Revolusi Kebudayaan
Revolusi Kebudayaan (Cina Tradisional: 無產階級文化大革命 , Cina Ringkas: 无产阶级文化大革命 , pinyin: Wúchǎn Jiējí Wénhuà Dà Gémìng, harfiahnya "Revolusi Besar Kebudayaan Proletariat"; disingkatkan menjadi 文化大革命 (pinyin: wénhuà dà gémìng), harifahnya "Revolusi Kebudayaan Besar", atau makin ringkas lagi, menjadi 文革 (pinyin: wéngé), "Revolusi Kebudayaan") di Republik Rakyat China ialah perebutan kuasa dalam Parti Komunis China yang menjelma sebagai huru-hara sosial, politik dan ekonomi berskala besar, yang menjadi-jadi sehingga melibatkan bahagian besar masyarakat China lalu membawa seluruh negara ke pinggir perang saudara.
Revolusi ini dirasmikan oleh pengerusi Parti Komunis China, Mao Zedong pada 16 Mei 1966, sebagai sebuah kempen untuk melepaskan China daripada unsur-unsur "bourgeoisie bebas" serta meneruskan perjuangan kelas berevolusi, tetapi juga disifatkan orang ramai sebagai satu cara untuk mengawal semula parti setelah Kemaraan Raksasa yang menemui kegagalan besar mengakibatkan Mao banyak kehilangan kuasa beliau kepada pesaing-pesaing Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping, lalu menjadi gelombang perebutan kuasa antara puak-puak di peringkat setempat dan kebangsaan.
Meskpun Mao sendiri secara rasminya mengisytiharkan Revolusi Kebudayaan tamat pada tahun 1969, istilah ini juga merangkumi tempoh antara 1969 dan penahanan Geng Berempat pada tahun 1976 dalam kegunaan masa kini.
Gambaran keseluruhan
suntingDari tahun 1966 hingga 1968, militia belia utama Mao yang bergelar Pengawal Merah untuk menggulingkan sesiapa yang dilihat oleh Mao sebagai musuh dan mengambil alih kawalan terhadap pentadbiran negeri dan parti, menggantikan Jawatankuasa Pusat dengan Jawatankuasa Revolusi Kebudayaan, dan kerajaan-kerajaan setempat pula diganti oleh jawatankuasa revolusi. Di tengah huru-hara dan keganasan yang bersusulan, kebanyakan pelopor revolusi, pengarang, artis, dan tokoh keagamaan diusir dan dibunuh, berjuta-juta orang didakwa, dan sebanyak setengah juta orang terkorban.[1]
Pandangan sejarah rasmi oleh Parti Komunis China terhadap Revolusi Kebudayaan dan peranan Mao dalamnya dikandungkan dalam 'Resolusi mengenai Soalan-soalan Tertentu dalam Sejarah Parti Kita Sejak Penubuhan Republik Rakyat China' yang diterima pada 27 Jun 1981. Dalam dokumen ini, adalah dinyatakan bahawa "Tanggungjawab utama kerana kesilapan 'Sayap Kiri' yang serius akibat 'Revolusi Kebudayaan,' satu kesilapan yang menyeluruh dan amat lama, memang terletak pada Komrad Mao Zedong" dan bahawa Revolusi Kebudayaan dilaksanankan "di bawah kepimpinan Mao Zedong yang menyelewang dan dimanipulasi oleh kumpulan anti-revolusi yang terdiri daripada Lin Biao dan Jiang Qing lalu mengakibatkan musibah dan huru-hara yang serius kepada Parti dan warga China." Pandangan rasmi ini yang semenjak itu menjadi rangka utama untuk historiografi China mengenai Revolusi Kebudayaan, mengasingkan tindakan peribadi Mao ketika Revolusi Kebudayaan daripada kepahlawanan awal beliau serta juga mengasingkan kesilapan peribadi Mao daripada kebenaran teori yang direka beliau.
