Restu merupakan sebuah drama bersiri penstriman Malaysia arahan Heykal Hanifah yang dibintangi oleh Remy Ishak, Wanna Ali, Puteri Rafasya, Elizabeth Tan, Ahirine Ahirudin dan Elizad Sharifuddin. Drama ini mempunyai 10 episod dan memulakan tayangannya pada 26 April 2024 hingga 25 Mei 2024 di IQIYI.

Restu
Genre
Ditulis olehGayatri Su-Lin Pillai, Vijay Muisamy
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Restu" oleh Elizabeth Tan
Lagu penutup"Restu" oleh Elizabeth Tan
PenggubahSharon Paul
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifGayatri Su-Lin Pillai, T.P. Lim
Penerbit
  • Amin Shakib
  • Amar Amir
  • Shila Jail
  • Eja Lorena
Tempoh siaran45–50 minit
Syarikat penerbitan
Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalIQIYI
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 April 2024 – 25 Mei 2024

Sinopsis

sunting

Razak (Remy Ishak), 37 tahun, merupakan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan. Razak  kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Amy (Puteri Rafasya), yang berusia 13 tahun. Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy. Ibu mertua Razak, Datuk Maria (Junji Delfino) pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy.

Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu. Amy bertegas bahawa wanita pilihan Razak mestilah mendapat restu daripadanya.

Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia (Ezzaty Abdullah) yang bernama Aini (Wanna Ali). Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak. Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie yang terlibat dalam beberapa projek kerja dengan Razak.

Aini mempunyai hasrat untuk mendekati dan memenangi hati Razak namun pada masa yang sama, Sara (Elizad Sharifuddin), long time work bestie Razak juga muncul juga dalam kehidupan Razak. Tambahan pula, Amy juga tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini? Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga?

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting