Robert Choe

Pemain bola sepak Malaysia

Robert Choe Kim Chwee (13 Januari 1940 – 21 Januari 2025) merupakan bekas pemain Melaka FA dan Malaysia pada 1950-an–1960-an.[1][2]

Robert Choe
Maklumat peribadi
Nama penuh Robert Choe Kim Chwee
Tarikh lahir (1940-01-13)13 Januari 1940
Tempat lahir Melaka
Tarikh kematian 21 Januari 2025(2025-01-21) (umur 85)
Tempat kematian Hospital Melaka, Melaka
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1957–? Melaka FA
Pasukan kebangsaan
1958–1963 Malaya
1963–1966 Malaysia
Pasukan diurus
Melaka FA
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Keseluruhan kerjaya

sunting

Robert merupakan pemain skuad penyerang untuk Tanah Melayu yang memenangi Pestabola Merdeka pada edisi 1958, 1959 dan 1960.[3]

Pada tahun 1959, beliau telah dipilih untuk julung kali diadakan Kejohanan Remaja Asia. Pada 16 Disember 1961, Robert membantu pasukan negara memenangi pingat emas dalam Sukan SEAP 1961 (kini Sukan SEA) di Rangoon, Burma (kini Myanmar) selepas menewaskan Burma di peringkat akhir.[4]

Beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan Malaya yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia 1962.[5]

Pada tahun 1962, beliau juga ditawarkan oleh Eintracht Frankfurt dan Tottenham Hotspur (bersama Abdul Ghani Minhat) untuk menghadiri sesi percubaan.[6][7]

Pada Sukan Asia 1966 di Bangkok, Robert diberi penghormatan untuk menjadi kapten skuad kebangsaan sebelum mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa pada usia 26 tahun untuk memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai seorang jurubank.[8]

Kehidupan peribadi

sunting

Pada 24 Oktober 1964, selepas berkahwin dengan Alice Choe, pasangan itu dikurniakan sepasang anak lelaki, Fahrian Choe Choon Huah dan Timothy Choe Choon Seng. Fahrian dinamakan sempena penjaga gol Jerman di Piala Dunia FIFA 1962, Wolfgang Fahrian, yang menjadi kawan Robert ketika melancong ke Eropah. “Fahrian gembira mengetahui saya menamakan anak pertama saya dengan nama dia,” kata Robert.[8]

Pada 20 Januari 2025, Robert meninggal dunia di Hospital Melaka pada usia 85 tahun.[9]

Kepujian

sunting
Melaka
Malaysia B19
Malaysia

Rujukan

sunting
  1. ^ "Merdeka memories". The Star. 28 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2020. Dicapai pada 31 Ogos 2015.
  2. ^ Mamrud, Roberto. "Malaysia - Record International Players". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  3. ^ "Merdeka Tournament (Malaysia)". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 1 Februari 2022.
  4. ^ South East Asian Peninsula Games 1961 (Rangoon, Burma) - RSSSF
  5. ^ "Asian Games 1962 (Indonesia)". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 30 Mac 2021.
  6. ^ "11 Pemain Bola Sepak Malaysia Berbangsa Cina Yang Bertaraf Legenda" (dalam bahasa Malay). Semuanya Bola. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2022. Dicapai pada 2 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Abdul Ghani Minhat: Raja Bola Yang Dipikat Oleh Lima Kelab Eropah" (dalam bahasa Malay). Semuanya Bola. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ a b Nifty Robert achieved plenty of football feats in a short timeThe Star at PressReader. Dicapai pada 3 November 2022.
  9. ^ "Bekas pemain bola sepak kebangsaan Robert Choe meninggal dunia". Astro Awani. 21 Januari 2025. Dicapai pada 21 Januari 2025.