Rangkaian Kula
Rencana ini mungkin mengelirukan atau tidak jelas kepada pembaca. (Ogos 2014) |
Rencana ini tidak mempunyai bahagian utama. (Ogos 2014) |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Kula, juga dikenali sebagai pertukaran Kula atau rangkaian Kula, adalah sebuah ritual pertukaran yang kompleks di mana gelang dan kalung yang diperbuat daripada cangkerang sejenis siput laut bertukar tangan di antara penduduk serangkaian pulau. Kalung siput bergerak mengikut satu arah (iaitu mengikut putaran jam), manakala gelang siput bergerak mengikut arah yang bertentangan (melawan arah putaran jam). Objek-objek siput ini mahsyur kerana keindahannya, kemuliaan pemilik asalnya, dan jarak jauh yang pernah dilaluinya. Fungsi simboliknya ialah untuk memperingati hubungan timbal balik di antara rakan-rakan perdagangan (trading partners) dan kerelaan mereka untuk terus berdagang antara satu sama lain. Apabila mereka berjumpa, mereka akan bertukar-tukar kalung siput dengan gelang siput melalui ritual tertentu. Pada kemudian hari kelak, mereka juga akan bertukar barangan seperti ubi, sampan, babi, ikan dan kraftangan.
Secara umumnya, dalam pertukaran rangkaian kula itu yang paling menonjol ialah aspek ritual dan keupacaraan, iaitu mekanisme sebenar yang menjadi penggerak kepada hubungan sosial yang luas antara penduduk di pelbagai pulau. Fungsi pertukaran tersebut bukan berkisar kepada barangan ekonomi kerana setiap masyarakat menghasilkan barangan yang hampir sama (ubi, ikan, babi dan kelapa) tetapi lebih merupakan pertukaran barangan berprestij seperti kalung dan gelang daripada cangkerang siput.
Objek-objek siput ini akan terus bertukar tangan dari pulau ke pulau. Setelah sekian lama, objek-objek ini akan pulang ke pulau asalnya dan dari situ kitaran ini akan berterusan. Rangkaian kula menghubungkan pulau-pulau yang berjauhan melalui perikatan ekonomi dan ceremonial, tetapi pada masa yang sama, ia juga membawa implikasi politik yang penting. Apabila rakan-rakan perdagangan bertukar-tukar hadiah, ini secara tidak langsung memastikan keharmonian dan ketenteraman di antara pulau- pulau tersebut. Tambahan lagi, rangkaian kula juga mempunyai kepentingan sosiobudaya kerana ia membina dan mengekalkan hubungan sosial, di samping meneruskan tradisi, mitos, budaya rakyat (folklore), sejarah yang bersangkutan dengan objek-objek siput tersebut.
Nota kaki
suntingRujukan
sunting- "Kula in Woodlark". Fieldwork report: Logging or conservation on Woodlark (Muyuw) island, by Michael Young, Department of Anthropology, Research School of Pacific Studies, Australian National University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-03. Dicapai pada March 14, 2005.
- "Kula: the standard model". Notes for reading Bronislaw Malinowski, Argonauts of the Western Pacific (1922). Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-02-27. Dicapai pada March 14, 2005.
- Jerry Leach and Edmund Leach (1983). The Kula: New Perspectives on Massim Exchange. Cambridge University Press, New York.
- Damon, F. H. (1980). "The Kula and Generalised Exchange: Considering some Unconsidered Aspects of the Elementary Structures of Kinship". Man (new series). 15: 267–292.
- Malinowski, B. (1920). "Kula; the Circulating Exchange of Valuables in the Archipelagoes of Eastern New Guinea". Man. Man, Vol. 20. 20: 97–105. doi:10.2307/2840430. JSTOR 2840430.
- Malinowski, B. (1922). Argonauts of the Western Pacific: An Account of Native Enterprise and Adventure in the Archipelagoes of Melanesian New Guinea. George Routledge & Sons, Ltd.
- Mauss, M. (1990). The Gift: forms and functions of exchange in archaic societies. London: Routledge.