Reputation (ditulis sebagai reputation) ialah album studio keenam oleh penyanyi-penulis lagu dari Amerika Taylor Swift. Album ini telah dilancarkan pada 10 November 2017, melalui Big Machine Records.[1] Album ini diterbitkan oleh Jack Antonoff, Max Martin, Shellback dan Swift sendiri, sebagai penerbit eksekutif. Album ini juga menampilkan penyanyi-penulis lagu Inggeris Ed Sheeran serta penyanyi rap dari Amerika Future dalam lagu berjudul "End Game".
Swift mengumumkan album keenamnya yang bertajuk Reputation buat pertama kalinya melalui Instagram dan melancarkannya pada 10 November 2017.[2] "Look What You Made Me Do", single pertama dari album telah dikeluarkan pada hari berikutnya.[3][4] Pada 2 September, Swift memainkan lagu kedua ketika siaran Saturday Night Football di ABC, yang kemudiannya menyiarkan prebiu lagu tersebut di Instagram, iaitu "...Ready for It?".[5] Lagu tersebut telah dikeluarkan pada 3 September 2017, sebagai single promosi. Pada 20 Oktober 2017, Swift mengeluarkan lagu ketiga yang berjudul "Gorgeous" pada tengah malam sebagai single promosi.[6] Lagu berjudul "Call It What You Want" telah dikeluarkan pada 2 November 2017 sebagai single promosi diiringi lirik video.[7]
Pada 7 November, Bloomberg melaporkan album ini akan ditangguhkan di dalam perkhidmatan penstriman sebaik album dikeluarkan untuk masa yang belum ditentukan dan hanya terdapat untuk pembelian secara digital dan fizikal sahaja.[8] Kemudian pada hari yang sama, Swift poskan senarai runut di media sosialnya, mendedahkan lagu yang menampilkan Ed Sheeran dan penyanyi rap Future.[9] 12 jam sebelum album ini dirasmikan, album tersebut telah pun bocor.[10]