Revolusi Mei
Revolusi Mei (Sepanyol: Revolución de Mayo ) berlaku di Buenos Aires, ibu kota Kewizuraian Río de la Plata naungan kerajaan Sepanyol, yang berlaku antara 18 Mei - tarikh rasmi pengesahan kejatuhan Junta Pusat Agung (Junta Suprema Central) - dan 25 Mei 1810 apabila pemerintahan Wizurai Baltasar Noor de Cisneros digulingkan lalu digantikan dengan suatu pemerintahan Junta Pertama (Primera Junta) yang baharu. Pengisytiharan kemerdekaan Argentina berlaku enam tahun kemudian semasa Kongres Tucumán pada 9 Julai 1816. Usaha mereka ini telah mencetuskan revolusi yang berkembang ke negara-negara Amerika Latin lain di bawah jajahan Sepanyol.
Pada masa ini, 25 Mei diingati sebagai suatu tarikh kebangsaan di Argentina yang disambut sebagai cuti umum di negara tersebut. Tarikh ini pernah disambut Uruguay dari 1834 hingga 1933 dengan nama "Hari Amerika" (Día de América).
Faktor penyebab
suntingLuar negara
suntingPerisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang merasmikan kemerdekaan negara tersebut dari Great Britain mendorong kemungkinan orang Criollol - bangsa kacukan penduduk Sepanyol dan orang peribumi Amerika Selatan - mewujudkan suatu revolusi yang mampu membawa kepada kemerdekaan di Amerika Latin; perlembagaan negara tersebut mengisytiharkan bahawa semua lelaki setara di bawah undang-undang (meskipun tidak terpakai pada hamba-hamba pada ketika itu), mempertahankan hak milik harta dan kebebasan dan menubuhkan sistem pemerintah republik. Perkara ini juga dibantu dengan peranan Empayar Sepanyol yang membantu dalam memberikan sumbangan utama kepada pihak republikan dalam revolusi ini yang begitu meyakinkan para bangsawan Criollo di sana.
Rusuhan rakyat Revolusi Perancis 1789 yang menggulingkan pemerintahan beraja di negara tersebut serta menghukum mati Raja Louis XVI dan Permaisuri Marie Antoinette juga memotivasi pengembangan fahaman liberalisme politik di Eropah yang menggalakkan kebebasan politik dan ekonomi, lagi-lagi dengan pemaktuban Perisytiharan Hak Manusia dan Warganegara yang berteraskan Liberté, égalité, fraternité ("kebebasan, persamaan, persaudaraan"), mempunyai pengaruh besar di kalangan golongan borjuis Criollo. Walau bagaimanapun, penyebaran idea-idea itu termasuk penjualan buku-buku berkaitan atau kepunyaan puak republikan ini diharamkan[1] dalam suatu pengisytiharan perang ke atas Perancis selepas hukuman pancung Louis XVI dan mengekalkan mereka selepas perjanjian damai 1796.[2] Meskipun usaha menghalang penyebaran maklumat mengenai revolusi ini giat dilakukan, salinan-salinan penerbitan Revolusi Perancis merebak ke serata jajahan Sepanyol,[1][3] terutama dengan perkenalan orang criollos bersama penulis liberal semasa melakukan pengajian universiti baik di Eropah atau di Universiti Chuquisaca, Sucre. [4] Buku-buku dari Amerika Syarikat mendapati jalan mereka ke jajahan Sepanyol melalui Caracas yang berdekatan dengan kawasan luar pengaruh Sepanyol seperti Amerika Syarikat dan Hindia Barat.[5]
Dalam negara
suntingSepanjang abad ke-18, peralihan pemerintahan dalam Empayar Sepanyol di mana Wangsa Bourbon menggantikan Wangsa Habsburg pada 16 November 1700 turut memainkan peranan di mana kerabat tersebut memperkenalkan beberapa dasar pemerintahan yang mengubah Amerika Sepanyol daripada suatu jajahan langsung yang mengikut perintah dan keputusan yang dibuat di Sepanyol kepada suatu badan kerajaan berautonomi.[6] Antara pembaharuan utama yang dilakukan ini adalah penciptaan Kewizuraian dari Río de la Plata pada tahun 1776 yang menyatukan semula kawasan yang bergantung pada pusat kerajaan Sepanyol di Peru dan mengalihkan pusat pentadbiran ke kota Buenos Aires, yang berkepentingan kuat.[7]
Sentimen penentuan nasib sendiri para warg Amerika Selatan juga didorong ketidakadilan kerajaan Sepanyol yang menharamkan jajahan-jajahan Amerika miliknya berdagang dengan negara lain sambil menjadikan tanah kerajaan asal di Eropah sebagai pemilik dagang sah.[8] Kegiatan prdagangan Sepanyol turut memenangkan pelabuhan pantai barat jajahan seperti Mexicodan Lima di Peru.[9] Ekonomi Sepanyol yang terlalu kecil bagi menampung jajahan-jajahan besarnya turut menyebabkan kegawatan dan kemelesetan ekonomi di jajahan-jajahan tersebut[8][10] sehingga Buenos Aires terpaksa menyeludup barangan yang idak dapat diperolehi secara sah dengan langsungnya.[11]
Latar masa - Semana de Mayo
suntingPeristiwa revolusi ini berlaku melalui beberapa kejadian penting berturut di Buenos Aires antara 18 dan 25 Mei 1810, tempoh ini diberi jolokan Semana de Mayo ("Minggu Mei").
