Roberto Colombo (pemain bola sepak)
Roberto Colombo (lahir 24 Ogos 1975) merupakan pemain bola sepak Itali yang kini bermain untuk Napoli di posisi penjaga gol.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Roberto Colombo | ||
Tarikh lahir | 24 Ogos 1975 | ||
Tempat lahir | Monza, Itali | ||
Ketinggian | 1.90 m (6 ka 3 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 15 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1994–2000 | Milan | 0 | (0) |
1995–1996 | → Valdagno (pinjaman) | 19 | (0) |
1996–1997 | → Fiorenzuola (pinjaman) | 3 | (0) |
1997–1998 | → Solbiatese (pinjaman) | 27 | (0) |
1998–1999 | → Monza (pinjaman) | 1 | (0) |
2000–2005 | Padova | 126 | (0) |
2005–2006 | San Marino | 35 | (0) |
2006–2010 | Bologna | 8 | (0) |
2010–2011 | Triestina | 33 | (0) |
2011– | Napoli | 1 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
1993–1994 | Itali B18 | 5 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 Mac 2010 |
Kerjaya
suntingColombo merupakan pemain remaja A.C. Milan. Beliau telah dipinjam ke kelab Valdagno (Serie C2), Fiorenzuola (Serie C1), Solbiatese (Serie C2) dan Monza (Serie B) sebelum sertai pasukan pertama Milan pada pertengahan musim 1999-2000.
Pada Januari 2000, beliau sertai kelab Calcio Padova (Serie C2). Beliau membantu kelab tersebut naik ke Serie C1 pada musim panas 2011 tetapi pada musim berikutnya, beliau hanya bermain satu perlawanan. Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol semula pada musim panas 2003.
Beliau bermain 126 perlawanan liga untuk kelab sebelum sertai kelab San Marino Calcio (Serie C1). Di San Marino, beliau hanya terlepas satu perlawanan Serie C1 yang beliau telah bermain 34 perlawanan.
Pada Mei 2010, beliau telah dipinjam seketika oleh AC Milan untuk perlawanan persahabatan menentang DC United.
Pada Ogos 2010, beliau menandatangani kontrak setahun dan menjadi pilihan pertama penjaga gol bersama kelab Triestina (Serie B).
Penghargaan
sunting- Napoli