Rent-A-Girlfriend (Jepun: 彼女、お借りします, Hepburn: Kanojo, Okarishimasu, Kekasih Sewa),[1][2] merupakan sebuah siri manga shōnen Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Reiji Miyajima. Ia telah disirikan dalam majalah Kodansha Majalah Shōnen Mingguan sejak Julai 2017, dan telah disusunkan ke dalam dua-puluh-lima jilid setakat Februari 2022. Siri ini dilesenkan di Amerika Utara oleh Kodansha USA, yang mengeluarkan jilid pertama dalam Bahasa Inggeris pada Jun 2020.

Rent-A-Girlfriend
彼女、お借りします
(Kanojo, Okarishimasu)
GenreKomedi romantik
Manga
PengarangReiji Miyajima
PenerbitKodansha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
Majalah AsalWeekly Shōnen Magazine
Tarikh Pengeluaran12 Julai 2017 – kini
Jilid35 (Senarai jilid)
Manga
Rent-A-(Really Shy!)-Girlfriend
PengarangReiji Miyajima
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalMagazine Pocket
Tarikh Pengeluaran21 Jun 2020 – kini
Jilid3 (Senarai jilid)
Siri televisyen anime
PengarahKazuomi Koga
Skrip/PenulisMitsutaka Hirota
Lagu/MuzikHyadain
StudioTMS Entertainment
Dilesenkan olehCrunchyroll
Sentai Filmworks (video rumah)
Penyiaran AsalJNN (MBS, TBS)
Tarikh tayangan11 Julai 2020 – kini
Episod36 (Senarai episod)
Drama televisyen
PengarahDaisuke Yamamoto
Skrip/PenulisKumiko Asō
Lagu/MuzikYuki Munakata
Penyiaran AsalANN (ABC, TV Asahi)
Tarikh tayangan3 Julai 2022 – kini
Portal Anime dan Manga

Sebuah adaptasi siri televisyen anime oleh TMS Entertainment diudarakan dari Julai ke September 2020 di blok Super Animeism MBS.

Premis

sunting

Kazuya Kinoshita ditinggalkan oleh teman wanitanya Mami Nanami selepas sebulan berdating. Dia kemudiannya memutus untuk menggunakan aplikasi dating dalam talian untuk menyewa seorang teman wanita yang bernama Chizuru Mizuhara, seorang gadis yang cantik dan memikat. Namun, oleh sebab dia rasa gadis itu tidak sejati, dia bagi gadis itu rating yang rendah. Apabila Chizuru menghamunnya tentang hal itu ketika pertemuan mereka yang seterusnya, dia sedar bahawa gadis itu lebih jahat daripada yang dijangkanya. Pada masa yang sama, Kazuya sedar bahawa neneknya telah masuk hospital selepas tidak sedar diri. Chizuru menemaninya ke hospital dan nenek Kazuya tertarik dengan kebaikan gadis itu. Oleh itu, Kazuya terus menyewa Chizuru agar dapat kelihatan baik di depan ahli keluarga dan rakan-rakannya, tetapi hal ini semakin rumit apabila mereka mendapati bahawa mereka adalah jiran sebelah pintu di pangsapuri mereka dan menghadiri Kolej yang sama. Kemudian, gadis lain dari perniagaan kekasih sewa turut terlibat dalam hubungan mereka.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Khidmat 'Kekasih Sewa' Yang Normal Serta Sah Di Jepun". thevocket.com. 21 Februari 2021. Dicapai pada 3 Februari 2022.
  2. ^ "(Video) Terlalu Sibuk Hingga Tiada Masa Bercinta, Servis 'Sewa Teman Wanita' Jadi Pilihan Lelaki Bujang Di Jepun". Siakap Keli. Dicapai pada 3 Februari 2022.

Pautan luar

sunting