Hari-hari sebelumnya
suntingPada hari Isnin, 14 Mei, kapal perang HMS Mistletoe berlabuh di Buenos Aires dari Gibraltar. Akhbar-akhbar pada bulan Januari mengumumkan pembubaran Junta Pusat Agung Seville setelah kota tersebut ditawan oleh Perancis. manakala beberapa wakil kota tersebut yang selamat melarikan diri telah berlindung di pulau León, Cadiz. Junta ini salah satu benteng terakhir kuasa mahkota Sepanyol yang telah jatuh sebelum empayar Napoleon, yang sebelumnya telah menggulingkan Raja Ferdinand VII menerusi Abdikasi Bayonne. Pada 17 Mei,
temu di Buenos Aires yang bertepatan dengan berita yang tiba di Montevideo pada 13 di frigate British HMS <i id="mwAXc">John Paris</i>, sambil menambah bahawa timbalan menteri Lembaga telah ditolak mendirikan Junta di Cádiz. Suatu badan pemangkuan kerajaan diraja iaitu Majlis Pemangkuan Sepanyol dan Hindia (Consejo de Regencia de España e Indias) telah dibentuk, tetapi kedua-dua kapal itu tidak menyampaikan berita tersebut. Cisneros cuba menyembunyikan berita itu dengan menubuhkan pengawasan yang ketat di sekitar kapal perang British dan menyita semua surat khabar yang turun dari kapal, namun ada naskhah akhbar yang terlepas dan jatuh ke tangan Manuel Belgrano dan Juan José Castelli; berita ini mula tersebar lalu mengungkitkan pertikaian terhadap kuasa kewizuraian yang dilantik suatu lembaga yang sudah terbubar. [12]
Jumaat dan Sabtu 18-19 Mei
suntingSetelah khabar mengenai kejatuhan Junta de Sevilla tersebar luas ke orang ramai, Cisneros membuat pengisytiharan mengesahkan kedudukan beliau memerintah atas nama Raja Fernando VII untuk cuba menenangkan semangat; beliau sendiri maklum akan keadaan yang sangat tegang di Sepanyol namun tidak mengesahkan secara jelas bahawa Junta telah jatuh, walaupun ia menyadarinya. [13] Sebahagian daripada proklamasi dibaca seperti berikut:
Suatu perjumpaan oleh beberapa revolusioner bertemu segera di rumah Nicolás Rodríguez Peña atau di kilang sabun Hipólito Vieytes dihadiri antaranya Juan José Castelli, Manuel Belgrano, Juan José Paso, Antonio Luis Beruti, Eustoquio Díaz Vélez, Feliciano Antonio Chiclana, José Darragueira, Martín Jacobo Thompson dan Juan José Viamonte. Satu lagi kumpulan berkumpul di vila Orma yang diketuai oleh Fray Ignacio Grela dan antara mereka yang menentang Dominica Perancis.
Ahad, 20 Mei
suntingIsnin, 21 Mei
suntingPada jam tiga petang, pihak Cabildo meneruskan kerja mereka seperti biasa namun mereka tiba-tiba diserang kemunculan 600 orang bersenjata dan memakai reben putih - sebagai perlambangan perpaduan Criollo dan kerajaan Sepanyol [14] - digelar Legion Neraka (Legión Infernal) yang menduduki Plaza de la Victoria (kini Plaza de Mayo); mereka menuntut agar suatu cabildo terbuka dibentuk sambil kuasa Cisneros dibatalkan.
