Rastam Mohd Isa
Rastam Mohd Isa ialah seorang diplomat di Malaysia. Beliau pernah menjadi ketua perwakilan Malaysia ke negara-negara lain, seperti Pakistan dan Indonesia.[1] Beliau juga ialah seorang tokoh korporat dan perniagaan. Beliau dilantik sebagai Pengerusi FGV Holdings Berhad sejak 26 September 2023.[2]
Tan Sri Rastam Mohd Isa | |
---|---|
Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia | |
Dalam jawatan 2006–2010 | |
Didahului oleh | Ahmad Fuzi Abdul Razak |
Digantikan oleh | Mohd Radzi Abdul Rahman |
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | |
Dalam jawatan 2003–2005 | |
Didahului oleh | Hasmy Agam |
Digantikan oleh | Hamidon Ali |
Duta Besar Malaysia ke Republik lndonesia | |
Dalam jawatan 1999–2003 | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Alias |
Digantikan oleh | Hamidon Ali |
Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina | |
Dalam jawatan 1996–1998 | |
Didahului oleh | Penyandang pertama |
Digantikan oleh | Hussin Nayan |
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan | |
Dalam jawatan 1994–1996 | |
Didahului oleh | Yusof Hashim |
Digantikan oleh | Sallehuddin Abdullah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rastam bin Mohd Isa |
Tempat belajar | Universiti Lancaster, United Kingdom Universiti Sains Malaysia |
Kerjaya
suntingSebagai diplomat
suntingBeliau mula terlibat dalam perkhidmatan tadbir dan diplomatik Malaysia sejak 17 April 1974 hingga bersara pada 2 September 2010.[1] Dalam tempoh itu, beliau pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan (1994 - 1996), Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina (1996 - 1998), Duta Besar Malaysia ke Republik lndonesia (1999 - 2003), Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2003 - 2005), dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia (2006 - 2010).[1][3]
Rastam pernah mempengerusikan Biro Penyelarasan Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) semasa Malaysia memperngerusi NAM pada 2003 - 2006. Beliau mengetuai NAM dalam rundingan-rundingan di Persidangan Semakan Semula Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan mesyuarat-mesyuarat persediaannya pada 2005.[3]
Selepas bersara
suntingBeliau berkhidmat sebagai penasihat di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (2010 - 2013). Beliau juga pernah dilantik sebagai Utusan Khas Kerajaan Malaysia berhubung Pelaksanaan Pertukaran Surat Malaysia-Brunei Darussalam.[4] Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia (2015 - 2020), dan sebagai Profesor Adjung di Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2021 - 2022).[1][5]
Pendidikan
suntingRastam memiliki Sarjana Sastera dalam Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Lancaster, United Kingdom. Selain itu, beliau juga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, dan Sijil Diplomasi dari Universiti Oxford, United Kingdom.[1]
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Malaysia
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2007)
- Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2003)
- Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 1998
- Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1991
- Pahang
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (1998)
- Jepun
- Darjah Matahari Terbit, Bintang Emas dan Perak[6]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e "Board of Directors". FGV Holdings Berhad (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-12.
- ^ "Rastam Mohd Isa dilantik pengerusi baharu FGV - XKLUSIF" (dalam bahasa Inggeris). 2023-09-27. Dicapai pada 2024-09-12.
- ^ a b "Mohd Isa RASTAM".
- ^ "Jawapan Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat" (PDF).
- ^ "TAN SRI RASTAM BIN MOHD ISA @ [BKAWAN]: BATU KAWAN BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-13.
- ^ KOSMO! (2023-07-12). "Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Rastam terima anugerah Maharaja Jepun". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-09-12.