Revolusi Kebudayaan masih menjadi isu yang sensitif di dalam Republik Rakyat China. Meskipun sedikit sahaja penapisan terhadap huraian peristiwa-peristiwa Revolusi Kebudayaan, pandangan sejarah yang bertentangan dengan versi ang digariskan dalam Resolusi 1981 sering ditapis (termasuk pendapat bahawa Revolusi Kebudayaan adalah perkara yang baik atau bahawa Mao lebih atau kurang bersalah daripada apa yang ditunjukkan sejarah rasmi).
Rujukan
sunting- ^ Harry Harding, "The Chinese State in Crisis, 1966-9," in The Politics of China: The Eras of Mao and Deng, edited by Roderick MacFarquhar (New York: Cambridge University Press, 1997), 242-4.
Pembacaan lanjut
sunting- Simon Leys (penname of Pierre Ryckmans) Broken Images: Essays on Chinese Culture and Politics (1979). ISBN 0-8052-8069-3
- - The Burning Forest: Essays on Chinese Culture and Politics (1986). ISBN 0-03-005063-4; ISBN 0-586-08630-7; ISBN 0-8050-0350-9; ISBN 0-8050-0242-1.
- - The Chairman's New Clothes: Mao and the Cultural Revolution (1977; revised 1981). ISBN 0-85031-208-6; ISBN 0-8052-8080-4; ISBN 0-312-12791-X; ISBN 0-85031-209-4; ISBN 0-85031-435-6 (revised ed.).
- - Chinese Shadows (1978). ISBN 0-670-21918-5; ISBN 0-14-004787-5.
- Chan, Anita. 1985. Children of Mao: Personality Development and Political Activism in the Red Guard Generation. Seattle: University of Washington Press.
- Chan, Che Po. 1991. From Idealism to Pragmatism: The Change of Political Thinking among the Red Guard Generation in China. Ph.D. diss., University of California, Santa Barbara.
- Liu, Guokai. 1987. A Brief Analysis of the Cultural Revolution. edited by Anita Chan. Armonk, N.Y.: M. E. Sharpe.
- Yang, Guobin. 2000. China's Red Guard Generation: The Ritual Process of Identity Transformation, 1966-1999. Ph.D. diss., New York University.
- Fox Butterfield, China: Alive in the Bitter Sea, (1982, revised 2000), ISBN 0-553-34219-3, an oral history of some Chinese people's experience during the Cultural Revolution.
- MacFarquhar, Roderick and Schoenhals, Michael. Mao's Last Revolution. Harvard University Press, 2006 ISBN 0-674-02332-3
- Zheng Yi Scarlet Memorial: Tales of Cannibalism in Modern China
- Chang, Jung and Halliday, Jon. Mao: The Unknown Story. Jonathan Cape, London, 2005.
- Novel: Red Scarf Girl by Ji-Li Jiang. A story about the life of a young girl during the cultural revolution.
- Emily Wu and Larry Engelmann "Feather in the Storm" a childhood lost in chaos (2006) ISBN 0-375-42428-8
Pautan luar
sunting- History of The Cultural Revolution
- Chinese propaganda posters gallery (Cultural Revolution, Mao, and others)
- Hua Guofeng's speech to the 11th Party Congress, 1977
- Labels with Cultural Revolution Posters, Badges, and History
- Morning Sun - A Film and Website about Cultural Revolution and the photographs of the subject available from the film's site.
- Another website about the Cultural Revolution
- Attempts to document using eyewitness accounts events during the Cultural Revolution
- Chinese propaganda posters, Cultural Revolution statuettes, maoist stuff and revolutionary songs
- Exhibition causes stir with candid views of 'great' Mao The Times, 14 Julai 2005
- Chinese Museum Looks Back in Candor: Groundbreaking New Exhibit on Cultural Revolution Sparks Official Displeasure but Visitors' Praise dari Washington Post, 3 Jun 2005
- "William Hinton on the Cultural Revolution" oleh Dave Pugh
- "Student Attacks Against Teachers: The Revolution of 1966" oleh Youqin Wang