Rejimen Ke-10
Rejimen Ke-10 (ditubuhkan pada 21 Mei 1949) ialah satu-satunya rejimen Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (MNLA) yang kebanyakan ahlinya berbangsa Melayu. Ahli-ahli adalah dalam rejimen sayap bersenjata Parti Komunis Malaya. Rejimen ini menentang pendudukan British di Malaysia selepas Perang Dunia Kedua seperti Rejimen Parti Komunis Malaya lain yang dipimpin oleh Chin Peng.
Rejimen Ke-10 | |
---|---|
Terlibat dalam Darurat Tanah Melayu Pemberontakan Komunis (1968-1989) | |
Aktif | 1949-1989 |
Ideologi | Komunisme Marxisme-Leninisme Maoisme Nasionalisme sayap kiri Anti-fasisme Melayu Puak Kiri |
Pemimpin | |
Kawasan operasi |
Hutan Malaysia Utara dan Thailand Selatan |
Sebahagian dari | Tentera Pembebasan Rakyat Malaya |
Bermula dengan | Kesatuan Melayu Muda Parti Kebangsaan Melayu Malaya Angkatan Wanita Sedar Angkatan Pemuda Insaf Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu Hizbul Muslimin |
Lawan | United Kingdom Australia New Zealand Persekutuan Malaysia Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland Fiji Thailand |
Nama Rejimen Ke-10 diambil sempena tarikh 10 Zulhijah, atau lebih dikenali sebagai hari raya Korban, yang disambut oleh orang Islam bagi memperingati peristiwa bilamana Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya, Ismail apabila menerima petunjuk daripada Allah. Rejimen Ke-10 telah ditubuhkan pada tarikh 10 Zulhijah.
Rujukan
sunting- "Malayan People's Army. 10th Regiment Archives". International Institute of Social History. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2007. Dicapai pada 2007-06-23. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)