Selasa, 22 Mei
suntingKehadiran tetamu di dewan mengurang daripada 450 orang tetamu kepada hanya kira-kira 250 orang. French dan Berutimenjaga laluan masuk ke dataran untuk memastikan bahawa cabildo terbuka diambil alih oleh orang-orang criollo sendiri.
Rabu, 23 Mei
suntingSelepas akhir Cabildo terbuka, notis diletakkan di pelbagai tempat di bandar yang memaklumkan tentang penciptaan suatu lembaga dan sidang khusus kepada para wakil wilayah-wilayah serta menegah para wakil ini daripada mencuba tindakan yang dianggap "bertentangan dengan ketenteraman awam".
Khamis, 24 Mei
suntingPada Cabildo ke-24 yang bersidang, suatu usulan oleh Leyva di mana sebuah junta sementara akan wujud sehingga munculnya wakil-wakil Wizurai lain diluluskan. Junta ini dianggotai:
- Baltasar Hidalgo de Cisneros (bekas wizurai Sepanyol) sebagai presiden dan panglima tertinggi
- Cornelio Saavedra (tentera, bangsa Criollo)
- Juan José Castelli (peguam, bangsa Criollo)
- Juan Nepomuceno Solá (paderi, bangsa Sepanyol)
- José Santos Incháurregui (pedagang, bangsa Sepanyol)
Jumaat, 25 Mei
suntingSuatu pertemuan yang membentuk pemerintahan sementara iaitu "Junta Pemerintahan Sementara Rio de La Plata (Junta provisional gubernativa de la capital del Río de la Plata)- lebih dikenali hari ini sebagai Junta Pertama - dihadiri oleh beberapa orang tokoh utama: [15]
Ahli utama
- Dr. Juan José Castelli
- Manuel Belgrano
- Miguel de Azcuénaga
- Dr. Manuel Alberti
- Domingo Matheu
- Juan Larrea
Setiausaha
- Dr. Juan José Paso
- Dr. Mariano Moreno
Pada 26 Mei 1810, Junta Pertama - secara rasminya "Junta Kerajaan Sementara dari ibu kota Río de la Plata" (Junta Provisional Gubernativa de la capital del Río de la Plata) - mengeluarkan perisytiharan yang menyatakan suatu kuasa pemerintahan baru yang muncul dari peristiwa Revolusi Mei.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Johnson, p. 155
- ^ Abad de Santillán, p. 387
- ^ Abad de Santillán, p. 386
- ^ Moses, p. 29
- ^ Moses, p. 34
- ^ Levene, Ricardo (1951). Las indias no eran colonias. Buenos Aires, México: Espasa-Calpe.
- ^ Kossok, Manfred (1986). El virreinato del Río de la Plata; su estructura económico social. Hyspamérica.
- ^ a b Luna, Independencia..., p. 28
- ^ Shumway, pp. 8–9
- ^ Bethell, p. 1
- ^ Shumway, p. 9
- ^ Historia Argentina. Pág. 31. Escrito por Jorge Fernández, Julio César Rondina. Publicado por Universidad Nac. del Litoral, 2004. ISBN 987-508-331-3, 9789875083318
- ^ Abad de Santillán, Diego (1965). "Las jornadas de Mayo de 1810: Divulgación de las noticias sobre el curso de la invasión francesa a España". Historia Argentina. Buenos Aires: TEA (Tipográfica Editora Argentina). m/s. 404.
- ^ citado en Crónica Histórica Argentina, Tomo I, pág 148. (1968) Ed. CODEX.
- ^ El orden en que se mencionan los miembros de la Junta es el orden en que prestaron juramento, y que suele ser interpretado como reflejo de una relación de poder, o de la importancia relativa de los sectores involucrados en el desarrollo de la Revolución.
Bibliografi
sunting- Abad de Santillán, Diego (1965). Historia Argentina [Sejarah Argentina] (dalam bahasa Sepanyol). Argentina: Tipográfica Editora Argentina.
- Bethell, Leslie (1987). The independence of Latin America. United States: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-34927-7.
- Moses, Bernard (1926). The Intellectual Background of the Revolution in South America 1810–1824. United States: Hispanic Society of America. ISBN 978-1-4067-1575-0.
- Shumway, Nicolas (1991). The Invention of Argentina. United States: University of California Press. ISBN 978-0-520-08284-7.
Pautan luar
sunting- La Revolucion de Mayo (dalam bahasa Sepanyol)