Razman Zakaria

ahli politik Malaysia

YB Tuan Haji Razman Zakaria (lahir 16 Februari 1960) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak dan ADUN Gunong Semanggol.

Yang Berhormat Tuan Haji
Razman Zakaria
AAP (Pahang); PJK (Selangor); ADN
رازمن بن زكريا
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Abdul Aziz Bari
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Gunong Semanggol
Menyandang jawatan
3 Julai 2018
Didahului oleh Mohd Zawawi Abu Hassan
Majoriti7,466 (PRU-15)
1,903 (PRU-14)
Pesuruhjaya PAS Perak
Menyandang jawatan
2013
Didahului olehAbu Bakar Hussian
Digantikan oleh
Jawatan dalam eksekutif negeri
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
30 Disember 2020 – 17 Oktober 2022
Menteri Besar Saarani Mohamad
PortfolioPerladangan, Pertanian dan Industri Makanan
Dalam jawatan
31 Mac 2020 – 5 Disember 2020
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu
PortfolioPendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil
Maklumat peribadi
Lahir (1960-02-16) 16 Februari 1960 (umur 64)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganNidhaal Hashim
Anak6
Kediaman Perak
PekerjaanAhli politik

Latar belakang

sunting

Razman dilahirkan pada 16 Februari 1960. Beliau mendapat pendidikan tertinggi dalam Ijazah Sarjana Pentadbir Awam dari Universiti Malaya (UM) pada 2002. Kemudian beliau mengambil sijil Pengajian Islam Syariah di Universiti Malaya pada 2007 dan melanjutkan pengajian dalam Diploma Tasawur Islam (ILHAM) pada 2015.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) pada 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau telah berkahwin dengan Nidhaal Hashim dan dikurniakan enam orang. Anak-anaknya dikenali Mohammad Rifaat, Mohammad Raid, Auni Amirah, Asna Athirah, Mohammad Raziq dan Arisya Amani.

Kerjaya

sunting

Razman sebelum dilantik menjadi wakil rakyat merupakan Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia selama empat tahun (2004 hingga 2008) dan Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia pada 1995 hingga 2008.

Beliau pernah menerima anugerah dan pengiktirafan iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor, Ahli Ahmad Shah Pahang, Anugerah Khidmat Cemerlang pada 2003 dan 2007 serta Anugerah Kualiti Perdana Menteri tahun 2004.

Politik

sunting

Dalam kepimpinan parti, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong dan Bendahari Pas Pusat. Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pusat

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Razman daripada Pas menang dengan mendapat 7,444 undian ketika menentang Zaini Cha daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,541 undi. Majoriti undi sebanyak 1,903.

Kerjaya

sunting
  • ADUN Gunung Semanggol (2018 hingga kini)
  • EXCO Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan ( 8 Disember 2020 hingga 9 November 2022)
  • EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil (31 Mac 2020 hingga 5 Disember 2020)
  • Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia  (2004 hingga 2008)
  • Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia (1995 hingga 2008)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pesuruhjaya Pas Negeri Perak (2008 hingga kini)
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong (2008 hingga kini)
  • Bendahari Pas Pusat (2017 hingga kini)
  • Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pusat (2013 hingga 2015)
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pust (2008 hingga 2013)
  • Timbalan Pengerusi MBK (2013 hingga 2015)

Penglibatan dalam kemasyarakatan:

  • Penaung Maahad Thafiz Al-Quran Lid Da'wah Li Imamah
  • Pengerusi NGO Satria Prihatin Tanah
  • Penaung Pertubuhan Amal Lengggong
  • Ahli Persatuan Pesara Pegawai Kanan Kastam

Anugerah dan pengiktirafan:

  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor
  • Ahli Ahmad Shah (AAP) Pahang
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (2003 dan 2007)
  • Anugerah Kualiti Perdana Menteri (2004)

Pendidikan:

  • Ijazah Sarjana Pentadbir Awam UM pada 2002
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) UKM (1984)
  • Sijil Pengajian Islam Syariah di Universiti Malaya (2007)
  • Diploma Tasawur Islam (ILHAM) (2015)

Keputusan Pilihan Raya

sunting

Parlimen

sunting
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 Lenggong Razman Zakaria PAS 9,832 Shamsul Anuar Nasarah BN (UMNO) 13,285 3,453

Dewan Undangan Negeri (DUN)

sunting
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Gunong Semanggol Razman Zakaria PN (PAS) 12,825 Nazirul Jamaluddin BN (UMNO) 5,359 7,466
Sheikh Khuzaifah PH (AMANAH) 3,447
2018 Razman Zakaria PAS 7,444 Zaini Cha BN (UMNO) 5,541 1,903
Ismail Ali PH (PKR) 3,520

Isu dan tengkarah

sunting

Kontraversi dan Kalah Saman

sunting

Lim Guan Eng menyaman Razman berhubung satu hantaran dalam Facebook (Razman) pada 18 November 2017 yang mendakwa beliau menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung, dengan ia turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang.

Razman kalah pada saman tersebut dan Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang dianggap memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Pada tahun 2017 Razman sekali lagi di perintah bayar saman kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah.

Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu. Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.

Mohon Maaf

sunting

Razman Zakaria, hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana mendakwa Perdana Menteri membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis.

Permohonan maaf itu dibuat Razman di Mahkamah Tinggi Taiping sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya.

Rujukan

sunting

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1149281/keputusan-razman-bayar-ganti-rugi-rm250000-kepada-guan-eng-kekal