Rawiyah binti Zakaria ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS) Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan Ahli Majlis Zon 24 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Di peringkat parti beliau ialah Ketua Wanita AMANAH Selangor.