Ramli Awang

ahli akademik dan penulis Malaysia

Ustaz Dr. Ramli Awang adalah seorang ahli akademik dan penulis buku di Malaysia. Beliau merupakan Professor (Teologi dan Pemikiran Islam) di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.


Ramli Awang
Lahir1960 (umur 63–64)
Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu
PekerjaanAhli akademik
Penulis
WarganegaraMalaysia Malaysia

Kehidupan awal

sunting

Ramli Awang dilahirkan pada 1960 di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menegah Agama Tok Jiring sebelum meneruskan pelajarannya ke Kolej Islam Klang, diikuti selepas itu Sekolah Menengah Agama Atas, Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu. Melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam, dalam Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Mendapat ijazah B.A (Hons) dalam Usuluddin dan Falsafah tahun 1984.

Kelulusan

sunting
  • Diploma Falsafah Sains Islam dari Institut Pengajian Ilmu–ilmu Islam (IPI)
  • B.Is (Hons) (Usuluddin dan Falsafah) Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Ijazah M.Is dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Ph.D (Usuluddin dan Falsafah) dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Dialog antara agama dari perspektif Al–Quran‎ (2008)
  • Islam Alternatif Perpaduan Sejagat (2003)
  • Falsafah Sains dan Pembangunan: Ke Arah Dimensi Baru (2003)
  • Akidah: Penghayatan Tauhid Al–Quran (2005)
  • Akidah Penghayatan Tauhid al-Quran (2013) Edisi Kedua
  • Syeikh Abdul Qadir Al–Mandili (1910–1965) Biografi dan Pendidikan Akhlak (2008)
  • Perkembangan Institusi Pondok Di Nusantara: Pengaruhnya Di Negeri Kedah (2006) - Monograf
  • Islam Pemikiran kenegaraan & Pemerintahan (2012)
  • Kemahiran Generik Menurut Perspektif Islam (2012) - Penulisan Bersama
  • Sains Tamadun Islam (2012) - Penulisan Bersama
  • Sejarah Tuhan (2003)
  • Akidah Dalam Kehidupan Muslim (2012)
  • Fiqh Tauhid dalam Akidah Islam (2014)
  • Pemikiran Islam: Aliran & Gagasan (2012).

Anugerah dan pengiktirafan

sunting

Pada 10 Disember 2014, Ramli telah dianugerahkan sebagai penerima anugerah Buku Umum Terbaik (Kategori Islamik) dalam Anugerah Buku Negara melalui buku karya asli beliau yang berjudul Pemikiran Islam : Aliran & Gagasan, terbitan Penerbit UTM Press[1].

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Pensyarah FTI dianugerahi penerima anugerah Buku Umum Terbaik (Kategori Islamik) Anugerah Buku Negara". News UTM. 21 Disember 2014. Dicapai pada 11 Mei 2023.