Riasia (Bahasa Yunani Kuno: ῥύαξ, rhýax, yang bermaksud "aliran lava") ialah nama untuk tempoh geologi kedua dalam Era Paleoproterozoik dan berada pada julat masa 2300 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 2050 jtd.[2] Berbanding berdasarkan ukuran stratigrafi, tarikh tempoh tersebut ditakrifkan secara kronometrik.[3]

Riasia
2300 – 2050 Ma
</noinclude>
Rekonstruksi Bumi untuk permukaannya sewaktu awal tempoh Riasia, sekitar 2.2 Ga.
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrifkan secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[1]
Takrif sempadan atasDitakrifkan secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA1991[1]

Beberapa perejahan seperti Kompleks Igneus Bushveld dan lain-lain terbentuk dalam tempoh ini.[3]

Pengglasieran global Huron (Makganyene) telah bermula pada permulaan tempoh Riasia dan berlangsung selama 100 juta tahun. Pengglasieran tersebut mengambil masa selama kira-kira 80% daripada tempoh ini.[4]

Terdapat tempoh alternatif untuk julat masa bermula pada 2250 jtd sehingga ke 2060 jtd yang ditentukan berdasarkan stratigrafi dan bukannya kronometri, dan terdapat cadangan nama untuk tempoh tersebut sama ada Jatulia atau Eukaria berdasarkan tinjauan skala masa geologi tahun 2012 yang disunting oleh Gradstein et al.,[5] tetapi sehingga ke Mac 2020, perkara tersebut belum diterima pakai secara rasmi oleh IUGS. Istilah "Jatulia" bagaimanapun telah digunakan dalam bidang stratigrafi serantau bagi batuan Paleoproterozoik di Fennoskandia.[6]

Tempoh ini merupakan suatu tempoh apabila eukariot dianggap terbentuk hasil simbiosis antara spesies di bawah filum asgardarchea (sejenis arkea)dan spesies alfaproteobakteria, serta terdapat pembiakan seksual di kalangan organisma eukariot sahaja. Disebabkan peranan organisma eukariot mula terbentuk maka cadangan nama alternatif Eukaria diperkenalkan.[7][8][9]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005.
  2. ^ "Rhyacian Period". GeoWhen Database. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2006. Dicapai pada January 5, 2006.
  3. ^ a b James G. Ogg (2004). "Status on Divisions of the International Geologic Time Scale". Lethaia. 37 (2): 183–199. doi:10.1080/00241160410006492.
  4. ^ Kopp; Kirschvink, JL; Hilburn, IA; Nash, CZ (August 2005). "The Paleoproterozoic Snowball: A climate disaster triggered by the evolution of oxygenic photosynthesis" (PDF). PNAS. 102 (32): 11131–6. Bibcode:2005PNAS..10211131K. doi:10.1073/pnas.0504878102. PMC 1183582. PMID 16061801. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  5. ^ Gradstein, F.M.; dll., penyunting (2012). The Geologic Time Scale 2012. 1. Elsevier. m/s. 361–365. ISBN 978-0-44-459390-0.
  6. ^ Bingen, B.; Solli, A.; Viola, G.; Torgersen, E.; Sandstad, J.S.; Whitehouse, M.J.; Røhr, T.S.; Ganerød, M.; Nasuti, A. (2015). "Geochronology of the Palaeoproterozoic Kautokeino Greenstone Belt, Finnmark, Norway: Tectonic implications in a Fennoscandia context" (PDF). Norwegian Journal of Geology. 95: 365–396. doi:10.17850/njg95-3-09.
  7. ^ Strassert, Jürgen F. H.; Irisarri, Iker; Williams, Tom A.; Burki, Fabien (2021). "A molecular timescale for eukaryote evolution with implications for the origin of red algal-derived plastids". Nature. 12 (1): 1879. Bibcode:2021NatCo..12.1879S. doi:10.1038/s41467-021-22044-z. PMC 7994803. PMID 33767194.
  8. ^ Mänd, Kaarel; Lalonde, Stefan V.; Robbins, Leslie J.; Thoby, Marie; Paiste, Kärt; Kreitsmann, Timmu; Paiste, Päärn; Reinhard, Christopher T.; Romashkin, Alexandr E. (April 2020). "Palaeoproterozoic oxygenated oceans following the Lomagundi–Jatuli Event". Nature Geoscience. 13 (4): 302–306. Bibcode:2020NatGe..13..302M. doi:10.1038/s41561-020-0558-5. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  9. ^ Van Kranendonk, Martin J. (2012). "16: A Chronostratigraphic Division of the Precambrian: Possibilities and Challenges". Dalam Felix M. Gradstein; James G. Ogg; Mark D. Schmitz; abi M. Ogg (penyunting). The geologic time scale 2012 (ed. 1st). Amsterdam: Elsevier. m/s. 359–365. doi:10.1016/B978-0-444-59425-9.00016-0. ISBN 978-0-44-459425-9.