 Januari 2018. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "'Fab Three' make Liverpool dangerous outsiders to win Champions League". The National. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool's fab three: Only PSG's MCN have more goals than Salah, Mane and Firmino". MARCA in English. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "UEFA Champions League | Player statistics of 2017/2018 season | Europe | World Football". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ UEFA.com. "UEFA Champions League Squad of the Season". UEFA. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Roberto Firmino agrees terms on new long-term LFC deal". Liverpool FC. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Murray, Scott (1 September 2018). "Leicester City 1–2 Liverpool: Premier League – as it happened". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool beat Tottenham Hotspur 2–1 to maintain 100% Premier League start". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Firmino strike sees Liverpool win five-goal thriller at Anfield". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Liverpool 5–1 Arsenal: Roberto Firmino hits hat-trick as Jurgen Klopp's side thrash Arsenal". 29 Disember 2018. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "The stats behind Mohamed Salah's 50 Premier League goals". 20 Januari 2019. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ McNulty, Phil (1 Jun 2019). "Tottenham Hotspur 0–2 Liverpool". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Adrian the hero as Liverpool beat Chelsea on penalties to win Super Cup". BBC Sport. Dicapai pada 14 August 2019.
- ^ "Liverpool beat Chelsea on penalties to win Super Cup". UEFA. 14 Ogos 2018. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "The media on Burnley 0-3 LFC: 'Firmino the complete centre-forward'". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Best Brazilian to play in the Premier League". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ Graham, Bryan Armen (18 Disember 2019). "Monterrey 1-2 Liverpool: Club World Cup semi-final – as it happened". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Firmino winner seals Club World Cup win". Dicapai pada 2020-06-06.
- ^ "Firmino: "Ich will noch viel mehr"". Kicker. Dicapai pada 27 March 2015.
- ^ "Roberto Firmino feiert Debüt bei Neymar-Show". Kicker. Dicapai pada 27 March 2015.
- ^ "Roberto Firmino strikes late winner". BBC. Dicapai pada 27 March 2015.
- ^ "2015 Copa America squad lists". 28 Mei 2015.
- ^ "Brazil v Venezuela: 2-1 win sees Dunga side progress in Copa America despite Neymar absence". Fox Sports. 22 June 2015.
- ^ "World Cup: Neymar named in Brazil's 23-man squad". 14 Mei 2018.
- ^ "Roberto Firmino Player Profile – ESPN FC".
- ^ "Brazil beat Mexico to reach last 8". 2 Julai 2018. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Brazil name Copa America squad". 17 Mei 2019. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Brazil end Copa América drought with victory over Peru in final". 7 Julai 2019. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Roberto Firmino". liverpoolfc.com. Liverpool Football Club. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ Tremlett, Sam (15 Oktober 2018). "Player Profile: Roberto Firmino". Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ "How Firmino's excellent false nine display almost led Liverpool to victory". FourFourTwo. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ "Why there's nothing false with Roberto Firmino being Liverpool's new number nine". Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ "Roberto Firmino is now a true Liverpool number nine – and his numbers are up there with Harry Kane, Sergio Aguero and Alvaro Morata". Dicapai pada 2020-05-06.
- ^ a b Cox, Michael (19 April 2019). "Liverpool's Roberto Firmino does the simple things right and that's why he's so important". ESPN FC. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ Bull, J. J. (10 Ogos 2017). "Why Roberto Firmino is so key to Liverpool's heavy metal style of play".
- ^ a b Critchley, Mark (23 Ogos 2017). "Hoffenheim and the man who discovered Roberto Firmino must now try to stop him and Liverpool". The Independent. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ Adrian Clarke (3 Februari 2018). "Firmino and Kane deadly in different ways". Premier League. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ Haugstad, Thore (18 Januari 2016). "Man United overcome Liverpool's high pressing as Roberto Firmino links play". ESPN FC. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ Michael Cox (17 Januari 2017). "Eden Hazard, Roberto Firmino and Christian Eriksen: The PL's key players". ESPN FC. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ "Klopp: What can I say about Firmino? He's like the engine of the team". liverpoolfc.com. Liverpool Football Club. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ Hunter, Andy (25 Mei 2018). "Liverpool's Roberto Firmino: shy, strong-willed – and a complete striker". The Guardian. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ "Roberto Firmino's no-look finishes are exactly the arrogance football needs". Planet Football. 19 Mac 2018. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ "Roberto Firmino: Liverpool's no-look Brazilian magician, made in the Bundesliga". bundesliga.com – the official Bundesliga website. Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ "UPDATED FIFA 19 new celebrations and tutorial, ft Cristiano Ronaldo, Paul Pogba and Neymar". Dicapai pada 2020-06-05.
- ^ (Inggeris) Profil Roberto Firmino di National-Football-Teams.com
- ^ "Premier League: 2019/20: Current table". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 Jun 2020.
"Liverpool: Squad details: 2019/20". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 Jun 2020.
"Premier League Handbook Season 2019/20" (PDF). Premier League. m/s. 56. Dicapai pada 25 Jun 2020. - ^ McNulty, Phil (26 Mei 2018). "Real Madrid 3–1 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ Rose, Gary (14 Ogos 2019). "Liverpool 2–2 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ Poole, Harry (21 Disember 2019). "Liverpool 1–0 Flamengo". BBC Sport. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ McNulty, Phil (28 February 2016). "Liverpool 1–1 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ McNulty, Phil (18 Mei 2016). "Liverpool 1–3 Sevilla". BBC Sport. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Brazil 3–1 Peru". BBC Sport. 7 Julai 2019. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ https://www.bbc.com/sport/football/45858877
- ^ "Roberto Firmino scoops PFA Player of the Month award". 10 Februari 2016. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Roberto Firmino wins PFA Fans' Player of the Month award for January". 9 Februari 2016. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "UEFA Champions League Squad of the Season". UEFA. 27 Mei 2018. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Roberto Firmino wins the 2018 Samba Gold". 3 Januari 2019. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Alisson wins the 2019 Samba d'Or Award". 2 Januari 2020. Dicapai pada 2020-06-04.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Roberto Firmino |